Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO adalah tindakan yang wajar, kata anggota MT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata tindakan Muhyiddin yang terus mengkritik kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan melemahkan parti.
"Kalau beliau masih sayangkan parti jangan buat tindakan yang memecah-belahkan walaupun telah digantung, kena terima keputusan dengan hati terbuka dan terus menyokong parti.
"Saya juga pernah dipecat (daripada UMNO) pada 1995, namun saya terima keputusan Majlis Tertinggi dengan hati terbuka ... saya tidak sabotaj atau menentang parti sebab saya sayangkan UMNO," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Dataran Nelayan Kota Setia di sini, hari ini.
Jumaat lepas, MT UMNO sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden berkuat kuasa serta merta, dan memutuskan Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti.
Terdahulu, Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani melepaskan kira-kira 100,000 benih anak udang galah di perairan Sungai Perak serta menyampaikan elaun sara hidup sebanyak RM200 kepada setiap 85 nelayan.
Di Alor Setar, UMNO Bahagian Pendang yakin Ahmad Zahid mampu menjalankan tugas sebagai timbalan presiden UMNO dengan baik demi memastikan kelangsungan parti.
Ketua UMNO Bahagian Pendang Datuk Paduka Md Rozai Safian berkata, keyakinan itu dibuktikan dengan kebolehan dan prestasi cemerlang ditunjukkan Ahmad Zahid walaupun baru beberapa bulan menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
"UMNO Pendang sangat menyokong dan akan memberi kerjasama penuh dalam hal-hal yang berkaitan dengan tugasan beliau," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Rozai turut berkata, gandingan Menteri Besar Kedah yang baharu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai timbalan pengerusi mampu menghasilkan impak baik.
"Kami juga ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir atas perkhidmatan, budi dan jasa beliau terhadap UMNO Pendang sepanjang beliau menjadi Menteri Besar dan pengerusi badan perhubungan UMNO Kedah," katanya.
Bernama
Sun Feb 28 2016
![Penggantungan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO wajar - Tajuddin Penggantungan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO wajar - Tajuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51443280544_TAJUDDINABDRAHMAN.jpg)
TAJUDDIN: Saya juga pernah dipecat (daripada UMNO) pada 1995, namun saya terima keputusan Majlis Tertinggi dengan hati terbuka ... saya tidak sabotaj atau menentang parti sebab saya sayangkan UMNO. - Gambar fail
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
"Sebab itu Machang tidak maju" - PM Anwar
Perdana Menteri menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Machang mengenai isu kejatuhan saham ekonomi negara.
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723548182_TBAdnanMat.jpg)
Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
![Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739428519_tbAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.
![Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739427472_TBRafizi.jpg)
Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.
![Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426994_tbkemalanganmautt.jpg)
Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa
ACP Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki tempatan berusia 21 tahun itu meninggal dunia pada 1.10 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
![MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725510817_AhmadZahidHamidi.jpg)
MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid
Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.
![Nazri kritik Zahid 'kurang sifat kepimpinan', label menteri UMNO 'pengecut' Nazri kritik Zahid 'kurang sifat kepimpinan', label menteri UMNO 'pengecut'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610441435_TBNazriAziz.jpg)
Nazri kritik Zahid 'kurang sifat kepimpinan', label menteri UMNO 'pengecut'
Ahli Parlimen Padang Rengas itu sifatkan Zahid Hamidi "kurang sifat kepimpinan" dalam menerajui parti.
![UMNO tentukan status bertanding PRK Port Dickson esok - Asyraf Wajdi UMNO tentukan status bertanding PRK Port Dickson esok - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531195040_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
UMNO tentukan status bertanding PRK Port Dickson esok - Asyraf Wajdi
UMNO akan bermesyuarat esok untuk menentukan sama ada akan bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson, kata Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
![Hampir 2 juta pekerja asing sementara digajikan setakat September 2016 Hampir 2 juta pekerja asing sementara digajikan setakat September 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71470118546_ForeignWorkers.jpg)
Hampir 2 juta pekerja asing sementara digajikan setakat September 2016
Penggajian pekerja asing adalah langkah sementara untuk menampung kekosongan jawatan.
![Penggantungan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO wajar - Tajuddin Penggantungan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO wajar - Tajuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51443280544_TAJUDDINABDRAHMAN.jpg)
Penggantungan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO wajar - Tajuddin
Tajuddin berkata tindakan Muhyiddin yang terus mengkritik kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan melemahkan parti.