Perpaduan dalaman parti perlu terus diperkukuhkan bagi menyakinkan pengundi, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata tanpa perpaduan jitu yang ditunjukkan oleh setiap parti komponen BN, ia akan menyebabkan rakyat merasa ragu-ragu.
"Persefahaman dan perpaduan dalam parti itu perlu kerana sebelum kita keluar nak meyakinkan orang di luar, kita perlu tunjukkan kita mempunyai perpaduan yang kukuh.
"Orang luar jika nampak kita bergaduh, mereka tidak akan sokong kita," katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan MIC Bahagian Rembau, di sini Ahad malam.
Turut hadir Ketua MIC Bahagian Rembau yang juga Ketua Penerangan MIC Kebangsaan Datuk V S Mogan.
Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata BN, satu-satunya parti yang mampu memupuk perpaduan dalam kalangan semua kaum di negara ini, walaupun ia cuba dirobek dengan dakyah pembangkang yang bertujuan hanya untuk menang pilihan raya.
"Negara yang nak dibangunkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) memerlukan keadaan di mana perpaduan itu kukuh. Kalau berlaku perpecahan kepada perpaduan, bagaimana pemimpin nak membangunkan negara," katanya.
Dalam pada itu, Mohamad yang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yakin UMNO mampu mengekalkan kesemua 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.
"Yang berlawan itu parti bukan calon. Kita melawan Pakatan Harapan, janganlah kita bergaduh sesama sendiri. Sebab itu perlunya kita perlu bersatu padu.
"Kalau dia dipilih mewakili parti, kita kena sokong. Kalau MIC menang di Jeram Padang dan Port Dickson, kita dah dapat dua pertiga majoriti," katanya.
Sementara itu, Mogan dalam ucapan berkata MIC pusat dalam tempoh dua bulan lepas berjaya mendaftarkan sejumlah 25,000 anggota sebagai pemilih.
"Yang terbanyak sekali ialah Johor dengan jumlah ahli yang berjaya didaftarkan ialah seramai 5,000 orang dan di Negeri Sembilan seramai 4,200 telah didaftarkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2017

MOHAMAD: Kita perlu tunjukkan kita mempunyai perpaduan yang kukuh.
ADMM Retreat sepakat perkasa keselamatan serantau
Untuk perincian lanjut, kita terus bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang berada di Pulau Pinang bagi mengikuti ADMM Retreat kali ke-19.

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd.

60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja
Operasi penyelamatan itu menyasarkan tempat-tempat yang terlibat dengan penipuan dalam talian di Poipet, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand.

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.
Thailand, China, Myanmar kerjaasma tangani jenayah rentas sempadan
Thailand akan mengadakan perbincangan tiga pihak bersama China dan Myanmar untuk menangani jenayah rentas sempadan.

Ahli perniagaan didakwa bunuh isteri
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Sungai Long, dekat sini, minggu lepas.
Pemukiman Menteri Ekonomi fokus pengukuhan integrasi dagangan
Pengukuhan integrasi ekonomi serantau menjadi agenda utama Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN tahun ini.
Meta Platforms dilapor bangunkan projek bernilai 200 bilion dolar
Meta Platforms dalam perbincangan membangunkan pusat data baharu bagi projek kecerdasan buatannya bernilai lebih 200 bilion Dolar.
Japan Post rancang jual pegangan dalam Japan Post Bank
Japan Post Holdings merancang menjual sahamnya dalam Japan Post Bank dianggarkan berjumlah kira-kira 600 bilion Yen bersamaan 4.02 bilion dolar Amerika.

Kes bunuh penyanyi: Bedah siasat temui 14 kesan tikaman, termasuk 5 di dada
Polis mengesahkan terdapat 14 kesan tikaman, termasuk satu yang menembusi pembuluh darah utama, pada mayat penyanyi sambilan yang dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di Melaka.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.