Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam bakal bertanding atas tiket Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan selepas mengambil kira kelantangan beliau dalam mengutarakan pandangan berhubung beberapa perkara termasuk manifesto kerajaan.

Lokman ketika ditemui berkata PRK Sungai Kandis ini menjadi tempat untuk rakyat meluahkan rasa tidak puas hati rakyat termasuk hak istimewa dan Bahasa Melayu.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pengumuman calon BN untuk PRK Sungai Kandis di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja di Kota Kamuning di sini hari ini.

PRK Sungai Kandis bakal diadakan pada 4 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu, akibat kanser limfoma.

BERITA LANJUT MENYUSUL