Perbalahan antara parti PKR dan DAP berhubung isu pembahagian kerusi bertanding dan pertindihan pencalonan sewaktu pilihanraya bukanlah 'cerita' baharu yang tidak dijangka, khususnya di Sabah dan Sarawak, kata Pengurus Penyelidikan Merdeka Center, Tan Seng Keat.
Namun beliau menyifatkan konflik antara kedua parti pembangkang itu pastinya bakal memberi kesan kepada peluang pembangkang, khususnya dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 kali ini.
Ia sekaligus menimbulkan persoalan sama ada tsunami politik seperti apa yang berlaku pada pilihan raya negeri 2011 mampu ulang?
"Sebenarnya di Sarawak, ini bukan isu baru sebab pada pilihan raya umum 2008, ketika itu walaupun di Semenanjung, parti-parti pembangkang dapat bersetuju memastikan untuk 'satu-lawan-satu' dengan calon Barisan Nasional (BN) tetapi di Sabah dan Sarawak kita melihat masih berlaku pertandingan tiga penjuru melibatkan parti pembangkang di banyak kawasan.
"Namun pada pilihan raya umum 2013, mereka berjaya bersetuju untuk 'satu-lawan-satu' di Sabah dan Sarawak. Konflik antara DAP dan PKR di Sarawak adalah suatu yang biasa," katanya yang ditemui Sibu.
BACA: PKR, DAP bincang isu pertindihan kerusi - Azmin
BACA: DAP kesal PKR tidak jujur dalam proses perundingan kerusi PRN Sarawak
BACA: Peluang BN menang di Sibu?
Namun akibat kegagalan dalam memastikan pertandingan 'satu-lawan-satu' pada PRN Sarawak kali ini, katanya, ia bakal memberi satu pengajaran kepada pihak pembangkang apabila pengundi bertindak menghukum mereka pada hari mengundi nanti.
"Ini pastinya akan menjejaskan keyakinan pengundi. Mereka yang tidak berpuas hati dengan BN mungkin tidak akan keluar mengundi atau mereka akan kembali mengundi BN," katanya.
PRN Sarawak ke-11 menyaksikan pertindihan kerusi antara PKR dan DAP di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.
BACA: 'Peluru' PKR-DAP yang dituju ke BN bakal makan tuan di PRN Sarawak?
BACA: PKR tolak tawaran DAP, tidak beri laluan mudah
BACA: 'Ini bukan permainan di Batu Kitang' - Abdul Aziz
Sementara itu, hasil pemerhatiannya terhadap corak berkempen pada PRN Sarawak kali ini, Seng Keat menyifatkan bahawa intipati ceramah dan isu yang diketengahkan oleh semua calon parti bertanding adalah kurang memberangsangkan.
"Kempen untuk PRN Sarawak kali ini saya rasa ada sedikit membosankan di mana tidak ada banyak isu yang diketengahkan oleh calon parti bertanding, baik daripada BN mahupun pembangkang. Ini termasuk pembangkang tempatan seperti STAR atau calon bebas di mana mereka dilihat lebih cenderung kepada mengkritik calon-calon lain dan bukannya memberi penyelesaian contohnya bagaimana membangunkan Sarawak atau menyelesaikan isu-isu tempatan.
"Ini satu pemerhatian yang tidak begitu sihat kerana apa yang berlaku adalah ia mungkin akan menjejaskan pengundi apabila mereka keluar mengundi nanti, sebab tidak ada isu atau pemimpin yang memberangsangkan," katanya lagi.
Proses pengundian bagi 80 kerusi Dun Sarawak bakal berlangsung 7 Mei ini dengan dua lagi kerusi telah dimenangi calon BN tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada Isnin.
Tan Su Lin
Fri Apr 29 2016
TAN: Kegagalan dalam memastikan pertandingan 'satu-lawan-satu' pada PRN Sarawak kali ini, katanya, ia bakal memberi satu pengajaran kepada pihak pembangkang. - Gambar fail
Nie Ching gesa pencinta kandungan golongan muda terap nilai komuniti
Pencipta kandungan perlu menyedari tidak semua kandungan mempunyai nilai intrinsik hanya kerana ia mudah untuk dihasilkan.
Piala Malaysia: Selangor ikat Sri Pahang, Terengganu tundukkan Melaka
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 1-1 ketika bertemu Selangor FC, malam tadi.
Letak diri dari perspektif pengguna untuk beri perkhidmatan terbaik
Falsafah atau panduan untuk merakyatkan perkhidmatan awam adalah dengan sentiasa berfikir sebagai seorang rakyat dahulu.
Pasaran getah menaik walaupun kesan Monsun Timur Laut - Pakar
Walaupun penambahan stok diperlukan, keperluan selanjutnya dalam penyimpanan membentangkan cabaran yang agak besar berikutan cuaca buruk.
Suri rumah jana pendapatan tanaman cendawan tiram hasil kepakaran UniMAP
Seorang suri rumah mampu menjana pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan selepas mengusahakan tanaman cendawan tiram dengan bantuan kepakaran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Integriti nilai utama penjawat awam
Integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban antara nilai utama yang perlu dimantapkan dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi cabaran semasa dan merealisasikan aspirasi rakyat.
Perpaduan kaum, kepelbagaian budaya bukan suatu yang kekal tanpa usaha - Aaron
Perpaduan kaum dan kepelbagaian budaya di negara ini perlu terus diperkukuh oleh semua pihak dan tidak boleh mengambilnya sebagai sesuatu yang kekal tanpa usaha.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Komitmen, ketegasan PM kini jelas sejak diberi mandat - Penyelidik
Komitmen dan ketegasan yang ditunjukkan oleh PM menguruskan masalah rakyat dapat dilihat jelas sejak diberi mandat selepas PRU15 lalu.
PRU15: Faktor calon jadi pertimbangan kritikal kali ini - Merdeka Center
Pengundi lebih cenderung melihat profil dan prestasi calon yang dipertandingkan untuk menyelesaikan isu semasa yang dihadapi.
PRN Johor: Pengundi usia pertengahan paling kurang keluar mengundi - Penyelidik
SOP Malaysia ketika ini dilihat menghalang hak yang sepatutnya dimiliki oleh mereka yang layak menunaikan kewajipan tersebut.
UMNO harus akui hakikat perlu bekerjasama - Penganalisis
UMNO seharusnya mengakui hakikat perlu bekerjasama untuk membentuk kerajaan, kata Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid.
Kerajaan perlu agresif kekang sindiket sebar berita palsu
Masalah sindiket penyebaran berita palsu semakin serius, bukan sahaja di rantau ini, tetapi di seluruh dunia.
Pencapaian Malaysia semakin baik jika dibandingkan negara lain - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hasil keamanan yang dikecapi rakyat serta ekonomi yang semakin baik adalah petunjuk kejayaan PH dan ia perlu dihargai semua pihak.
Kajian Merdeka Center: Wake up call buat kerajaan PH - Penganalisis politik
Walaupun kerajaan PH baharu 12 bulan mengambil alih pentadbiran negara, namun kajian itu menunjukkan bahawa populariti mereka boleh jatuh dengan mudah.
2/3 rakyat Malaysia berpuas hati dengan kerajaan PH
Secara amnya setakat Ogos 2018, 67 peratus berpuas hati dengan prestasi kerajaan, menurun daripada 87 peratus berbanding peringkat awal peralihan kuasa.
PRU14: BN Dijangka kekal kuasa persekutuan - tinjauan Merdeka Center
Tinjauan mendapati bahawa BN akan memenangi 100 daripada 222 kerusi parlimen dengan 37 kerusi menunjukkan persaingan sengit sementara PH dijangka menang 83 kerusi dan Pas tinggal dua kerusi parlimen.
Malaysia di landasan baik capai sasaran kurangkan intensiti pelepasan karbon
Malaysia berada di landasan yang baik ke arah memenuhi sasaran mengurangkan intensiti pelepasan karbon dioksida daripada KDNK sebanyak 45 peratus pada 2030, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi.