PKR tidak sepatutnya menuding jari terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kejadian beberapa calonnya tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas kesilapan mereka sendiri.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata tuduhan bahawa SPR mempunyai agenda tertentu dengan mengubah peraturan penamaan calon adalah tidak berasas kerana SPR telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.
"Mereka menuding jari terhadap SPR sama seperti satu jari tunjuk ke depan dan empat lagi jari menunjuk diri sendiri.
"Ikut dan akurlah undang-undang SPR dan saya percaya SPR juga ikut dan akur dengan undang-undang. Kalau kamu ada masalah parti, selesaikan masalah parti kamu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah tempat letak kereta bertingkat kuarters Apartmen Fasa 5 dan 6 di Presint 9, di sini, hari ini.
Semasa proses penamaan calon PRU14 semalam, beberapa calon PKR hilang kelayakan bertanding antaranya Naib Presidennya Tian Chua yang tidak dapat mempertahankan kerusi Parlimen Batu apabila pencalonannya ditolak oleh SPR kerana telah dihukum denda RM2,000 atas kesalahan menghina polis.
SPR turut menolak pencalonan calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah, Dr Mohd Hafidz Rizal, kerana disahkan bankrap, manakala calon PKR DUN Rantau Dr S. Streram gagal mengemukakan borang pencalonan kerana tidak membawa pas calon.
BACA: 'Calon tak jadi' PKR dakwa tidak diberi pas SPR
Tengku Adnan berkata, pakatan pembangkang juga sebelum ini dilihat cuba mencari alasan teknikal untuk mengharamkan UMNO menjelang PRU14 berikutan tindakan 16 anggota UMNO yang memfailkan semakan kehakiman bagi memohon parti itu dibubarkan.
"Tetapi dia lupa dalam Perlembagaan UMNO, ada klausa (menyebut) anggota yang membawa UMNO ke mahkamah secara automatik akan digugurkan," katanya.
Dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan tiga minggu menjelang PRU14 itu, kumpulan tersebut mendakwa kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk UMNO menangguhkan pemilihannya ke tahun depan melanggar perlembagaan parti itu.
Pada 5 Mac lepas, RoS dalam kenyataan mengesahkan permohonan UMNO menangguhkan pemilihan peringkat Majlis Tertinggi untuk 2017 diluluskan, selaras peruntukan perlembagaan pertubuhan Fasal 10.17 yang memperuntukkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, bahagian dan cawangan, tidak boleh melebihi 18 bulan daripada tarikh pemilihan sepatutnya diadakan. -- Bernama
BACA: Mahkamah tolak permohonan 16 bekas anggota UMNO cabar kesahihan parti
Bernama
Sun Apr 29 2018

Tengku Adnan berkata, tuduhan bahawa SPR mempunyai agenda tertentu dengan mengubah peraturan penamaan calon adalah tidak berasas kerana SPR telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap

PRN: Tiga ADUN PKR gugur, Aminuddin kekal
Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Negeri Sembilan digugurkan sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

PRU15: PKR pertaruh Hasni calon di Parlimen Sembrong
Hasni merupakan aktivis Bahasa Melayu dan pendidikan dengan latar belakang sastera dan sains politik.

Menang dua kerusi Parlimen dorong Anwar lebarkan rentak tawan Tambun
Kata Anwar, beliau telah meninggalkan gelanggang yang kukuh di Permatang Pauh dan Port Dickson.

PRU15: Calon 'payung terjun', Adam Adli yakin diterima akar umbi
Kurang 24 jam selepas diumumkan sebagai calon Parlimen Hang Tuah Jaya bagi PRU15 19 November ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli Abdul Halim mula turun padang dan mendekati pengundi di sini.

PRU15: Husam 'dipinang'; Johari Abdul, Sivarasa digugurkan, ini senarai penuh calon PKR
Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu, Datuk Husam Musa diumumkan akan bertanding mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-15.

PRU15: PKR umum tujuh calon Parlimen Pahang
Tumpuan terarah di Pekan apabila PKR meletakkan Mohd Naim Zainal Abidin sebagai calon bagi merampas kerusi disandang Najib.

PRU15: Rafizi kembali ke Pandan
PKR malam ini mengumumkan Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli kembali bertanding di Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Amirudin Shari sah bertanding di Gombak
Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari sah bakal bertanding di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dari bekas Ketua Setiausaha kepada lulusan Al-Azhar, PKR kemuka tujuh tokoh calon PRU15
PKR memperkenalkan calon-calon yang merentasi latar belakang dari akademik, pegawai kanan kerajaan, golongan mahasiswa, sehinggalah ke tokoh agama.