Perhimpunan Agung UMNO 2016, yang akan membuka tirainya esok, menjadi platform terpenting parti politik terbesar Melayu ini memperkukuh solidariti dan mencatur strategi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Diperkatakan sebagai perhimpunan yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang, pertemuan tahunan di Pusat Dagangan Dunia Putra yang akan dihadiri 5,732 perwakilan kali ini dinantikan banyak pihak yang mahu melihat apakah hala tuju UMNO dalam arena politik tempatan.
Berlatar belakang cabaran yang datang dari dalam dan luar parti serta pelbagai isu yang membelenggu rakyat, perhimpunan agung parti tunjang Barisan Nasional (BN) kali ini perlu menangani segala permasalahan yang timbul untuk membentuk mentaliti menang dan mengekalkan tampuk pemerintahan.
Fokus menghadapi PRU itu pastinya menjadi topik hangat yang akan disentuh oleh jurucakap-jurucakap yang mengambil bahagian sama ada semasa membahaskan ucapan dasar ketua sayap pergerakan masing-masing ataupun ucapan dasar presiden.
Dua pemimpin tertinggi UMNO, Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjangkakan bahawa tumpuan perhimpunan kali ini akan menekankan mengenai ke arah kemenangan UMNO dan BN pada PRU akan datang.
Menegaskan pentingnya semangat mentaliti menang ini dibentuk dalam kalangan anggota parti, Hishammuddin dalam wawancara khas menjelang perhimpunan berkata: "Perkara yang penting sekarang dalam UMNO kita kena bersatu, kena bersiap sedia untuk pilihan raya umum akan datang, rumah tangga kita perlu diperbetulkan dan saya berharap suasana dan perjalanan perhimpunan kali ini menjurus ke arah itu.
"Itu saya rasa penting dan boleh menjadi perkara 'take away' kepada perwakilan, perkara yang boleh dibawa balik ke bahagian masing-masing selepas perhimpunan itu."
Mengenai perjalanan perhimpunan itu, Tengku Adnan berkata tahun ini menyaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan serentak perhimpunan agung ketiga-tiga sayap – Wanita, Pemuda dan Puteri.
Tengku Adnan berkata perhimpunan kali ini akan turut disertai 300 perwakilan Mahasiswa Nasional dan 78 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara, serta 44 pemerhati luar negara mewakili 12 parti politik dari 10 negara.
Seramai 1,193 petugas media daripada 48 agensi termasuk tiga agensi antarabangsa akan membuat liputan pada perhimpunan kali ini.
Sebanyak 681 usul diterima dari 191 Bahagian UMNO dengan 510 diterima dan dikategorikan mengikut kluster iaitu politik, sosial, agama, pendidikan dan ekonomi. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 28 2016

Perhimpunan agung UMNO kali ini perlu menangani segala permasalahan yang timbul untuk membentuk mentaliti menang dan mengekalkan tampuk pemerintahan.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.
Pasaran saham AS naik berikutan data inflasi yang lebih rendah
Saham AS meningkat pada hari Rabu selepas data inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan membantu menghentikan penjualan besar-besaran, walaupun perang tarif yang berterusan oleh Presiden Donald Trump mengekang kenaikan. S&P 500 dan Nasdaq ditutup dalam wilayah positif, manakala Dow Jones berakhir sedikit lebih rendah.
Trump ancam tarif tambahan apabila EU, Kanada bertindak balas tarif sedia ada
Presiden Donald Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat, mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah dan Kanada. Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan jika EU melaksanakan tarif balas terhadap barangan AS. Kanada, pembekal utama keluli dan aluminium ke AS, mengumumkan tarif balas sebanyak 25% ke atas logam tersebut serta produk lain bernilai C$29.8 bilion.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya
Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.48 pagi ini untuk dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Mac 2025
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran bimbang mengenai perang perdagangan yang semakin meningkat, yang menjejaskan sentimen risiko. Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain
Pada 8.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4150/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4300 ketika ditutup semalam.
Pelaburan RM1.1 Bilion MDH dalam Sapura Energy: Langkah besar keluar PN17
Sapura Energy Bhd (SEB) memperoleh pelaburan RM1.1 bilion melalui langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar oleh Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH). Pelaburan ini akan digunakan untuk membayar liabiliti SEB kepada penyedia perkhidmatan Malaysia dalam sektor minyak dan gas, menyokong kestabilan kewangan vendor tempatan.

Perhimpunan Agung 2016 medan penting pacu UMNO hadapi PRU14
Perhimpunan Agung UMNO 2016, yang akan membuka tirainya esok, menjadi platform terpenting parti politik terbesar Melayu ini.