Namun pada 2016, BN Johor hilang dua pertiga majoriti selepas ADUN Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pakatan Harapan (PH) pula dilihat bersungguh ingin menawan negeri di selatan tanah air itu dengan meletakkan calon-calon ‘top guns’ di Johor. Manakala PAS bersama Gagasan Sejahtera turut bertanding di 20 kerusi Parlimen dan 41 kerusi DUN pada PRU14 nanti.
Berikut adalah antara kerusi panas yang dijangka bakal menyaksikan pertembungan sengit antara calon-calon yang bakal dipilih oleh rakyat.
Penyandang Tan Sri Shahrir Abd Samad (BN) bakal dicabar oleh Ketua Publisiti PKR Johor, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang juga merupakan Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW).
Kerusi Parlimen Muar bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandang Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) akan berhadapan dengan calon muka baharu dari PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman yang bertanding atas tiket PKR dan juga Abdul Aziz Talib dari PAS.
Kerusi yang dahulunya menjadi kubu kuat BN kini bertukar tangan selepas penyandangnya Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal mempertahankan kerusi itu dan berhadapan saingan tiga penjuru antara Ketua UMNO Bahagian yang juga anak didiknya, Ismail Mohamed dan juga calon PAS Ahmad Nawfal Mahfodz.
Veteran DAP Lim Kit Siang yang memenangi kerusi panas ini selepas menewaskan bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Ghani Othman pada pilihanraya lalu dijangka berhadapan laluan sukar selepas dicabar calon anak tempatan kawasan ini Datuk Teoh Sew Hock@Jason Teoh (BN).
Kerusi ini bakal menyaksikan lebih menarik dengan saingan empat penjuru antara calon BN Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ab Aziz Abdullah (PAS), Hassan Abdul Karim (PKR) dan bekas pemimpin DAP Johor Bahru Sey Jock yang bertanding sebagai calon bebas.
Pertandingan di Parlimen Pulai juga dijangka bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandang Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN), Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub yang mencuba nasib sekali lagi untuk merampas kawasan berkenaan dan seorang lagi calon bebas Yap Keng Tak yang merupakan Pengerusi Persatuan Kepolisan Komuniti Johor.