Datuk Amar Jamilah Anu dipilih sebagai sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu berdasarkan merit dan bukan untuk memulakan sebuah dinasti keluarga, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata selain itu, sebagai isteri kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, serta penyandang kerusi berkenaan, turut menjadi salah satu faktor.
"Apabila kami melakukan kaji selidik, kami sebenarnya mendapati namanya masih kekal di hati pengundi. Beliau amat popular dan menikmati penarafan yang cukup tinggi, sekali gus mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan beliau," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap merasmikan Medan Selera Lundu berharga RM4.2 juta di sini hari, sempena hari terakhir lawatan tiga hari beliau ke Sarawak.
Beliau berkata ia juga mendapati bahawa Jamilah adalah seorang yang ceria dan mudah didekati serta sering kali mewakili Allahyarham suaminya pada majlis-majlis di kawasan itu.
Perdana Menteri berkata beliau yakin Jamilah akan mampu meneruskan banyak misi dan agenda Adenan yang belum selesai.
"Kami berada di sini untuk memberi sokongan penuh dan pengesahan kepada beliau sebagai calon BN. Saya harap pengundi Tanjong Datu keluar beramai-ramai pada hari pengundian dengan memberi sokongan penuh kepada beliau.
"Berikan beliau majoriti terbesar supaya beliau boleh menang dengan gaya yang hebat," katanya.
PRK itu pada 18 Feb ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Jamilah, Rapelson Richard Hamit dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru dan calon Parti Reformasi negeri (Star), Johnny Aput.
Beliau berkata calon pembangkang tidak relevan untuk masa depan pengundi Tanjong Datu.
"Mereka ini hanya boleh mengeksploitasi isu-isu yang tidak relevan semata-mata untuk membangkitkan emosi. Mereka tidak layak mendapat sokongan anda kerana apabila kita mengundi, kita mengundi dengan harapan mengubah hidup menjadi lebih baik," katanya.
Secara peribadi, beliau terharu apabila melihat gambar beliau bersama Adenan di rumah rehat kerajaan semasa tiba di sana untuk berehat sebentar.
"Saya memegang tanganya pada satu majlis untuk menunjukkan sokongan penuh saya kepada beliau sebagai calon BN pada pilihan raya negeri yang lepas (pada Mei 2016).
"Saya kehilangan seorang sahabat yang amat dekat di hati saya. Saya meminta gambar itu dibawa pulang ke Sri Perdana untuk digantung di sana untuk mengingatkan saya tentang persahabatan saya dengan beliau, kemenangan besar beliau dalam pilihan raya itu dan kepimpinan agung beliau di Sarawak,' katanya.
Najib berkata Adenan mempunyai rancangan besar untuk Tanjong Datu, Lundu dan Sematan.
Katanya, Allahyarham mahu mengeksploitasi sepenuhya keindahan alam semulajadi di negeri itu sebagai destinasi pelancongan utama.
Pada majlis itu, Najib mengumumkan peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM129 juta bagi menaik taraf sistem bekalan air di daerah Lundu.-- Bernama
Bernama
Fri Feb 10 2017
Datuk Amar Jamilah Anu dipilih sebagai sebagai calon Barisan Nasional (BN) bukan untuk memulakan sebuah dinasti keluarga, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.