Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membubarkan sementara pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Surayati Ibrahim berkata pembubaran sementara itu adalah dibawah Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 akibat tidak memenuhi syarat.
Bagaimanapun, kata Surayati, PPBM masih boleh membuat rayuan kepada RoS.
"Pihak PPBM boleh kemuka rayuan. Kita akan ambil masa dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan bagi bagi meneiliti dokumen yang diserahkan dan rayuan yang dikemukakan.
"Jika mereka gagal untuk serahkan dokumen dalam tempoh tersebut, pembubaran ini akan dikekalkan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat RoS di sini.
Namun ujarnya jika rayuan berikutnya ditolak pihak RoS, PPBM kemungkinan besar akan langsung dibatalkan pendaftaran.
"RoS mendapati PPBM gagal menyerahkan dengan sepenuhnya segala butir maklumat dan dokumen yang diminta sebagaimana notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (2) akta sama pada 28 Februari lalu," katanya.
Jelasnya, PPBM juga tidak boleh sama sekali menggunakan nama dan logo parti tersebut dalam tempoh perintah serta tidak dibenarkan melakukan segala aktiviti politik.
Lima maklumat yang perlu diserahkan kepada RoS oleh PPBM dalam tempoh 30 hari adalah:
1. Alamat berdaftar atau tempat urusan kerana tiada didaftarkan di RoS;
2. Salinan pindaan kepada undang-undang daftar;
3. Salinan senarai jawatan, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, pekerjaan, nama dan alamat majikan serta alamat tempat tinggal semua pemegang jawatan dan penasihat pertubuhan peringkat cawangan, bahagian dan pusat bagi tahun 2016 dan 2017;
4. Minit mesyuarat agung peringkat cawangan, bahagian dan pusat bagi tahun 2016 dan 2017;
5. Salinan penyata penerimaan dan pembayaran serta kunci kira-kira bagi tahun tutup kira-kira.
Astro Awani
Thu Apr 05 2018
Surayati Ibrahim berkata pembubaran sementara itu adalah dibawah Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 akibat tidak memenuhi syarat. - BERNAMA/Fail
Pemberi maklumat kongsi kepada umum jejas proses siasatan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tindakan segelintir pemberi maklumat mendedahkan salah laku mana-mana pihak kepada umum sebelum dibawa kepada pihak berkuasa dikhuatiri boleh mengganggu siasatan.
3 penjawat awam antara 5 individu ditahan terlibat rasuah RM1 juta
: Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai kira-kira RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan di sekitar Pantai Timur dan Selatan Tanah ditahan reman tujuh hari bermula Rabu.
Empat maut dalam nahas pesawat di Filipina
Nahas pesawat peribadi di selatan Filipina mengorbankan empat individu setakat ini. Perkara itu disahkan pihak berkuasa penerbangan awam Filipina dalam kenyataan pada Khamis. Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam dua petang di pekan Ampatuan yang terletak di wilayah Maguindanao del Sur.
Polis tahan lapan individu, tumpaskan penipuan pelaburan saham
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan saham yang menjadikan tiga unit kondominium di Sri Petaling, sebagai pusat panggilan dengan penahanan lapan individu, pada Selasa.
Polis kesan suspek utama kes kelar peniaga
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki suspek utama kes kelar seorang peniaga di sebuah pangsapuri di Bandar Baru, Air Itam Ahad lepas.
AWANI Ringkas: Tembakan | Mahkamah | Rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amnesty International kecam cadangan Trump pindahkan rakyat Palestin sebagai "keterlaluan"
Amnesty International menyatakan cadangan Donald Trump untuk memindahkan rakyat Palestin dari Gaza adalah "keterlaluan" dan "satu pencabulan undang-undang antarabangsa.
Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam
Beberapa jalan utama di bandar raya George Town akan ditutup mulai 10 pagi 10 Feb hingga 12 tengah malam 12 Feb, bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan perak sempena Thaipusam.
AWANI Borneo [6/2/2025] – Lokasi kritikal dikenal pasti | Tangani isu kulat | Empat dalang ditahan
AWANI Borneo Khamis, 6 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.
PPBM dibubar sementara - RoS
Pembubaran sementara itu adalah dibawah Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 akibat tidak memenuhi syarat.