Ahli Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dr Johnicol Rayong Ngipa hari ini dinamakan Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Adenan Satem sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 akan datang.
Dr Johnical merupakan penyandang DUN tersebut namun sebelum ini bertanding di bawah tiket Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Pengumuman ini dibuat Adenan ketika ucapan perasmiannya di Program Sejiwa Senada di Padang KPS Lama, Sri Aman.
Selain itu, Adenan turut mengesahkan penyandang bagi DUN Lingga, Bukit Begunan, Batang Ai, Balai Ringin dan Simanggang akan mempertahankan kerusi mereka dalam PRN nanti.
Mereka adalah Simoi Peri, Datuk Mong Dagang, Malcolm Mussen, Snowdan Lawan dan Datuk Francis Harden Hollis.
Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada 11 April untuk merintis jalan kepada pilihan raya negeri ke-11, yang akan menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan, bertambah 11 daripada pilihan raya negeri 2011.
Hafiz Marzukhi
Sat Apr 09 2016
Adenan turut mengesahkan penyandang bagi DUN Lingga, Bukit Begunan, Batang Ai, Balai Ringin dan Simanggang akan mempertahankan kerusi mereka dalam PRN nanti. - Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
PRN Sarawak: Adenan Satem umum Dr Johnical sebagai calon BN di DUN Engkilili
Ahli Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dr Johnicol Rayong Ngipa dinamakan Ketua Menteri Tan Sri Dr Adenan Satem sebagai calon bagi DUN Engkilili.