'Biadab'.
Itu reaksi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terhadap kenyataan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
Hishammuddin berkata beliau tidak menyangka Nizar tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu tanpa memikirkan perasaan keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, hanya semata-mata sebab politik.
"Saya tengok kalau ayat-ayat begitu diluahkan dalam keadaan sebegini, saya tengok memang, biadablah.
"Sebab saya kenal Datuk Wan Khair-il secara rapat, saya kenal isterinya, saya kenal anak-anaknya," kata Hishammuddin ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nizar, selepas melawat bazar Ramadan Taman Berkat, di sini hari ini.
Semalam, sewaktu berucap pada sesi ceramah di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Mohammad Nizar dipetik dalam media sosial yang berkata "Allah mahu orang Kuala Kangsar 'mengajar' (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar".
Ketika berucap pada ceramah itu, Mohammad Nizar berkata dirinya tertanya-tanya mengapa daripada 222 kerusi Parlimen di negara ini, Allah memilih supaya pilihan raya kecil diadakan di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar.
"Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya diberikan amanah untuk menjadi menteri besar Perak, daripada Mac 2008 hingga Februari 2009," katanya dipetik berkata menerusi laporan sebuah portal berita.
Beliau seterusnya mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya kini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah "merampas" kerajaan Pakatan pimpinannya.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata berdasarkan keperibadian Nizar, memang sukar untuk membendung beliau daripada mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Justeru, Hishammuddin menyeru pihak lain agar tidak terikut-ikut dengan kenyataan Mohammad Nizar itu yang sama sekali tidak memikirkan perasaan keluarga Allahyarham Datuk Wan Khair-il.
Mengulas mengenai PRK Sungai Besar, Hishammuddin berkata peluang untuk memastikan kemenangan calon Barisan Nasional banyak bergantung kepada jentera parti yang turun ke bawah dan memastikan bahawa apa yang dirancang bergerak seperti dirancang.
"Setakat hari ini saya dah mula turun ke pusat-pusat daerah (PDM) mengundi untuk pastikan bahawa prosedur yang telah diputuskan di peringkat Badan Perhubungan Negeri lagi dapat diterjemahkan sehingga ke peringkat PDM dan cawangan," katanya.
Bernama
Tue Jun 07 2016

Hishammuddin (gambar) berkata beliau tidak menyangka Nizar tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu tanpa memikirkan perasaan keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar. -Gambar fail

Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes penemuan peluru
Seorang lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih 700 peluru di tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Terdapat kejanggalan dalam perolehan FWCMS - PAC
PAC mendapati terdapat kejanggalan apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan Surat Setuju Terima sebelum memuktamadkan terma dan kaedah perolehan FWCMS.
AWANI Ringkas: Kematian ahli panel kastam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak berubah - Tengku Zafrul
Status Malaysia sebagai negara anggota CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif ydilaksanakan Amerika Syarikat.
Umno tiada kaitan dengan penemuan wang, jongkong emas
UMNO Tidak Mempunyai Sebarang Kaitan Dengan Penemuan Sejumlah Besar Wang Tunai Dan Jongkong Emas Di Rumah Individu Yang Terkait Dengan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perbelanjaan selenggara Jalan Persekutuan 22 RM 7.71 juta dari 2023 hingga 2025
Pecahan perbelanjaan bagi Jalan Persekutuan di Daerah Sandakan adalah termasuk kerja-kerja pavemen, pemotongan rumput, penyelenggaraan bahu jalan, perabot jalan, jambatan dan longkang.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerja-kerja rutin sentiasa berjalan mengikut skop kontrak yang telah ditetapkan yang mana bagi tahun 2023 hingga 2025, kerja rutin adalah berjumlah RM 7.71 juta.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerja-kerja rutin sentiasa berjalan mengikut skop kontrak yang telah ditetapkan yang mana bagi tahun 2023 hingga 2025, kerja rutin adalah berjumlah RM 7.71 juta.
Penguat kuasa diugut tauke sindiket e-waste
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan ada pegawai yang menjalankan tindakan penguatkuasaan membabitkan sisa elektronik (e-waste) di negara ini diperas ugut.

Dewan Rakyat lulus RUU CCUS 2025, beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini untuk memberi peluang kepada pengembangan pelaburan dan ekon

Penangguhan projek LCS: 10,000 pekerja terjejas, 200 vendor gulung tikar - Zambry
Hampir 10,000 pekerja tempatan, termasuk pekerja mahir terjejas ekoran penangguhan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) di Lumut sejak Disember 2019.

Faizal Azumu boleh terus kekal sebagai Presiden PAFA
Kerajaan negeri tidak mempunyai masalah jika bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terus dikekalkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

PRK Kuala Kangsar: Kenyataan Nizar biadab - Hishammuddin
Hishammuddin berkata beliau tidak menyangka Nizar tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu tanpa memikirkan perasaan keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar.