Pengundi di Permatang Pauh diharap memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun setengah di kawasan itu sekali gus membawa pembaharuan sebelum membuat keputusan muktamad pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, penduduk di Permatang Pauh sendiri sebenarnya memerlukan pembangunan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) ini kerana sekian lama terpinggir dan terkebelakang dari segi kemodenan.
"Beri BN peluang, ada dua tahun setengah lagi sebelum PRU ke-14. Jika BN gagal memberi khidmat terbaik dalam baki masa yang ada sebelum PRU ke-14 ini, mereka boleh undi PKR semula.
"Jika tidak diberi peluang, bagaimana BN mahu membuktikan usaha membawa pembangunan kepada penduduk Permatang Pauh? Apakah selama ini penduduk berpuas hati dengan apa yang dibawa PKR di situ?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Musa mengulas kenyataan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyifatkan Parlimen Permatang Pauh bukan sahaja berdepan isu 'sendirian berhad' tetapi juga soal pembangunan dan anggota Parlimen yang boleh membawa pembaharuan.
Jelas Shahrizat, maklum balas daripada peringkat akar umbi menyatakan pengundi di Permatang Pauh mengutamakan pembangunan dan sudah bosan dengan janji kosong pakatan pembangkang.
Dalam pada itu kata Musa, hampir kebanyakan pembangunan yang ada di Permatang Pauh adalah warisan BN satu masa dahulu.
"Cuba senaraikan apa yang PKR buat selama mereka menjaga Permatang Pauh, masyarakat di sana mahukan pembangunan dan bukan retorik semata-mata.
"Pengundi perlu beri peluang kepada BN, jangan selepas Anwar, gantinya Wan Azizah atau anak-anaknya.
"Jika tidak sesuai atau BN tidak memenuhi kehendak pengundi dalam masa dua tahun setengah lagi, mereka bebas menukar kepada calon PKR pada PRU kelak," katanya.
Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, mereka telah menyerahkan dua nama calon kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan bagi bertanding pada PRK Parlimen Permatang Pauh.
Tegasnya, dua nama yang dicadangkan itu itu adalah calon yang terbaik dan memenuhi kriteria yang diinginkan BN.
PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan selepas kerusi itu diisytihar kosong apabila penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon keluarga Anwar atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April ini untuk hari penamaan calon manakala pengundian awal 3 Mei dan hari pengundian pada 7 Mei.
Wan Syamsul Amly
Mon Apr 13 2015

MUSA: PRK Permatang Pauh: 'Bagi BN peluang sampai PRU ke-14' - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiada gerakan guling Ahmad Zahid di Pulau Pinang
UMNO Pulau Pinang menafikan ada kalangan ketua bahagian di negeri ini terlibat dalam usaha untuk menggulingkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kes Zahid: UMNO Pulau Pinang terus sokong Ahmad Zahid
Pendakwaan dikenakan terhadap Ahmad Zahid disifatkan sebagai pendakwaan terpilih dan berharap ia tidak berulang kepada mana-mana pihak lain.

Isteri Pengerusi UMNO Pulau Pinang meninggal dunia
Isteri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir, Datin Maznah Salleh meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Seberang Jaya semalam.

PRN: UMNO Pulau Pinang bakal bertanding enam kerusi DUN
UMNO Pulau Pinang akan bertanding di enam daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos nanti.

Pemilihan UMNO: Sembilan ketua bahagian di P.Pinang menang tanpa bertanding
Seramai sembilan ketua UMNO bahagian di Pulau Pinang berjaya mempertahankan jawatan masing-masing selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023 hingga 2026.

PRU15: BN Pulau Pinang umum senarai calon Parlimen Khamis ini
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan mengumumkan calon yang akan mewakili gabungan itu di 13 kerusi Parlimen negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Khamis ini.

PRU15: BN P. Pinang yakin menang lebih daripada dua kerusi Parlimen
Selain akan pertahan kerusi Kepala Batas dan Tasek Gelugor, BN akan berusaha menawan Parlimen Balik Pulau, Permatang Pauh dan Nibong Tebal.

UMNO P. Pinang akur, namun harap kerjasama dengan Pas terus dibincang
Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, situasi harmoni dan hubungan akrab berjaya dibentuk kedua-dua parti itu di Pulau Pinang.

PRU15: BN Pulau Pinang senarai calon muka baharu
BN negeri sudah menyerahkan semua nama calon kepada pucuk pimpinan parti sama ada bagi kerusi Parlimen atau DUN.

BN P.Pinang sudah serah senarai calon Parlimen, DUN kepada pimpinan pusat
Ia menunggu keputusan kerajaan negeri sama ada mahu membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya serentak dengan Parlimen atau tidak.