Keadilan Perak sedia maklum satu kerusi Exco akan diperuntukkan kepada seorang daripada dua wakil Barisan Nasional (BN) yang menyokong penubuhan kerajaan Pakatan Harapan di negeri ini.
Ketua Penerangan, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu sebelum ini ada menyebut untuk mempertimbangkan satu jawatan Exco diisi seorang daripada mereka.
“Kedua-duanya mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam urus tadbir negeri, tetapi dalam perkara ini kita melihat dalam skop yang lebih besar, posisi mereka perlu dibincang lebih lanjut bersama Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri.
“Buat masa ini yang diberitahu hanya satu tempat sahaja dan pemilihan itu nanti perlulah kena pada tempatnya tanpa berlaku dominasi keluarga dalam pentadbiran kerajaan negeri,” katanya pada sidang media, pada Selasa.
Dua wakil rakyat BN yang memberikan sokongan adalah Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin bekas Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air serta Adun Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia).
BACA: Saya sokong calon PH, tetapi tidak lompat parti - Nolee Radzi
VIDEO: Keahlian UMNO dua ADUN di Perak gugur secara automatik - Zahid
Zainol Fadzi, pada Isnin, telah sah menyertai Bersatu sementara Nolee Ashilin dijangka membuat pengumuman menyertai Bersatu dalam masa terdekat.
Siti Aishah mengakui, pihaknya turut menerima beberapa panggilan telefon daripada pimpinan UMNO yang menyatakan kesediaan mereka menyokong Harapan.
“Kita tidak boleh katakan tidak kepada sokongan ini, mereka boleh sertai tanpa sebarang rundingan, mereka kena mula dari awal sebagaimana yang lain mula kerja.
“Kita tegaskan tiada lantikan dalam politik akan diberikan kecualilah dua Adun awal yang bantu dalam penubuhan kerajaan,” katanya.
Sinar Harian
Tue May 15 2018

Siti Aishah mengakui, pihaknya turut menerima beberapa panggilan telefon daripada pimpinan UMNO yang menyatakan kesediaan mereka menyokong Harapan. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.

Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.

Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.