Pakatan Harapan (PH) adalah sebuah parti gabungan yang mengamalkan sistem kesamarataan dan saksama antara satu sama lain, dengan anggota pentadbiran kerajaannya yang benar-benar berbilang kaum.
Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah berkata selepas PH berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas, pentadbiran parti gabungan itu sentiasa meletakkan parti komponennya terdiri daripada PKR, Bersatu, DAP dan Amanah, memegang jawatan tertentu secara adil dan seimbang.
Malah, katanya perkara ini adalah bukti bahawa PH mengamalkan sistem pentadbiran yang mementingkan perpaduan kaum serta menghormati antara satu sama lain.
"PH adalah parti yang saksama. Apabila kita menang pada PRU14, memang jumlah kerusi Ahli Parlimen dalam empat parti PH tak sama...PKR paling banyak, nombor dua DAP, nombor tiga Bersatu dan (keempat) Amanah.
"Macam mana kita (PH) nak seimbangkan, apabila kita melantik ahli Dewan Negara kita cuba seimbangkan.
"Contohnya parti yang paling banyak kerusi dalam Dewan Rakyat adalah PKR, apabila lantik Senator pula, kita tidak lantik terlalu ramai daripada PKR...kita seimbangkannya dengan melantik Senator daripada DAP, Amanah dan Bersatu," katanya pada ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, di sini malam tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK Parlimen Tanjung Piai pada 16 Nov, manakala undi awal pada 12 Nov ini.
PRK itu menyaksikan pertandingan enam penjuru melibatkan calon PH Karmaine Sardini, Datuk Seri Wee Jeck Seng mewakili Barisan Nasional, calon Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz, Wendy Subramaniam mewakili Gerakan serta dua calon bebas iaitu Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 10 2019

Saifuddin (kanan) menyampaikan ceramahnya ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di Pontian malam tadi. --fotoBERNAMA

Caj kesesakan dijangka kurangkan 20 peratus kesesakan di Kuala Lumpur - Dr Zaliha
Pelaksanaan Caj Kesesakan dijangka dapat mengurangkan sekitar 20 peratus kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Malaysia zon endemik denggi: Pengesanan awal penting cegah komplikasi teruk kanak-kanak
Denggi masih menjadi isu kesihatan awam yang penting di Malaysia, dengan negara ini diklasifikasikan sebagai zon endemik berikutan virus berkenaan telah tersebar meluas di semua kawasan.

Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
AWANI Ringkas: Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.