Barisan kepimpinan baharu Pakatan Harapan tidak akan memberi saingan sengit kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14.
Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, kepimpinan pakatan pembangkang yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak akan mengugat kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di dalam kerajaan.
"Saya optimis, PH di bawah kepimpinan yang baru dibentuk tidak memberi saingan kepada kita (UMNO), itu perkara biasa (kehadiran pembangkang).
"UMNO tidak berada dalam keadaan ketakutan dengan kehadiran PH, UMNO juga bukan setahun jagung berdepan dengan situasi sedemikian.
"Kita sudah cukup pengalaman terutama untuk menangani serangan politik pembangkang," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: 'Desperado' Tun Mahathir bakal bawa padah dalam PH - Pemuda UMNO Kedah
BACA: Siapa pegang kuasa eksekutif dalam pakatan pembangkang, soal Salleh
Syed Ali turut menolak sekeras-kerasnya dakwaan Ketua Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff bahawa UMNO kini berada dalam ketakutan.
"Kenyataan Rais sebagai bahan lawak dan kelakar, mengapa UMNO perlu berasa takut dengan kehadiran PH, apa istimewanya pakatan tersebut?
"UMNO yang menjadi tunjang gabungan BN bukan parti yang baru malah sudah mejangkau 71 tahun usianya dan masak dengan senario politik negara ini.
"UMNO boleh berdiri gagah sehingga ke hari ini kerana dasar-dasarnya relevan untuk orang Melayu dan majoriti orang Melayu pula menyokong perjuangan UMNO," tegasnya.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengingatkan blok pembangkang, jika takut dilambung ombak, tidak perlu untuk berumah di tepi pantai.
"UMNO tidak pernah gentar dengan gelombang, UMNO tidak pernah lemas dibedal ombak, itu adalah asam garam politik dan UMNO tidak pernah gagal berdepan dengan cabaran mahupun saingan.
"UMNO sudah sebati dengan denyut nadi rakyat terutama orang Melayu sejak zaman pasca-kemerdekaan sehingga sekarang.
"Orang Melayu dan UMNO saling memerlukan kerana sokongan padu itu telah membolehkan pemimpin UMNO dan kerajaan melakukan yang terbaik untuk masa depan rakyat dan negara," jelasnya.
Berbanding dengan PH katanya, ia sekadar gabungan parti-parti politik yang tidak mempunyai carta masa depan sekadar laungan retorik untuk memperdayakan pemikiran rakyat.
"Lagipun PH adalah gabungan aternatif pembangkang baru tetapi dibarisi oleh pemimpin lama dan veteran politik yang menyimpan dendam terhadap UMNO.
"PH hanya dijenamakan semula dengan barisan kepimpinan lama dan majoritinya dianggotai oleh bekas pemimpin UMNO yang kecewa.
"Jadi, dakwaan Rais bahawa UMNO takut sekadar mimpi ngerinya apabila menyedari kekuatan UMNO semakin terserlah di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak," tegasnya.
Dalam sebuah portal berita, Rais dipetik sebagai berkata pengumuman barisan kepimpinan PH itu telah 'menakutkan' pemimpin BN dan UMNO.
Syed Ali juga menyifatkan perlantikan Dr Mahathir sebagai Pengerusi PH tidak akan memberi impak besar kepada senario politik tanahair.
"Betul Dr Mahathir pemimpin berjasa, tetapi dalam hal ini saya tidak nampak mengapa rakyat perlu menyokong pakatan tersebut," ujarnya.
Ditanya apakah pembentukan PH akan membuka jalan ke arah sistem dua parti di Malaysia, Syed Ali menjelaskan perkara itu tidak akan berlaku.
"Kita kena ingat, Pas yang berada di blok ketiga tidak menyokong PH yang didominasi oleh DAP," tegasnya.
Astro Awani
Fri Jul 14 2017

Syed Ali turut menolak sekeras-kerasnya dakwaan Ketua Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff bahawa UMNO kini berada dalam ketakutan.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.

ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.

Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.