Pengundi di kalangan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Semenyih seharusnya menjadikan pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu sebagai referendum untuk menolak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tergesa-gesa hendak melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn menegaskan, ia berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu yang melihat keperluannya untuk meningkatkan keupayaan dan profesionalisme PDRM melalui pelbagai kaedah lain, berbanding penubuhannya kerana berkaitan isu disiplin.
"Apa perlunya IPCMC? Saya ingin bertanya kepada Kerajaan PH terutamanya Latheefa Koya yang sibuk sangat hendak melaksanakan idea ini?
"Kalau hendak melihat kepada hal rasuah, adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melakukan tugasan mereka dengan baik?
"Kalau hendak bercakap soal disiplin, PDRM sudah mempunyai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) mereka sendiri. Sudah tentu Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun akan sentiasa memantau anggotanya" katanya ketika ditemui di sini, pada Isnin.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan bersetuju supaya
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) diperkasakan dan dikenali sebagai IPCMC.
Selain itu, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya juga menyambut baik langkah kerajaan untuk mewujudkan IPCMC, dan menyifatkannya sebagai sudah lama tertunda.
Latheefa juga berharap, suruhanjaya itu diberikan kuasa yang diperlukan dan benar-benar bebas dalam melaksanakan fungsinya.
Dalam pada itu kata Bastien yang juga Ketua Pemuda UMNO Segamat, isu-isu berkaitan PDRM boleh dibincangkan di Parlimen.
"Jadi tidak ada keperluan untuk menubuhkan IPCMC seperti Australia, United Kingdom (UK) dan negara-negara Barat lain.
"Kerajaan sepatutnya membela nasib anggota PDRM dan bukannya menekan mereka sehingga bertambah susah untuk melaksanakan tugasan.
"Kalau benar mereka mahu membela PDRM, berikan fokus kepada soal kebajikan, peralatan kepolisan, perumahan serta kuarters. Hal-hal ini lebih penting dari penubuhan IPCMC," jelasnya.
Dalam perkembangan berasingan, Bastien melihat kerajaan PH memalukan Mohamad Fuzi dengan butiran sebuah syarikat ramalan nombor menaja rombongan kerja pasukan keselamatan ke Turki baru-baru ini.
BACA: KPN nafi berhibur di Turki
"Walhal itu adalah bajet dari Kementerian Kewangan yang ditabung oleh syarikat-syarikat perjudian bagi menampung sebarang kos berkaitan industri perjudian di negara ini.
"Saya melihat pendedahan sumber ini sebagai sesuatu yang memalukan PDRM kerana ini bukan pertama kali lawatan kerja sebegini dibuat," katanya.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata, lawatan PDRM yang diketuai oleh Mohamad Fuzi ke Turki dibayar oleh syarikat nombor ramalan itu untuk tujuan mempelajari teknik membanteras judi dalam talian.
Menurut Guan Eng, walaupun lawatan itu diluluskan Lembaga Totalisator sebuah agensi bawah Kementerian Kewangan perbelanjaannya bukan daripada kerajaan.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan tidak mengetahui perincian mengenai lawatan itu yang dibayar oleh sebuah syarikat nombor ramalan.
Beliau berkata, secara prinsipnya lawatan itu tiada sebarang masalah dan tugasnya sebagai menteri bertanggungjawab ke atas PDRM akan menilai terlebih dulu permohonan sebelum sebarang kelulusan lawatan ke luar negara diberikan.
Wan Syamsul Amly
Mon Feb 25 2019

BASTIEN: Kalau hendak melihat kepada hal rasuah, adakah SPRM tidak melakukan tugasan mereka dengan baik? - Foto fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

UMNO boleh kerjasama dengan musuh politik dalam isu rakyat - Bastien
UMNO boleh menjalankan kerjasama dengan musuh politik antaranya dalam isu faedah kepada rakyat, pemulihan Parlimen dan ekonomi negara.

Pengundi PDRM perlu jadikan Semenyih sebagai referendum tolak IPCMC - Bastien
Bastien menggesa pengundi daripada anggota PDRM menjadikan PRK Semenyih sebagai referendum menolak kerajaan PH.