Kekalahan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis berlaku kerana rakyat di negeri itu belum merasai kebaikan pemerintahan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH).
Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, PH akan melakukan 'post mortem' bagi menentukan faktor kekalahan dan mengetahui sebab rakyat Sabah kecewa dengan pemerintahan ketika ini.
“Saya rasa rakyat Sabah mungkin belum merasai kebaikan pemerintahan Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Rakyat DUN Anak Bukit, di Dewan Orang Ramai Taman Bersatu, di sini, Sabtu malam.
Jelas Dr Mahathir, Warisan masih baharu di negeri itu dan mereka harus diberi masa dan peluang untuk membuktikan pembaharuan yang akan dilakukan di negeri yang kaya dengan hasil pertanian itu.
Menurutnya, PH tidak perlu menyalah mana-mana pihak dan harus menerima kekalahan ini dengan terbuka.
“Orang Sabah, mereka belum merasa kebaikan daripada pemerintahan baru kerana segala yang kita lakukan mengambil masa macam kita buat dasar baru untuk pertanian, tak boleh buat hari ni, esok dah dapat hasil… (ia) akan ambil masa dan saya yakin lama- kelamaan rakyat Sabah akan sedar bahawa mereka akan dapat pemerintahan yang lebih baik kerana Warisan berkuasa,” katanya lagi.
Ditanya sama ada kekalahan itu memberi tekanan kepada PH, Ahli Parlimen Langkawi itu mengakui perkara tersebut.
Katanya, ia sedikit sebanyak memberi tekanan kerana ini sudah menjadi tanggungjawab beliau serta rakan lain untuk memikirkan langkah seterusnya ke arah memenangi hati rakyat yang terluka.
BACA: PH akan tingkatkan usaha menangi hati rakyat yang terluka - Anwar
Dr Mahathir percaya Sabah di bawah pimpinan Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, akan terus meningkatkan usaha membangunkan negeri itu.
BACA: Kimanis kekal di tangan BN, peroleh majoriti lebih besar
Terdahulu, BN mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis selepas mendapat 2,029 majoriti dalam PRK Kimanis.
Calonnya, Datuk Mohamad Alamin, 47, mendapat 12,706 manakala calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang, 66, memperoleh 10,677 undi.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jan 18 2020
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pakatan Harapan akan melakukan 'post mortem' bagi menentukan faktor kekalahan di PRK Kimanis. - Gambar fail
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Kalah di Kimanis, PH perlu kerja lebih kuat menangi hati rakyat - Guan Eng
Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis harus dijadikan iktibar dan menjadi mesej jelas kepada semua wakil rakyat.
PRK Kimanis: Pecahkan legasi BN, tidak timbul isu kemerosotan undi - Azmin
Jumlah undi yang diterima Karim tidak jauh berbeza sewaktu beliau menentang Datuk Seri Anifah Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.
PH akan buat post-mortem kenal pasti faktor kekalahan Kimanis - Tun M
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pakatan Harapan akan melakukan 'post mortem' bagi menentukan faktor kekalahan di PRK Kimanis.
PH akan tingkatkan usaha menangi hati rakyat yang terluka - Anwar
Tegasnya, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad, malah beliau sendiri dan kepimpinan PH akan memikirkan langkah yang lebih berkesan untuk memenangi semula hati rakyat.
Kimanis kekal di tangan BN, peroleh majoriti lebih besar
Barisan Nasional mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis apabila calonnya, Datuk Mohamad Alamin berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar.
Selepas 10 PRK, peratusan keluar mengundi PRK Kimanis paling tinggi
Peratusan itu sekali gus memadam rekod PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April tahun lalu yang mencatatkan peratusan keluar mengundi 79.31 peratus.
Kimanis Memilih: Pusat mengundi ditutup, proses kiraan undi bermula
Kesemua 19 pusat pengundian melibatkan 68 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis ditutup tepat pukul 5.00 petang setelah dibuka pada jam 7.30 pagi tadi.
Kimanis Memilih: Kembar tiga curi tumpuan
Tiga beradik, Zaki, Zakaria dan Zaidi Mahamud yang berusia 33 tahun itu berkongsi pengalaman untuk turun mengundi di SK Our Lady of Fatima (M) Kelatuan
Kimanis Memilih: Karim Bujang selesai buang undi
Seramai 2,158 pengundi berdaftar yang layak mengundi di pusat mengundi SK Kimanis, dengan lima saluran dibuka.
Kimanis Memilih: Pengundian bermula
Proses mengundi yang berlangsung sehingga pukul 5 petang itu membabitkan seramai 29,619 pengundi biasa yang layak mengundi.