BERBAKI dua hari sahaja lagi kempen bagi parti bertanding Barisan Nasional, PAS dan Amanah di Sungai Besar untuk meraih undi mereka.
Bagi penyokong tegar dua parti gergasi BN dan PAS, satu lawan satu adalah istilah lebih tepat pada pilihan raya kecil Parlimen P093 Sungai Besar kali ini.
Semua bertitik tolak dari kewujudan Parti Amanah Negara yang sangat sinonim dilabelkan sebagai parti serpihan PAS malah ada juga yang mengatakan Amanah jadi tempat pejuang BN yang kecewa, yang menyerah diri untuk bertanding di PRK Sungai Besar.
Sepanjang hampir dua minggu semangat berkempen dipacu kesemua parti yang bertanding, tidak dapat tidak, BN di atas kertas sudah boleh mula mengukir senyuman kejayaan kerana kesilapan dan keterlanjuran pihak lawan.
Ini terutamanya Amanah, yang dilihat pengundi Islam sebagai cuba menggadai agama dan bangsa kepada parti yang menolak sama sekali perjuangan seumpamanya, iaitu DAP.
Bagi barisan kepimpinan BN dan lebih-lebih lagi calonnya Budiman Zohdi, modal besar kini adalah kejayaan yang cukup konkrit di peringkat nasional parti itu untuk dilimpahkan kepada pengundi di Parlimen Sungai Besar.
Kejayaan konkrit tersebut antaranya yang disumbangkan pada malam Selasa selepas pengumuman pembebasan dua pengundi Sekinchan yang dipenjarakan pemerintah Indonesia setelah ditahan dan didakwa mencabuli perairan negara tersebut.
Kejayaan itu adalah antara yang tersenarai dalam carta raih dan menang BN sepanjang tempoh berkempen yang turut mencakupi pelbagai sektor ekonomi utama Sungai Besar seperti perikanan dan pertanian.
Semua usaha itu berjaya memadamkan bualan kedai kopi segolongan penduduk di Sungai Besar yang mempertikai corak pemerintahan parti itu hingga ada yang mengaku secara terang-terangan akan mengundi parti itu setelah kecewa dengan wakil rakyat DAP dalam isu pembebasan dua nelayan tersebut.
Namun adakah semua itu jaminan kukuh bagi BN? Jawapannya terpaksa dinanti selepas waktu berbuka puasa Sabtu nanti.
Semangat PAS
Pastinya satu lagi gergasi yang berjaya menipiskan jurang undi, iaitu PAS, tidak mahu dipandang enteng pihak lawan.
Semangat kepartian yang kuat ahli parti itu melayakkan parti itu digelar jagoan kerana mampu bertahan dengan majoriti ahli yang ramai sejak 1957.
Bagi calon PAS Dr Abdul Rani yang seketika menghangatkan media sosial kerana turut hadir dalam majlis berbuka puasa Amanah, bertanding atas platform parti dan bukan anak tempatan tidak menjadi masalah bagi ADUN Meru itu.
Yang jelas, menang atau kalah di Sungai Besar soal rakyat di Meru adalah tugas hakiki yang harus dilaksana. Tapi jika menang, apa kesudahannya bagi pengundi di Sungai Besar?
Bagi ahli dan pengundi PAS, amanat Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah fokus utama dan kuncinya adalah istiqamah memperjuangkan nasib bangsa dan agama Islam.
Biarpun tidak semua mungkin segelintir telah masyarakat telah nampak PAS lebih menentang Amanah berbanding BN.
Ini diakui sendiri beberapa pengundi dan ahli parti itu di Sungai Besar yang mengakui perjalanan politik parti Islam itu akan lebih kuat jika bersama BN dan lebih khususnya UMNO.
Jadi di mana Amanah dalam konteks kesatuan dan pembangunan bersama ini?
Apa hala tuju?
Beberapa pengundi di dua DUN yang ditemui dalam soal pencalonan Amanah di PRK Sungai Besar rata-rata melabelkan Amanah sebagai parti pengacau yang tiada hala tuju biarpun negarawan Tun Mahathir bersama mereka.
Bagi beberapa pengundi Cina di Sekinchan, kehadiran Tun Mahathir memang memberi impak kepada mereka tetapi sekadar impak hormat kepada negarawan itu dan bukan impak sokongan pada Amanah dan pembangkang amnya.
Bagi seorang pengundi PAS di Sungai Panjang dengan tegas menyatakan Amanah parti tunggangan DAP yang baharu setelah gagal berbuat demikian pada PAS.
Kenyataan itu disokong berdasarkan kemenangan yang diraih DAP di Sekinchan pada PRU yang lalu dikatakan menggunakan jentera PAS untuk menang sehinggakan pengundi PAS itu berkata, DAP tiada jentera sendiri untuk menang.
Walaupun begitu, semangat yang ditunjukkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat di negeri itu sedikit meredakan tohmahan walaupun Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hanya menjejakkan kaki dua kali sepanjang berkempen dan selebihnya dilakukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bagi calon Amanah, Ustaz Azhar Abdul Shukor yang menetap di Temerloh, Pahang, pengalaman bertanding dan disokong orang kuat Pakatan bagai kerja mudah kerana menumpang populariti pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, namun adakah pengundi Sungai Besar serapuh itu dalam menilai?
Bagi seorang pengundi muda di Sungai Besar beliau berkata, Amanah jika menang ia bagaikan bonus dan jika kalah ia boleh dilabel sebagai cubaan pertama parti serpihan yang berkongsi DNA sama dengan PAS itu.
Bermula Jumaat malam dan hari besar PRK Sungai Besar pada Sabtu, pengundi akan mula berkira-kira.
Jika BN menang, segala rintihan telah dijawab dengan penjelasan dan penyelesaian segera dari kerajaan pusat.
Jika PAS menang, suara mereka seakan tenggelam timbul dalam kerajaan negeri kerana tidak lagi sehaluan dengan pimpinan hingga wujud ugutan akan terkeluar dari pentadbiran negeri.
Jika Amanah menang, yang mentadbir negeri masih pentadbiran serupa dilihat mula berpecah dan hanya menyambung hampir separuh kejayaan silam pimpinan BN.
Undi anda adalah rahsia.
* Syah Hairizal Kamalul Arifin ialah wartawan Astro AWANI yang memantau situasi politik di Parlimen Sungai Besar.
** Kandungan artikel ini adalah pandangan peribadi mengikut pemerhatian penulis, dan tidak semestinya mewakili lidah pengarang Astro AWANI.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Wed Jun 15 2016
Bagaimanakah pengaruh dan wibawa ketiga-tiga calon bertanding dalam PRK Sungai Besar ini dalam meraih kepercayaan penduduk tempatan? - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Tiada perjumpaan bersama KP SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Genting Highlands pada 6 hingga 8 Nov ini.
Diplomasi ASEAN mampu bawa implikasi positif
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, boleh menggunakan peluang untuk melihat sejauh mana diplomasi ASEAN mampu meredakan ketegangan antara AS dan China.
GPM kutuk serangan Israel, nyatakan solidariti
Syahrir berkata, serangan itu bukan sahaja menjejaskan keselamatan anggota pasukan pengaman tetapi juga mengancam kestabilan serta keamanan di rantau tersebut.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
Anggota Malbatt 850-12 dikhuatiri cedera terkena serpihan letupan di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia 850-12 yang baharu tiba bagi menyambung misi pengaman di Lubnan terkena serpihan letupan di sekitar kawasan lapangan terbang negara itu pada pukul 2 petang (waktu tempatan).
[TERKINI] Empat anggota dari UNIFIL Malaysia antara tercedera diserang
Menurut kenyataan tentera Lubnan pada Khamis, turut tercedera dalam serangan itu juga tiga tentera.
Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM
Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 tidak boleh dilihat sebagai suatu berita baik yang akan membuahkan keamanan di negara-negara Islam.
KDN pertahan guna SOSMA dalam siasatan kes GISB
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan penggunaan SOSMA, dalam siasatan melibatkan GISB.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.