Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Limau, di sini.
Beliau tiba di pusat mengundi itu pada kira-kira 8.35 pagi ini dengan ditemani bapa dan ibunya Mohd Zohdi Abdullah, 72, dan Fatona Saimin, 62, yang turut mengundi di pusat mengundi yang sama.
Bagaimanapun, isteri beliau Norma Aida Abdullah yang turut menemani tidak mengundi kerana bukan pemilih berdaftar di Sungai Besar.
"Saya harap peratusan yang keluar mengundi akan ramai kerana hari ini cuaca dilihat baik berbanding semalam yang hujan sepanjang hari," katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi.
Budiman, 44, turut memaklumkan beliau akan meninjau kesemua tempat mengundi bagi melihat proses pengundian dan turut memuji kelancaran proses pengundian yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Calon BN itu turut yakin BN mampu meningkatkan jumlah undi di beberapa kawasan yang dianggap kubu kuat pembangkang serta berjanji akan menggalas tugas sebaiknya sekiranya diberi mandat oleh rakyat kawasan Sungai Besar.
Tiga saluran mengundi disediakan kepada 1,265 pengundi di sekolah berkenaan yang merupakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi kawasan Sungai Limau, melibatkan Melayu (1,219/96.36 peratus), Cina (41/3.24 peratus), India (3/0.24 peratus) dan kaum Bumiputera (2/0.16 peratus).
Sebanyak 28 pusat mengundi dengan 90 saluran untuk PRK Parlimen Sungai Besar dibuka mulai 8 pagi ini dan akan ditutup 5 petang bagi membolehkan 42,365 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.
Suasana pengundian pagi ini tenang dan kebanyakan pengundi mengambil peluang untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka kerana bimbang berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat pada sebelah petang.
Penyokong dan perayu undi daripada parti-parti bertanding juga kelihatan berkumpul secara harmoni di bahu jalan, kira-kira 50 meter dari pekarangan pusat mengundi.
Sementara itu, calon Parti Amanah Negara Azhar Abdul Shukur ketika ditemui pemberita juga berharap pengundi keluar awal, khususnya bagi pengundi dari kawasan pedalaman.
"Suasana hari ini seperti hari raya, menang kalah cerita kedua ... suasana bagus, sepanjang perjalanan kempen kita tengok semua bagus, tidak tegang, harmoni," katanya.
Bernama
Sat Jun 18 2016

Budiman menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Limau. -foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KLWBC 2020: Budiman dan buku sebagai teras survival masyarakat
Budiman aktif dalam politik tetapi sekaligus pecinta buku dan memahami dunia perbukuan sebagai aktivis dan operator korporat.

Kerajaan Selangor digesa segera hentikan polemik dengan FAS
Kerajaan Selangor perlu mengambil kira perasaan rakyat negeri itu kerana bola sepak merupakan sukan yang paling diminati oleh rakyatnya.

Berbahaslah dengan berhemah - Budiman
Sikap pembangkang di Dewan Rakyat sangat dikesali kerana mempertikaikan keputusan yang dibuat Speaker.

Jamal dan Irmohizam tiada dalam senarai calon MB Selangor
Hanya tiga nama disenaraikan sebagai calon menteri besar Selangor sekiranya BN merampas negeri itu pada PRU14.

#PAU2017: 5 cara hebat politik tanpa perlu mengampu!
Tips lima cara untuk menjadi hebat dalam politik tanpa perlu mengampu.

Zaid Ibrahim biadap pertikai titah Sultan Selangor - Budiman
Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menyelar kenyataan balas anggota DAP, Datuk Zaid Ibrahim terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Azmin Ali Terus Sekat Kebebasan Memilih, Bersikap Kuku Besi
Jelas sekali pentadbiran kerajaan negeri di bawah Azmin Ali menafikan kebebasan memilih dan tidak bersikap terbuka dalam penyampaian maklumat menerusi pilihan akhbar yang ada di pasaran.

Budiman dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara
Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan komited untuk memperbaharui Dasar Buku Negara demi merealisasikan wawasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Penerbit, penulis dan karyawan sambut baik saranan perbaharui Dasar Buku Negara
Saranan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi supaya kerajaan memperbaharui Dasar Buku Negara (DBN) mendapat sokongan penulis, penerbit buku dan karyawan.

Budiman Mohd Zohdi dilantik pengerusi baharu ITBM
Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah ITBM yang baharu berkuat kuasa Rabu (9 Nov) bagi menggantikan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.