Kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research, mendapati populariti Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem adalah tinggi di hampir semua segmen pengundi mengikut kaum.
Namun, ia bukan jaminan bagi Barisan Nasional untuk meraih sokongan besar pengundi, khususnya pengundi Cina pada Pilihan Raya Negeri ke-11 nanti.
Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian ketika dihubungi berkata, ia kerana, masih terdapat banyak isu-isu lama yang tidak dapat dirungkai di Sarawak, khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar.
“Dan juga terdapat banyak yang tidak puas hati khususnya yang tinggal di bandar.
“Jadi, saya fikir pengundi mahu memberi kepercayaan kepada beliau tetapi memandangkan beliau masih baru dan banyak lagi masalah yang belum dapat diselesaikan jadi mungkin ada sektor-sektor yang pihak BN akan masih berasa tercabar, khususnya di kawasan bandar dan di beberapa kerusi yang bersifat campuran etnik di pinggir-pinggir bandar.
“Itu salah satu daripada apa yang kita temui,” katanya kepada Astro AWANI.
Menurutnya, kajian itu juga mendapati isu-isu berkaitan ekonomi dan urus tadbir antara perkara yang diberikan perhatian oleh pengundi Cina, khususnya di kawasan kategori tegar pembangkang yang berpusat di sekitar Kuching.
Ibrahim berkata, kajian yang dijalankan pada Januari lalu itu juga mendapati sentimen dalam kalangan pengundi Sarawak yang mahu melihat kebebasan negeri mereka dalam membuat keputusan dalam beberapa sektor seperti pembangunan dan ekonomi.
Katanya, semangat Sarawak itu begitu tinggi untuk melihat penurunan autonomi yang lebih meluas diberikan kepada negeri itu seperti yang diperjuangkan oleh Adenan ketika ini.
“Apa yang ditonjol oleh Adenan itu memang serasi dengan pengundi dan apa yang perlu ditampilkan untuk mendapat kelebihan pada pilihan raya nanti ialah pelan menangani dua perkara utama.
"Pertama adalah sistem urus tadbir akan dapat diperbaiki dan kedua, kekurangan khususnya daripada infrastruktur di kawasan pinggir bandar, luar bandar itu dapat diatasi,” katanya.
Astro Awani
Fri Apr 08 2016

Ibrahim berkata, masih terdapat banyak isu-isu lama yang tidak dapat dirungkai di Sarawak, khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar. - Gambar fail
PM syukur LHDN kekal berintegriti kutip hasil negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa bersyukur dan bertuah kerana LHDN berjaya mempertahankan integriti dalam menjalankan tanggungjawab mengutip hasil negara.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.

Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi semua pelajar menjelang tahun 2035.

Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Sekurang-kurangnya 1,450 penduduk telah dipindahkan, manakala 100 lagi dilaporkan hilang.

KPDN Kedah tawar 36,000 insentif e-dompet di Bazar Ramadan Rahmah
KPDN Kedah menawarkan 36,000 insentif e-dompet untuk direbut pengunjung di enam lokasi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) 2025 di seluruh negeri.

Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine, keselamatan global
Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine.
LHDN kutip peningkatan hasil RM1.46 bilion - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan memperbaiki tata kelola, mempertahankan semangat dan disiplin serta memperkenalkan instrumen baharu seperti e-Invoice, hasil negara akan melonjak tinggi.
"Kita tahu negara itu berkembang, sistem itu mantap tetapi masih ada ruang kelemahan dan kebocoran. Dan saya bangga hasil prestasi hasil menunjukkan ada semangat, dorongan, keupayaan dan pimpinan menyempurnakan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata mana-mana pihak terutamanya golongan 'maha kaya' tidak diberi ruang terlepas daripada memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat dan warganegara dengan membayar cukai.
"Kita tahu negara itu berkembang, sistem itu mantap tetapi masih ada ruang kelemahan dan kebocoran. Dan saya bangga hasil prestasi hasil menunjukkan ada semangat, dorongan, keupayaan dan pimpinan menyempurnakan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata mana-mana pihak terutamanya golongan 'maha kaya' tidak diberi ruang terlepas daripada memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat dan warganegara dengan membayar cukai.

Keazaman politik, insentif industri, dasar penting perkasa peranan wanita
Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai program, kekurangan keterlibatan wanita pada peringkat pembuat dasar perlu diberi perhatian.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu, pertama di dunia guna tenaga solar sepenuhnya
Jambatan ikonik yang terletak di pusat bandar raya itu menerima sijil pengiktirafan daripada The International Tracking Standard Foundation.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 10 Mac 2025
Bursa Malaysia dijangka meningkat minggu ini didorong sentimen positif dan minat baharu terhadap saham kukuh.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Isnin? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Isnin? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.