Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam meragui kemampuan Pakatan Harapan untuk membawa perubahan di negara ini apabila mereka mengitar semula pemimpin lama sebagai calon perdana menteri.
Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata pemilihan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 93, yang sepatutnya telah bersara itu mencerminkan pakatan itu ketandusan pemimpin.
"Harapan untuk pembaharuan tiada seperti dijanji oleh mereka kerana apa yang ditawarkan oleh mereka adalah sesuatu yang lama," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Pada Ahad lepas, Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana menteri jika pakatan itu memenangi pilihan raya umum ke-14, manakala presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.
Ditanya mengenai persepsi masyarakat India terhadap pengumuman pakatan pembangkang itu, Subramaniam berkata MIC berpendirian pencapaian masyarakat India ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak jauh lebih baik berbanding ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
"Itu memang satu perkara yang memang jelas berasaskan fakta," katanya.
Di IPOH, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pemilihan Dr Mahathir sebagai perdana menteri oleh Pakatan Harapan umpama reformasi 2.0 yang diadakan untuk mengangkat semula pengerusi PPBM itu demi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
Beliau menyifatkan keputusan itu ibarat 'drama besar' pembangkang yang mempergunakan Dr Mahathir semata-mata untuk meraih undi rakyat pada pilihan raya umum ke-14.
"Gerakan (reformasi) pada awal dulu ternyata (pembangkang) menunjukkan kebencian dan melontarkan ayat-ayat yang begitu pedih dan terlalu menghina terhadap Dr Mahathir.
"Hari ini gerakan itu boleh dinamakan reformasi 2.0 apabila musuh nombor satu mereka dahulu diangkat semula dan ayat-ayat kebencian yang mereka bina sebelum ini ditelan semula," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak berkata permainan pembangkang itu seolah-olah dilakukan untuk meyakinkan dan menguar-uarkan kepada rakyat kononnya mereka adalah parti yang mempunyai alternatif yang baik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2018
DR SUBRAMANIAM: Harapan untuk pembaharuan tiada seperti dijanji oleh mereka kerana apa yang ditawarkan oleh mereka adalah sesuatu yang lama. - Gambar fail/Astro AWANI
Kertas Sejarah SPM didakwa bocor: KPM akan ambil tindakan undang-undang - Wong
Kementerian Pendidikan tidak teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung kebocoran kertas peperiksaan SPM bagi subjek Sejarah.
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah
Parti Rakyat tidak akan menyokong pakatan pemerintah dalam pemilihan perdana menteri pada sesi parlimen Jumaat ini.
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Thailand: Parti Move Forward tidak sokong calon PM Pheu Thai
Setiausaha Agung MFP Chaithawat Tulathon berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen (MP) pada mesyuarat hari ini.
PRU Thailand: Calon parti Move Forward Pita Limjaroenrat mungkin hilang kelayakan bertanding
Perlembagaan negara melarang pemegang saham syarikat media bertanding dalam pilihan raya.
Calon PM DAP: Itu pandangan peribadi Ong Kian Ming, kata Nga Kor Ming.
Nga berkata, dalam sebuah negara demokrasi, mana-mana anggota parti bebas untuk memberikan pendapat termasuk berkaitan isu politik.
Pasca PRU15: Saya pergi ofis dulu, lepas tu balik rumah - Anwar
Anwar tidak memberi sebarang respons apabila ditanya jika beliau akan pergi ke Istana Negara hari ini.
GTA perlu menang PRU15, baru fikir soal calon PM - Dr Mahathir
Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu bukanlah keutamaan buat masa ini.
PRU15: Zahid jadi PM hanya mainan parti lawan - Ismail Sabri
Parti lawan menggunakan taktik berkenaan bertujuan mengelirukan pengundi meskipun tahu beliau satu-satunya pemimpin yang diisytiharkan calon PM oleh UMNO dan BN.
PRU15: GTA muktamad calon PM jika menang PRU15 - Dr Mahathir
Gerakan Tanah Air (GTA) akan menamakan calon perdana menterinya hanya setelah memenangi Pilihan Raya Umum (PRU15), kata Pengerusi Protem GTA Tun Dr Mahathir Mohamad.