Sebanyak 23 pusat mengundi dengan 69 saluran mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dibuka bermula 8 pagi ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hisham Abdullah berkata sejumlah 32,632 daripada 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat mereka.
Daripada jumlah itu, 312 merupakan pengundi awal yang menunaikan tanggungjawab pada 14 Jun lepas, manakala lima lagi adalah pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.
Mohd Hisham berkata semua pusat pengundian yang terdiri daripada 21 buah sekolah dan dua dewan orang ramai akan ditutup 5 petang.
"Proses pengiraan undi akan dijalankan di tempat mengundi selepas proses pengundian tamat dan bukannya di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Perak," katanya.
Beliau berkata SPR menyasarkan 75 peratus pemilih yang layak akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka dengan keputusan pengundian dijangka diumumkan selewat-lewatnya pukul 9 malam ini.
Semasa Pilihan Raya Umum ke-13, peratusan keluar mengundi di Parlimen Kuala Kangsar adalah 84.3 peratus.
PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan PRK Parlimen Sungai Besar, Selangor berikutan kematian Angggota Parlimen masing-masing iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikoper di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Bernama
Sat Jun 18 2016

MOHD HISHAM: Daripada jumlah itu, 312 merupakan pengundi awal yang menunaikan tanggungjawab pada 14 Jun lepas, manakala lima lagi adalah pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara. -Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

PRK Kuala Kangsar: 23 pusat mengundi dibuka 8 pagi
Daripada jumlah itu, 312 merupakan pengundi awal yang menunaikan tanggungjawab pada 14 Jun lepas, manakala lima lagi adalah pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.