Kemajuan 'luar biasa' yang akan dibawa calon Pakatan Harapan (PH) untuk Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad seandainya menang, dilihat bakal menutup sumber rezeki penduduk asal di kawasan berkenaan.
Penganalisis politik, Datuk M.Periasamy menegaskan, dapatan itu diperolehinya selepas tinjauan dibuat yang turut mendapati pengundi Langkawi tidak mahu calon yang terlalu berumur di sana.
"Ada sentimen daripada pengundi di sana sendiri yang mengatakan Dr Mahathir terlalu tua untuk menjadi Ahli Parlimen di Langkawi.
"Mereka turut berpandangan, seandainya Dr Mahathir menang, pembangunan yang akan dibawanya kelak bakal menjadikan Langkawi seperti Hawaii.
"Ia akan menyebabkan imej kampung Melayu di sana hilang dan digantikan pusat pelancongan yang mengubah persepsi serta melenyapkan banyak pekerjaan penduduk asal seperti nelayan," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
BACA: Selepas 19 tahun tinggalkan medan 'tempur' PRU, Tun Mahathir sah bertanding di Langkawi
BACA: Buang undi hari Rabu susahkan mereka yang bekerja - Tun M
Pada Ahad, teka-teki di mana Pengerusi PH itu 'bertempur' pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akhirnya terjawab.
Dalam satu majlis, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Dr Mahathir akan menjadi calon mewakili blok pembangkang bagi kerusi Parlimen (P004) Langkawi.
Dalam pada itu jelas Periasamy, penduduk Langkawi yang ditemuinya juga yakin Dr Mahathir akan banyak menggunakan isu kemajuan selain menjanjikan pembangunan luar biasa Parlimen itu sepanjang kempennya pada PRU kali ini.
Periasamy turut memberitahu, Dr Mahathir sendiri seharusnya mengetahui perubahan dan perbezaan landskap politik kini berbanding 19 tahun selepas bekas perdana menteri itu melepaskan jawatannya di dalam kerajaan.
"Zaman berubah, pemikiran juga lain. Dr Mahathir tidak boleh fikir situasi politik dahulu sama dengan sekarang atau masa depan.
"Kita sekarang bersedia menghadapi Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) dan ia pasti berbeza dengan zamannya dahulu," katanya.
Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata, mahu tidak mahu, rakyat perlu bersedia kerana IR4.0 akan membawa kepada kejayaan wawasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Perdana Menteri juga sebelum ini memberitahu, peruntukan sebanyak RM1.3 bilion yang diumumkannya untuk pembangunan infrastruktur Langkawi dua bulan lepas membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap pulau itu.
BACA. FAHAM. UNDI: Ikuti laporan komprehensif PRU14 di sini
"Dana itu merangkumi RM500 juta bagi menaik taraf Hospital Langkawi dan RM600 juta untuk projek mengatasi masalah air di Padang Mat Sirat," kata Najib.
Pada Ahad, Dr Mahathir turut mengumumkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan bertanding di kerusi Parlimen Jerlun dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra pada PRU14.
Kerusi Langkawi disandang Datuk Nawawi Ahmad, yang juga Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi menewaskan calon PKR, Ahmad Abdullah dengan majoriti lebih 11,000 undi pada PRU lima tahun lalu.
Wan Syamsul Amly
Mon Apr 16 2018

Menurut Periasamy, penduduk di Langkawi percaya pembangunan yang akan dibawa Tun Mahathir kelak bakal menjadikan Langkawi seperti Hawaii.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

PRU15: MIC 'top up' pengundi di kawasan parti Melayu berpecah - Penganalisis
Periasamy menolak tanggapan MIC sebagai sebuah parti kecil dan tidak mempunyai kepentingan dalam Pilihan Raya Umum.

Anjakan paradigma kepimpinan MIC raih sokongan kaum India
Perubahan persepsi serta peningkatan sokongan masyarakat India terhadap MIC akan menjadikan MIC sebagai aset kepada BN dalam menjayakan cita-cita menguasai semula Putrajaya pada PRU ke-15.

'Pengundi tak mahu Tun M ubah Langkawi jadi Hawaii' - Penganalisis
Menurut Datuk M. Periasamy, seandainya Tun Dr Mahathir Mohamad menang, beliau dilihat bakal menutup sumber rezeki penduduk asal di Langkawi.

Keunggulan demokrasi mati lemas dalam DAP
DAP bimbang jika perhatian rakyat terus fokus kepada kelemahan DAP, maka parti itu hilang sokongan rakyat malah dijangka dilanda malapetaka dalam PRU14.

Mengimbas semula kisah sedih kereta api maut Burma-Siam
Apakah generasi muda Malaysia sedar kisah di sebalik pembinaan kereta api maut yang turut melibatkan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka, terutamanya kaum Tamil?