Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membubarkan Parlimen sehingga habis penggal pada 2023.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berpendapat, dengan cara itu Muhyiddin mempunyai banyak masa untuk menstabilkan Perikatan Nasional (PN).
Jelas beliau, sekiranya Muhyiddin mengumumkan tidak akan membubarkan Parlimen sehingga 2023, ia mampu meyakinkan pelabur asing.
"Perdana Menteri yang kena umum dengan tegas bahawa kerajaan yang ada ini akan memenuhi tempoh tiga tahun sebelum habis penggal pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Sekiranya Muhyiddin umum perkara itu, orang akan lihat beliau berani dan mempunyai keyakinan.
"Dengan cara itu, pelabur asing pun boleh datang dan dalam masa tiga tahun beliau boleh kukuhkan PN," katanya kepada Astro AWANI.
Selain itu, kata beliau, cadangan yang dikemukakan itu merupakan alternatif kepada pilihan raya mengejut yang banyak diperkatakan sekarang.
"Kalau buat pilihan raya sekarang, dari segi kesiapsiagaan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak bersedia, kerana mereka tidak ada akar umbi.
"Ambil contoh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini baru-baru ini, Bersatu bukan tidak mahu tolong, tetapi mereka tidak ada jentera, bukan hanya di Chini tetapi di seluruh negara.
"Jadi, nak selesaikan perkara ini dan pembahagian kerusi, PM sendiri kena umum tidak ada pilihan raya hingga 2023," katanya lagi.
Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan banyak pihak termasuk penganalisis politik bahawa PN masih belum stabil untuk diadakan pilihan raya mengejut.
Penganalisis politik berpendapat, ketidakstabilan PN terutama dalam isu pembahagian kerusi boleh menjejaskan peluang gabungan itu memenangi pilihan raya.
Sekiranya Muhyiddin mengumumkan PN kekal memerintah sehingga habis penggal PRU14, Nazri berkata semua Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perlu bersedia hadir setiap hari pada sesi Dewan Rakyat.
Irwan Muhammad Zain
Thu Jul 09 2020
Nazri berkata, sekiranya Muhyiddin mengumumkan tidak akan bubarkan Parlimen sehingga 2023, ia mampu untuk meyakinkan pelabur asing. - Gambar Fail
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Negara perlukan kepimpinan baru yang tegas dan berani untuk tangani COVID-19, ekonomi - Anwar
Anwar menjelaskan, untuk menangani masalah ekonomi akibat pandemik COVID-19, sebuah kerajaan yang stabil dan diyakini perlu ditubuhkan.
Rekod baru dunia tercipta, berjalan atas dawai pada ketinggian 600 meter
Ketinggiannya? 600 meter dan berbekalkan satu tali, mereka merentasi lembah itu dengan beraninya.
[KOLUMNIS] Berani jangan disalah erti, jangan dinilai mengikut pandangan peribadi
Namun jika keberanian itu membawa lebih banyak kerosakan, maka ketakutan itu lebih diperlukan.
Jho Low tidak berani perdaya Najib, kata Timbalan Pendakwa Raya
Sithambaram berkata, sukar untuk percaya bahawa Jho Low berada dalam kedudukan bawahan kepada Najib mempunyai keberanian untuk mengatur transaksi penipuan.
Pemerkasaan agenda Bumiputera perlu inisiatif yang berani, radikal - Mustapa
Pemerkasaan agenda bumiputera memerlukan pelaksanaan strategi dan inisiatif yang berani dan radikal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
PM perlu tegas umum tiada pilihan raya sehingga 2023 - Nazri Aziz
Nazri berpendapat, dengan cara itu Muhyiddin mempunyai banyak masa untuk menstabilkan Perikatan Nasional (PN).
Pengundi Afghanistan dipuji berani keluar tunai tanggungjawab
Menurutnya, mereka sanggup menggadaikan nyawa bagi memastikan perubahan berlaku melalui proses demokrasi.
Mempelajari selok belok diplomasi dengan kepimpinan Dr Mahathir
Mesej yang disampaikannya demi menegakkan kedaulatan undang-undang adalah jelas.
Pemuda berjaya patah cubaan rompak di kedai serbaneka
Keberanian seorang pemuda telah berjaya mematahkan cubaan rompakan seorang lelaki di kedai sebaneka di Busan.