Proses pengundian pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar berjalan lancar dengan 59 peratus atau 19,253 daripada 32,632 pemilih berdaftar keluar mengundi setakat 2 petang ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata pihaknya menyasarkan peratusan keluar mengundi pada PRK itu adalah 75 peratus.
Katanya aliran mereka yang keluar mengundi di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) dilaporkan agak perlahan, antaranya di PDM Bendang Kering, PDM Ulu Kenas, PDM Seberang Manong dan PDM Ketior.
Keadaan trafik juga dilaporkan sesak di beberapa kawasan di Kuala Kangsar, selain cuaca agak terik setakat 2 petang ini.
Semua 23 pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi tadi akan ditutup 5 petang ini.
PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan PRK kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor hari ini berikutan kematian angggota Parlimen masing-masing iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikoper di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Bernama
Sat Jun 18 2016
Keadaan trafik juga dilaporkan sesak di beberapa kawasan di Kuala Kangsar, selain cuaca agak terik setakat 2 petang ini.
Warga New York kongsi pendapat susulan pengenalan tol
Pelbagai reaksi disuarakan warga New York selepas kota metropolis perkenalkan tol bagi kenderaan yang memasuki kawasan kejiranan Manhattan bermula semalam.
Menteri Pengangkutan Korea Selatan nyata hasrat letak jawatan
Menteri Pengangkutan Korea Selatan menyatakan hasrat meletak jawatan dan berundur daripada kedudukannya sebagai mengambil tanggungjawab di atas berlakunya nahas pesawat Jeju Air baru-baru ini.
PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Paetongtarn berkata, walaupun beliau tidak berniat merombak kabinet, beliau merancang untuk bertemu setiap menteri secara individu bagi menilai prestasi mereka untuk tempoh tiga bulan lepas.
Penerbangan antarabangsa di Damsyik kembali beroperasi
Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa memulakan semula operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik bermula hari ini.
JDT dan PSG jalin kerjasama perluas pembangunan strategik
Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencapai persetujuan bagi menjalin kerjasama bersama gergasi Eropah, Paris Saint-Germain (PSG).
Perkara ini diumumkan menerusi hantaran di media sosial JDT yang menyaksikan Pemilik Kelab,Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC.
Perkara ini diumumkan menerusi hantaran di media sosial JDT yang menyaksikan Pemilik Kelab,Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC.
Malaysia perlu belajar cara Thailand tarik pelancong
Sasaran seramai 35.6 juta pelawat antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 adalah jumlah realitistik yang mampu dicapai.
Profesor Adjung Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan, Datuk Azlie Halim berpendapat, Malaysia patut menjadikan Thailand sebagai contoh kerana negara itu terbukti menarik lebih 35 juta pelancong pada 2024.

Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan biodiesel B40
Malaysia menyokong komitmen Indonesia untuk meneruskan mandat biodiesel B40 pada 2025.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini disebabkan langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini disebabkan langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
10 Berita Pilihan - (7 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kg dadah
Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah pada 28 Disember lepas.
Kes Puspakom: Enam pegawai pemeriksa kenderaan digantung tugas serta-merta
Enam pegawai pemeriksa kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) yang disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat, digantung tugas serta-merta.
PRK Kuala Kangsar: Proses pengundian lancar, hampir 60 peratus keluar mengundi
Keadaan trafik juga dilaporkan sesak di beberapa kawasan di Kuala Kangsar, selain cuaca agak terik setakat 2 petang ini.