Barisan Nasional (BN) dijangka akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan sama ada akan meletak calon atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson (nama asal Teluk Kemang).
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia bagaimanapun terpulang kepada keputusan yang dicapai Majlis Tertinggi BN kelak.
"Jika BN bersetuju untuk meletak calon, semua pandangan akan diambil kira termasuk daripada Badan Perhubungan Negeri dan juga bahagian sebelum memutuskan siapa calon yang layak dan 'credible' (berkredibiliti) untuk mewakili BN dalam PRK tersebut.
"Setakat ini kita BN akan meneliti dan berbincang perkara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung PKR yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini bahawa kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebagai persiapan untuk menjadikan beliau sebagai perdana menteri kelapan.
BACA: Anwar Ibrahim sah bertanding di Port Dickson
BACA: Speaker terima surat peletakan jawatan Ahli Parlimen Port Dickson
Pengumuman itu menamatkan teka-teki kawasan Parlimen yang dipilih Anwar, yang sebelum ini pernah menyatakan ada tiga kawasan yang menawarkan kerusi Parlimen bagi beliau bertanding iaitu di utara, tengah dan selatan, tanpa menamakan kerusi berkenaan.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata secara peribadinya, beliau berpandangan calon yang akan dipilih mewakili BN dalam PRK itu kelak seeloknya adalah anak tempatan.
Parlimen Port Dickson, yang memiliki sejumlah 75,381 pengundi mengikut daftar pemilih semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), disandang oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah.
Danyal Balagopal adalah wakil tunggal PKR daripada lima kerusi Parlimen Pakatan Harapan di Negeri Sembilan.
Kerusi Parlimen Port Dickson, yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008, mempunyai lima kerusi Dewan Undang Negeri iaitu Chuah dan Lukut, masing-masing dikuasai DAP, Bagan Pinang dan Linggi (BN) dan Sri Tanjung (PKR).
Pada PRU14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan calon PAS Mahfuz Roslan dengan majoriti 17, 110 undi.
PRK Parlimen Port Dickson akan diadakan selepas Danyal Balagopal melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 12 2018
MOHAMAD: Setakat ini kita BN akan meneliti dan berbincang perkara ini. - Gambar fail/BERNAMA
Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh
Sebahagian bumbung Unit Hemodialisis di Hospital Pasir Mas runtuh lewat malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
[PROMO] Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temubual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dijangka boleh menguji paras RM4.40 hari ini berdasarkan keadaan pasaran yang bertambah baik.
AWANI Ringkas: Kepengerusian ASEAN, program SARA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia
Ketua Pengarah Eksekutif USANITA lakar sejarah jadi usahawan wanita pertama dari Malaysia dan ASEAN tandatangani MoU berkenaan.
#Ringkas 6 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Februari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
The Economy: PuTERA35: Needs Rigour, Fairness, Self-Awareness
Lee Hwok Aun, Senior Fellow at ISEAS – Yusof Ishak Institute, examines PuTERA35, emphasizing the need for rigor, fairness, and self-awareness in its approach and implementation.
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Menteri Luar diminta terangkan objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN.
Khazanah: Nisbah pelaburan di Malaysia akan kekal lebih 60 peratus
Ketua Pegawai Pelaburan Khazanah Datuk Hisham Hamdan berkata, portfolio dana kekayaan berdaulat itu akan memastikan nisbah pelaburannya kekal melebihi 60 peratus di Malaysia. Pihaknya juga akan sentiasa memantau dan mengimbangi semula portfolio pelaburan dengan sewajarnya untuk mencapai pulangan optimum berdasarkan pendedahan risiko semasa.
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
[KOLUMNIS] Malaysia sebagai nakhoda ASEAN: Menangani dan mendepani cabaran global
Misi kepengerusian Malaysia pada tahun ini meletakkan beberapa keutamaan antaranya Visi Komuniti ASEAN 2045.
Tarif elektrik: "Ini penyakit marah, bukan fakta ekonomi" - PM
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat.
Malaysia tidak akan tergesa-gesa respons ketidaktentuan geopolitik, ekonomi global - PM Anwar
Malaysia ambil pendekatan bebas dan berkecuali, sekali gus membolehkan Malaysia menjalin hubungan dengan semua negara tanpa terikat kepada mana-mana blok kuasa.
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa.
Tarif elektrik naik 14 peratus tidak benar - PM
Dakwaan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat 14 peratus pada Julai ini adalah tidak benar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.