Nampaknya krisis pertindihan kerusi yang melanda PKR dan DAP masih belum terlerai malah makin hangat di hari ketiga (Rabu) kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.
Rakan strategi Pakatan Harapan (PH) itu yang pada dasarnya mengacukan 'senapang' politik kepada Barisan Nasional (BN) nampaknya mula melencong ke arah rakan sendiri.
Kedegilan kedua-dua parti itu untuk berkompromi dilihat bakal menghakis sokongan rakyat yang berpandangan kesepakatan hanya ada pada nama, Pakatan Harapan.
Tidak sedarkah kedua-dua parti itu bahawa akan berlaku pecahan undi di enam DUN, Mulu, Murum, Ngemah, Mambong, Simanggang dan Batu Kitang sekaligus menghakis sokongan rakyat yang diberikan kepada mereka sebelum ini.
PKR tolak cadangan damai
Malah, dalam sidang akhbarnya semalam, PKR berkeras tidak akan menerima pelan damai cadangan DAP dalam isu perebutan kerusi Batu Kitang.
Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar menegaskan, PKR tidak akan menarik balik pencalonan wakil mereka untuk bertanding di kerusi tersebut.
“Tawaran pertukaran satu kepada lima menunjukkan DAP tidak serius di Batu Kitang. Jika dibandingkan dengan calon DAP yang dicalonkan pada saat-saat akhir, calon PKR di Batu Kitang, Voon Shiak Ni telah bekerja di kawasan berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu,” katanya.
BACA: Shiak Ni sifatkan DAP kurang bijak calonkan Abdul Aziz di Batu Kitang
BACA: Kekalutan yang tidak lagi tersembunyi di sebalik PRN Sarawak
DAP kecewa dengan PKR
Semalam, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke memberitahu, satu-satunya jalan tengah boleh dicapai pada ketika ini ialah persetujuan PKR untuk menarik balik lima calonnya walaupun nama-nama mereka telah berada di kertas undi.
Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut kecewa selain mengakui pengundi akan keliru dalam membuat keputusan.
"Kami rasa DAP tidak menerima apa yang yang sepatutnya. Saya dapati ini amat mengecewakan...sudah pasti akan mewujudkan kekeliruan dalam kalangan penyokong," katanya.
Menerusi hasil kaji selidik Merdeka Center, lima kawasan yang menjadi pertikaian sebenarnya memihak kepada DAP, manakala hanya satu kawasan, iaitu Mambong, dilihat memberi sedikit kelebihan kepada PKR.
Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa di kawasan Senadin, DAP memperoleh 53 peratus peluang untuk menang, manakala PKR 18 peratus; Simanggang, DAP (47 peratus) dan PKR (23 peratus); Bukit Semuja, DAP (46 peratus) dan PKR (27 peratus); Batu Kitang, DAP (60 peratus) dan PKR (8 peratus); Tasik Biru, DAP (43 peratus) dan PKR (21 peratus); dan Mambong DAP (36 peratus) dan PKR (21 peratus).
Peluang buat BN
Namun, kini BN dilihat bakal menerima limpahan sokongan sekaligus beberapa penganalisis politik menjangkakan BN akan menawan semula beberapa kerusi seperti DUN Mambong, Simanggang dan Murum.
Justeru, peluru yang telah lama disasarkan PKR dan DAP kepada BN kini nampaknya bakal memakan diri sendiri jika pertikaian ini terus berlarutan.
Proses pengundian bagi 80 kerusi Dun Sarawak bakal berlangsung 7 Mei ini dengan dua lagi kerusi telah dimenangi calon Barisan Nasional tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada Isnin.
*Harits Asyraf Hasnan adalah wartawan Astro AWANI yang membuat liputan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 ketika ini.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Apr 27 2016

Calon PKR di salah satu kerusi bertindih Batu Kitang, Voon Shiak Ni (kiri) telah bekerja di kawasan berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu. - Gambar fail
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.

Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.

Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.

Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.

Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.

Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.

Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.

GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963

Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.

Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.