Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa agar 47 ahli parlimen Sabah dan Sarawak keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menubuhkan "Gagasan Baru Sabah dan Sarawak".
Cadangan itu dilontarkan dalam ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional PKR ke-11 di Shah Alam.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu percaya gagasan berkenaan akan menjadikan suara dari Sabah dan Sarawak lebih kuat di Dewan Rakyat demi memperjuangkan kepentingan negeri dan rakyat di dua negeri itu.
Ujar Wan Azizah, dengan penubuhan gagasan baharu itu, mereka boleh berunding dengan BN dan Pakatan Harapan untuk tawaran politik serta ekonomi terbaik untuk rakyat kedua-dua negeri itu.
"Mereka mempunyai kerusi yang boleh membuat kelainan kepada apa sahaja keputusan sama ada di pihak BN atau sesiapa sahaja.
"Jadi ini satu syor kalau blok Sabah dan Sarawak boleh membuat kelainan apabila mereka kata 'okey, kami kumpulan bebas' dan menuntut agar mereka didengari; ini menjadikan mereka satu suara lebih kukuh," katanya pada sidang media Kongres Nasional PKR di sini, hari ini.
Terdahulu, dalam ucapannya, beliau turut mengulangi gesaan kepada semua anggota parti supaya bersedia untuk berdepan dalam pilihan raya negeri Sarawak tahun depan.
Tan Su Lin
Sat Nov 28 2015
Dr Wan Azizah (gambar) percaya gagasan berkenaan akan menjadikan suara dari Sabah dan Sarawak lebih kuat di Dewan Rakyat demi memperjuangkan kepentingan negeri dan rakyat di dua negeri itu. -Gambar fail
Pantau Belanjawan: Banking solutions: Bridging the financial divide for MSMEs
As we’ve seen, MSMEs are the backbone of our economy, and their success is crucial for economic stability and growth. Pantau Belanjawan will delve into the complexities of lending to MSMEs, the varying risk appetites of banks, and the critical need for supportive policies and systems. The key questions we must continue to address are how can we develop innovative solutions that bridge the financial gap and support the growth of MSMEs? Full discussion with Partner AC Ventures.
Gaji rendah punca simpanan KWSP tidak mencukupi - Pengerusi
Struktur gaji rendah di Malaysia menjadi faktor utama jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi.
AWANI Ringkas: Pelan tindakan teknologi AI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Parlimen Jepun akan pilih ketua LDP Ishiba sebagai PM baharu
Parlimen Jepun pada Selasa dijangka memilih ketua parti pemerintah baharu Shigeru Ishiba sebagai perdana menteri seterusnya.
Anggota polis ditahan, disyaki peras ugut buruh sawit RM2,000
Difahamkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu menawarkan bantuan menyelesaikan kes lampau berkaitan urin mangsa.
AKPK lapor 53,000 individu bawah 30 tanggung hutang terkumpul RM1.9 bilion
Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion.
PM Anwar ucap selamat ulang tahun ke-57 SPRM
Anwar berharap suruhanjaya itu meneruskan usaha dan komitmen untuk membersihkan negara daripada rasuah.
Malaysia mahu jadi hab penjanaan AI, pusat tarikan pelaburan untuk rakan digital - PM Anwar
Dalam tempoh 12 bulan seterusnya, kerajaan berharap dapat mencapai beberapa hasil utama termasuk penyediaan Pelan Tindakan Teknologi AI.
Putin rombak Majlis Keselamatan Rusia
Majlis Keselamatan Rusia merupakan badan penasihat perlembagaan yang membantu presiden dalam membuat keputusan berkaitan keselamatan negara.
Penghantar makanan maut langgar kotak kuasa TNB
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
'Buat kelainan, keluar BN dan tubuh blok baharu Sabah Sarawak' - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah percaya gagasan berkenaan akan menjadikan suara dari Sabah dan Sarawak lebih kuat di Dewan Rakyat demi memperjuangkan kepentingan negeri dan rakyat di dua negeri itu.