Segerakan pembinaan jalan Kanowit-Kapit kerana penduduk Kapit tidak rela terus terpinggir dari arus pembangunan negara.
"Kami tidak lagi mahu menjadi sebuah pulau."
Itu antara suara penduduk di Kapit.
Dengan siapnya projek pembinaan jalan Kanowit-Kapit nanti, mereka berharap ia bakal membawa pembangunan yang amat dinanti-nantikan penduduk Kapit.
Buat masa ini, bot ekspres adalah satu-satunya mod pengangkutan menghubungkan Kapit dengan dunia luar.
Perjalanan dari Sibu ke Kapit mengambil masa kira-kira tiga jam menyelungsuri Batang Rejang.
Jalinan perhubungan menjadi harapan utama penduduk di Kapit yang rata-ratanya mahu pembinaan jalan ke Kapit disegerakan untuk kemudahan penduduk.
Menurut salah seorang penduduk, Alice Sigan, 32, selain menghubungkan penduduk, ia diharap dapat mengurangkan beban penduduk yang juga terpaksa menanggung kos harga barangan yang mahal disebabkan kos pengangkutan.
"Masalah pengangkutan, Kapit hanya boleh dihubungi dengan pengangkutan air sahaja. Pengangkutan air dari Sibu ke Kapit adalah menggunakan bot ekspres dan pengangkutan untuk membawa barang-barang keperluan asas juga menggunakan bot.
"Ini menyebabkan barangan keperluan asas di Kapit seperti beras, minyak masak, tepung dan keperluan makanan lain lebih mahal berbanding tempat-tempat lain," katanya.
Turut senada Mike Wong, 51, yang mahu jalan raya yang menghubungkan Kanowit ke Kapit disegerakan.
"Saya harap pada masa depan jalan ke Kapit ini cepat siap supaya dekat sikit untuk kami dari Kapit ke Sibu.
Harga barang di sini, kalau jalan sudah siap akan menjadi lebih murah kerana buat masa ini barangan dikirim melalui bot jadi kos lebih tinggi," katanya yang melakukan perniagaan menjual telefon bimbit di pekan Kapit.
Projek pembinaan jalan yang dijangka siap pertengahan tahun 2017 amat ditunggu-tunggu penduduk Kapit khususnya di kawasan pedalaman yang rata-ratanya merupakan petani kecil agar dapat memasarkan hasil tani mereka di luar Kapit seperti bandar Sibu, sekaligus meningkatkan tahap ekonomi penduduk.
Hasil tinjauan Astro AWANI di pasar tamu Kapit mendapati kebanyakan sayuran yang dijual adalah daripada kawasan pedalaman Kapit dan hampir setiap gerai menjual hasil tani yang hampir sama.
"Saya tidak dapat menjual hasil tanaman saya dengan harga yang tinggi sebab semua peniaga di sini menjual barangan yang hampir sama.
"Pelanggan akan mengadu mahal sebab peniaga lain mungkin jual dengan harga rendah. Jadi susah buat duit macam ini. Saya berharap jalan ke Kapit dapat cepat siap supaya saya dapat menjual sayur-sayuran saya di luar Kapit seperti Sibu dengan lebih mudah," kata salah seorang peniaga sayur di pasar tamu Kapit.
Namun bagi yang belum pernah ke Kapit pastinya terkejut melihat sebuah pekan yang sesak dengan kenderaan.
Tinjauan kami di sekitar pekan itu pada hujung minggu lalu mendapati kenderaan memenuhi jalan-jalan di sekitar kawasan tumpuan di pekan dan menyebabkan kesesakan jalan.
Sekitar Kapit Town Center juga penuh dengan orang ramai yang turun dari kawasan-kawasan kampung untuk berniaga di bazaar disediakan dan untuk membeli barangan keperluan.
Menurut Sendi Ingan, 36, berikutan keadaan begitu sesak di kawasan pekan, penduduk juga memerlukan mahu penambahbaikan infrastruktur di pekan yang lebih baik.
"Paling banyak masalah waktu keramaian macam ini, kita kekurangan tempat letak kereta dan sini Kapit Town Square kita memerlukan macam pondok untuk kita duduk sebab di sinilah pusat kita menunggu pengangkutan untuk pulang ke kampung, tunggu pengangkutan seperti van, kereta sewa dan sebagainya ke rumah-rumah panjang.
"Jadi kawasan ini sudah sesak dan tidak ada cukup tempat untuk kami menunggu terutamanya waktu keramaian macam ini," katanya yang turun ke pekan untuk membeli barangan persiapan sempena sambutan Hari Gawai awal bulan Jun nanti.
*Tan Su Lin adalah wartawan Astro AWANI yang kini dalam tugasan membuat liputan PRN Sarawak.
*Untuk kisah menarik seperti suara penduduk Kapit di atas dan liputan menyeluruh Sarawak Memilih, ikuti kami di saluran berita segenap dimensi 501 Astro AWANI atau layari sahaja astroawani.com
Tan Su Lin
Thu May 05 2016
Buat masa ini, bot ekspres adalah satu-satunya mod pengangkutan menghubungkan Kapit dengan dunia luar. - Foto Astro AWANI / Tan Su Lin
92 PATI ditahan imigresen Selangor dalam Op Kutip
Kesemua mereka ditahan dalam operasi bersepadu Op Kutip di sebuah pusat beli-belah di Ampang.
Pas tetap teruskan sertai himpunan solidariti Najib - Takiyuddin
Himpunan solidariti itu bertujuan mempertahankan kuasa dan prerogatif Institusi Yang di-Pertuan Agong daripada manipulasi dan ketidaktelusan.
Nova harap beregu campuran negara manfaatkan peluang pada Terbuka Malaysia 2025
Nova berharap anak buahnya dapat membuktikan kelebihan mereka dan memberikan persembahan terbaik.
Seorang lelaki ditahan disyaki terlibat kes rasuah Puspakom
Suspek berumur 40-an itu ditahan petang semalam hasil kolaborasi strategik antara suruhanjaya itu dengan JPJ.
Mangsa banjir di Kelantan kekal 36 orang
Jumlah mangsa banjir di Kelantan yang membabitkan jajahan Pasir Mas masih kekal sejak semalam, iaitu sebanyak 36 orang pagi ini.
AWANI Pagi: KALEIDOSCOPE 2.0 Platform pamerkan kreativiti pelajar
Ikuti perkongsian berkenaan Kaleidoscope 2.0, konsert tahunan pelajar Komposisi Muzik, UiTM Shah Alam, yang bermula pada 10 hingga 11 Januari 2025, jam 8.45 malam di Dewan Konsert Seri Budiman.
Konsert bakal menampilkan artis utama seperti Elica Paujin, Aisha Retno, Danial Chuer, Daniesh Suffian, dan Luqman Faiz, konsert ini juga melibatkan 26 penyanyi bersama susunan muzik berkonsepkan orkestra.
Konsert bakal menampilkan artis utama seperti Elica Paujin, Aisha Retno, Danial Chuer, Daniesh Suffian, dan Luqman Faiz, konsert ini juga melibatkan 26 penyanyi bersama susunan muzik berkonsepkan orkestra.
Serangan udara Israel di Tebing Barat melampaui batas - PBB
Laporan turut mendedahkan 2024 mencatatkan jumlah tertinggi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di Tebing Barat dalam hampir dua dekad.
Syria ingin wujudkan kerajaan inklusif - Menteri Luar
Kerajaan Syria ingin mewujudkan sebuah kerajaan berdasarkan perkongsian dan kecekapan yang merangkumi semua komponen Syria.
Houthi dakwa sistem pertahanan AS, THAAD lemah
Israel perlu menyedari tiada sistem pertahanan yang mampu sepenuhnya melindungi mereka daripada peluru berpandu berkelajuan hipersonik.
Serangan Israel di hospital Gaza, UNSC adakan sidang tergempar
Mesyuarat itu diminta oleh Algeria yang kini memegang jawatan Presiden bergilir-gilir Majlis Keselamatan PBB dari 1 hingga 31 Januari 2025.
Nanta luah rasa simpati kepada penduduk terkesan banjir di Kapit
Nanta meluahkan rasa simpati terhadap penduduk di Rumah Dennis Langok, Amang Ulu yang terkesan teruk akibat bencana banjir pagi ini.
Kerajaan Persekutuan beri keutamaan bina jalan di Kapit - Anwar
Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi keutamaan bagi pembinaan beberapa projek jalan di Bahagian Kapit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM tiba di Sibu untuk lawatan kerja
Anwar mempunyai program padat, bermula dengan Majlis Ramah Mesra bersama pemimpin Komuniti Masyarakat Daerah Kapit di Dewan Suarah Kapit.
Bazar Ramadan lambang keharmonian, perpaduan kaum di Sarawak
Bazar Ramadan sejak dahulu biasanya diadakan di lokasi strategik berhampiran kawasan yang mempunyai ramai masyarakat Islam.
Anggota polis korban insiden bot karam Kapit dikebumikan di Sibu
Jenazah Allahyarham Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang lewat petang tadi.
IPD baharu akan dibina di Kapit - Menteri Dalam Negeri
Kapit bakal mempunyai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu yang akan dibina dengan peruntukan sebanyak RM150 juta, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Penunggang dan dua pembonceng motosikal maut dalam kemalangan di Song, Kapit
Seorang penunggang motosikal serta dua pemboncengnya maut di tempat kejadian apabila motosikal dinaiki terlibat dalam nahas jalan raya.
PRU15: Akhbar digital 'Brita Kapit' kaedah efektif dekati belia - Alexander
Akhbar dalam talian yang boleh diakses menggunakan peranti mudah alih itu berperanan sebagai sumber informasi utama penduduk di seluruh kawasan Kapit sepanjang tempoh berkempen.
Perahu langgar tongkang: Kanak-kanak 10 tahun dikhuatiri lemas
Enjin perahu yang dinaiki mangsa dan keluarganya mati secara tiba-tiba dan dihanyutkan arus sebelum terlanggar tongkang yang sedang berlabuh.
Kapit tuan rumah Sambutan Hari Keputeraan Agong peringkat negeri
Bahagian Kapit akan menjadi tuan rumah untuk Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah peringkat negeri Sarawak tahun 2022.