Memasang bendera dan poster parti merupakan salah satu aktiviti wajib dibuat menjelang hari membuang undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini.
Rata-rata anak muda akan menyumbang tenaga untuk memasang bendera walaupun terpaksa bersengkang mata sehingga awal pagi.
Misi mereka mudah, jika boleh memenuhi seluruh Sarawak dengan poster dan bendera parti sebagai tanda kemeriahan pilihan raya.
Bagi pemasang bendera yang hanya mahu dikenali dengan nama Azman, aktiviti itu merupakan tradisi turun temurun musim pilihan raya yang tidak harus dilupakan.
Katanya, kemeriahan itu tidak harus dilupakan dengan kecanggihan teknologi dan teknik kempen terkini yang banyak menggunakan media sosial.
"Anak-anak muda berkumpul di bilik gerakaan pada waktu malam dan bersama-sama ke beberapa kawasan di dalam DUN untuk memasang bendera, ia satu keseronokan," jelasnya.
Azman turut menafikan pemasang bendera hanya berniat mengaut keuntungan lebih dengan upah daripada aktiviti mereka pada musim pilihan raya.
Mengikut tataetika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pemasangan bendera dan poster pilihan raya perlu mematuhi beberapa peraturan seperti tidak boleh menggunakan mana-mana tapak tanah, bangunan atau
premis tanpa kebenaran tuan punya, pihak berkuasa tempatan.
Selain itu, pemasangan bendera, poster atau kain rentang juga tidak boleh dipasang di atas dan sekitar jambatan atau persimpangan jalan yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.
Ia juga tidak boleh mengganggu dengan apa cara sekalipun bahan kempen calon atau parti politik yang menjadi saingan.
Dalam pada itu seorang lagi pemasang bendera yang ingin dikenali dengan nama Juhri menjelaskan, melakukan aktiviti itu merupakan satu kebanggaan pada musim kempen pilihan raya.
"Bagi saya anak-anak muda jangan malas untuk memasang bendera, ia lambang kita bersama dan satu kebanggaan apabila dapat bekerjasama dan memasang bendera," ujarnya.
Ia disokong seorang lagi pemasang bendera yang hanya mahu dikenali dengan nama Huzaimah, katanya waktu malam digunakan sepenuhnya untuk mereka memasang bendera dan berbincang mengenai kempen.
"Sangat meriah, semua bekerjasama tidak kira pemuda, wanita dan semua ahli parti," katanya.
Mengikut tataetika SPR juga, sesebuah parti juga tidak boleh memasang dan mengibarkan bendera parti yang tidak bertanding di bahagian pilihan raya berkenaan.
Untuk kisah-kisah menarik seperti tradisi memasang poster parti dan liputan menyeluruh Sarawak Memilih, ikuti kami di saluran berita segenap dimensi 501 Astro AWANI atau layari sahaja astroawani.com
Wan Syamsul Amly
Sun May 01 2016
Kemeriahan memasang poster tidak harus dilupakan dengan kecanggihan teknologi dan teknik kempen terkini yang banyak menggunakan media sosial. - Foto Astro AWANI / Wan Syamsul Amly
Restoran alami kerugian punca kegagalan perniagaan Kim Seri
Kim Seri berkata kerugian itu mula ditanggung sejak Februari lalu berikutan ulasan buruk yang diterima daripada pelanggan mengenai restorannya.
Tragedi rempuhan sempena agihan makanan pra-Krismas ragut 67 nyawa di Nigeria
Tragedi rempuhan untuk mendapatkan makanan percuma telah meragut nyawa 67 rakyat Nigeria sepanjang tempoh pra-Krismas.
Dua dekad tsunami: Aceh bangkit dengan ilmu, semangat anak muda
Aceh berjaya berdikari dengan bantuan yang diberikan 20 tahun dahulu, menerusi pelbagai peluang perniagaan yang dimonopoli anak muda, khususnya berkaitan pelancongan.
Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah di Bukit Mertajam, mendapat perhatian ahli parlimennya, Steven Sim.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Disember 2024.
Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
Amaran itu diterima melalui saluran media sosial pada penghujung musim panas 2023.
Angka kematian di Nigeria meningkat kepada 32 orang
Angka kematian akibat tragedi rempuhan semasa acara amal Krismas di Nigeria meningkat daripada 13 kepada 32 individu setakat ini. Perkara itu dinyatakan polis dalam kenyataan pada Ahad.
Empat kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Empat kanak-kanak Palestin antara lima mangsa yang terkorban dalam serangan terbaharu tentera Israel di Jabalia, utara Gaza pada pagi Ahad. Jumlah mangsa itu seperti yang dinyatakan oleh Agensi Berita Palestin (WAFA) yang turut mengesahkan kejadian itu.
Trump ancam ambil semula terusan Panama jika caj tinggi
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan Amerika sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi".
Empat maut, helikopter terhempas di hospital di Turkiye
Sebuah helikopter terhempas di sebuah hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.