Penerbit filem yang juga ahli perniagaan, Razalif Mohd Zain menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dalam pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Razalif yang juga Ketua Armada Cawangan Sea View Park di Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang mendaftar sebagai calon dan memfailkan borang penamaan calonnya di Pejabat Bersatu Bahagian Tanjong di George Town jam 10 pagi Ahad.
Beliau yang berasal dari Air Itam menawarkan diri untuk bertanding atas keyakinan terhadap kesuburan demokrasi dalam Bersatu yang tidak mencantas golongan muda bertanding jawatan tertinggi walaupun kurang berpengalaman.
Berusia 30 tahun, Razalif berhasrat untuk memperbaharui perjuangan sayap Armada dalam isu-isu membabitkan pemuda di negara ini
"Salah satu sebab saya hendak bertanding jawatan Ketua Armada adalah kerana kita (Bersatu) mengamalkan prinsip demokrasi dan saya juga ingin memperjuangkan nasib dan masa depan Armada.
"Saya bawa lima teras iaitu agama, bangsa dan negara, Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara, serta kebajikan Armada, ekonomi Armada, anak muda masa depan negara dan nakhoda bangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini hari ini.
Menurut Razalif, beliau telah memulakan kempennya sejak bulan Januari tahun lepas dan yakin memiliki sokongan dari bahagian-bahagian tertentu.
Kata Razalif lagi, beliau juga telah mendekati rakyat dalam pelbagai program kebajikan yang dilakukan dan menerima galakan bagi bertanding jawatan berkenaan.
Jawatan Ketua Armada disandang oleh Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan.
Ahli Parlimen Muar itu sebelum ini telah mengumumkan akan bertanding mengekalkan jawatan berkenaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Jan 26 2020

Razalif Mohd Zain (kiri) tawar diri untuk bertanding jawatan Ketua Armada dalam pemilihan Bersatu mencabar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Ketua Armada Kelantan meninggal dunia
Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, kira-kira 6 pagi tadi.

Sudah dua PM dilahirkan dalam setahun, Bersatu jangka menang besar dalam PRU15 - Ketua Armada
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yakin Bersatu bakal menang besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

PM tidak pernah pandang rendah Sabah - Ketua Armada
Muhyiddin tidak pernah memandang rendah keupayaan Sabah untuk membangunkan negeri sendiri berikutan mempunyai sumber ekonomi yang banyak.

Syed Saddiq enggan layan tuduhan Armada lemah di bawah kepimpinannya
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan melayan sebarang dakwaan berhubung kelemahannya dalam mengemudi sayap itu.

Felo Akademik UUM umum cabar Syed Saddiq
Felo Akademik UUM, Muhammad Muzzammil mengumumkan hasratnya untuk bertanding bagi jawatan Ketua Armada, parti Bersatu.

Serangan ke atas Syed Saddiq biadap - Jemaah Menteri
Insiden serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada satu majlis di Ulu Tiram, Johor baru-baru ini, adalah biadap dan tidak mencerminkan akhlak yang baik.

Penerbit filem cabar Syed Saddiq tanding Ketua Armada Bersatu
Razalif Mohd Zain Razalif Mohd Zain tawar diri bertanding jawatan Ketua Armada dalam pemilihan Bersatu.

Usia calon PH: "Ada Syed Saddiq, boleh ada Tun M"
Tidak wujud isu usia calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini

Biar Tun M tentukan nasib Marzuki - Syed Saddiq
Terpulang kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentukan nasib Senator Datuk Marzuki Yahya sebagai Timbalan Menteri Luar, kata Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Saya akan tanya Mat Sabu, saya akan pandu sendiri ke Cameron Highlands - Syed Saddiq
Syed Saddiq menjelaskan beliau akan bertanya mengenai tindakan Mohamad Sabu apabila bertemu dengannya di Cameron Highlands.