Selepas 19 tahun tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU), Tun Dr Mahathir Mohamad kembali mempertaruhkan nasibnya di gelanggang itu namun, kali ini di kawasan lain dan membawa panji yang berbeza.
Pada Ahad, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan diumumkan akan bertanding atas tiket PKR pada PRU14 bagi merebut kerusi Parlimen Langkawi yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, pengumuman itu menimbulkan pelbagai persoalan - mengapa Dr Mahathir tidak bertanding di Kubang Pasu, yang menjadi kubu kuatnya selama 30 tahun?
Dr Mahathir merupakan Ahli Parlimen Kubang Pasu sejak kawasan parlimen itu disenaraikan pada PRU4 pada 1974 dan berkhidmat sehingga 2004 selain menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Pakar Strategis Geopolitik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata keputusan Dr Mahathir untuk bertanding di Langkawi mungkin kerana sinonim dengan sumbangannya kepada pembangunan di kawasan itu.
Azmi berkata peluang bekas perdana menteri, yang bakal menjangkau usia 93 tahun Julai ini, dilihat lebih besar di Langkawi jika bersandarkan kepada sentimen penduduk di situ yang sebelum ini memandang tinggi sumbangannya dalam pembangunan pulau bebas cukai itu.
"Memang benar pembangunan, kemajuan serta kemakmuran Langkawi itu dibawa atau disumbang oleh Tun Mahathir... Tetapi perlu diingat juga, siapa di belakangnya? Parti mana yang mendukungnya ketika itu?
"Jadi, kita lihat strategi yang diguna pakai Tun Mahathir sekarang adalah hanya bersandar kepada sentimen pengundi sahaja...percubaan untuk bermain dengan sentimen pengundi adalah percaturan yang boleh memakan dirinya," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Azmi mengingatkan bahawa kehadiran PAS untuk bertanding di Langkawi juga boleh menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru di kawasan itu bersama-sama dengan BN, yang merupakan penyandang kerusi itu.
Nawawi Ahmad, 56, memenangi kerusi Parlimen Langkawi buat pertama kalinya setelah mengalahkan calon PKR Ahmad Abdullah dengan majoriti 11,861 undi pada PRU13.
Dengan PAS tidak lagi berada di dalam pakatan pembangkang, beliau berkata kebarangkalian untuk berlaku perpecahan undi dalam kalangan penyokong pembangkang adalah lebih tinggi dan akhirnya boleh memberi peluang yang lebih besar kepada BN.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik, Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib pula berpendapat perpecahan pakatan pembangkang hanya akan memberi kemenangan kepada BN jika tiada pembelotan dari dalam gabungan parti pemerintah itu.
Beliau berkata BN masih perlu berjaga-jaga dan tidak memandang rendah kepada kemampuan Dr Mahathir untuk memenangi hati pengundi Langkawi selain mendampingi anggota-anggota bahagian BN.
"Tun Mahathir sendiri merupakan orang Kedah, mempunyai latar belakang BN di Kedah dan beliau faham apa yang orang Kedah mahukan. Jadi, tidak mustahil sentimen Tun itu mampu menarik perhatian pengundi-pengundi di Kedah.
"Akan menjadi masalah kepada BN jika ada ahlinya yang melakukan protes secara senyap. Ancaman dalaman yang antaranya berpunca daripada mereka yang tidak tercalon, perlu juga diberikan perhatian," katanya.
Md Shukri berkata jika mereka setia kepada parti dan kepimpinan parti, Tun Mahathir akan menghadapi laluan yang sukar di Langkawi.
"Walaupun Langkawi merupakan kawasan yang maju namun, gaya politik di Langkawi masih bersifat luar bandar.
"Sekiranya calon BN boleh memikat hati pengundi di Langkawi yang masih berpegang kepada konsep kekeluargaan, keharmonian hidup bermasyarakat, dan kemakmuran ekonomi, BN tidak akan menghadapi masalah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 16 2018

Dr Mahathir diumumkan akan bertanding atas tiket PKR pada PRU14 bagi merebut kerusi Parlimen Langkawi. -Gambar fail

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM860,000 dalam satu operasi di Ulu Tiram, di sini semalam.

Penjelasan PNB mengenai pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH
Permodalan Nasional Berhad sebagai pemegang saham utama SEB yang sedia ada.

Pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH untuk bayar vendor tempatan - PNB
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan.

Mangsa banjir di Sabah semakin berkurangan malam ini
Jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 2,308 orang daripada 803 keluarga setakat 8 malam ini.

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 3.5 peratus kepada RM158.1 bilion pada Januari - DOSM
- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).