Proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan bermula 9 pagi hari ini di kedua-dua kawasan Parlimen itu.
Bagi PRK Sungai Besar, pusat penamaan calon diadakan di Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam dan PRK Kuala Kangsar diadakan di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar.
Proses penamaan calon itu berlangsung dari 9 hingga 10 pagi.
PRK dua kawasan itu diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Tan Sri Noriah Kasnon bagi kerusi Sungai Besar dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad bagi kerusi Kuala Kangsar, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Setakat ini, kedua-dua kawasan PRK itu dijangka menyaksikan sekurang-kurangnya pertembungan tiga penjuru di antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Amanah yang mewakili Pakatan Harapan, iaitu gabungan parti PKR-DAP-Amanah.
Di PRK Sungai Besar, BN menamakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang Budiman Mohd Zohdi sebagai calonnya, PAS meletakkan ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman manakalaAmanah menamakan pengerusi parti itu bagi kawasan Sungai Besar Azhar Abdul Shukur.
Pertembungan ketiga-kita calon itu dijangka sengit berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang menyaksikan Noriah, yang menyandang kerusi itu sejak Pilihan Raya Umum 2004, menewaskan pencabarnya dari PAS Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.
Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,365 pengundi biasa, 286 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.
Di PRK Kuala Kangsar, BN menamakan Datin Mastura Mohd Yazid, isteri Wan Mohammad Khair-il Anuar, sebagai calonnya.
PAS pula mencalonkan Ketua Dewan Muslimat Peraknya Dr Najihatussalehah Ahmad manakala Amanah menamakan bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Ahmad Termizi Ramli.
Penolong setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Taman Cempaka di Selangor Syed Rosli Syed Harman Jamalullail baru-baru ini mengumumkam di media sosial bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Kuala Kangsar kerana kecewa dengan keputusan BN berhubung pemilihan calon.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, pada 31 Mei lepas berkata Syed Rosli berdepan tindakan dipecat daripada UMNO sekiranya bertanding sebagai calon Bebas.
Seramai 32,949 orang layak mengundi pada PRK Kuala Kangsar mengikut daftar pemilih SPR sehingga 7 Mei lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13, Wan Mohammad Khair-il menang dengan majoriti 1,082 undi untuk menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.
Bernama
Sat Jun 04 2016
Seramai 32,949 orang layak mengundi pada PRK Kuala Kangsar mengikut daftar pemilih SPR sehingga 7 Mei lepas. - Gambar fail
Selangor tubuh Pasukan Petugas Semikonduktor
Ia sebagai langkah penting ke arah mencapai matlamat menjadi hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.
PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Selasa menyangkal khabar angin mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet dan menegaskan bahawa parti-parti gabungan masih kekal bersatu.
KPDN Kedah serbu premis pemborong diesel di Bukit Kayu Hitam
Serbuan dilakukan tujuh anggota penguat kuasa kira-kira 12 tengah hari selepas risikan dijalankan selama dua minggu.
Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.
AWANI Tonight 7 Jan 2025
AWANI Tonight with @Hafiz_Marzukhi
1. S-SEZ: Ensuring cross-border business growth over next decade
2. Nearly 100 dead as magnitude 7.1 earthquake hits Tibet
1. S-SEZ: Ensuring cross-border business growth over next decade
2. Nearly 100 dead as magnitude 7.1 earthquake hits Tibet
AWANI Ringkas: JDT dan PSG jalin kerjasama perluas pembangunan strategik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.
AWANI Tonight: S. Korea: Minister to resign over country's worst air crash
South Korea’s Transport Minister has announced plans to resign following the tragic Jeju Air crash on December 29, which claimed 179 lives.
AWANI Tonight: JS-SEZ: Boosting cross-border business growth
Thilan Wickramasinghe from Maybank Securities Singapore shares insights on how businesses from Malaysia and Singapore can thrive through the Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ).
Penamaan calon PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail - SPR
Proses penamaan calon bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu ini akan diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor.
PRK DUN Mahkota: PN tangguh tarikh pengumuman calon
Perikatan Nasional (PN) menangguhkan pengumuman calon bagi PRK Dewan Undangan Negeri Mahkota yang sepatutnya diadakan pada Isnin.
Gelanggang PRK Nenggiri dibuka esok
PRK DUN Nenggiri akan bermula esok dengan proses penamaan calon akan berlangsung di Dewan Perdana, Kompleks Perdana.
Penamaan calon PRK Nenggiri: Polis tutup tiga jalan utama esok
Pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan sebaik mungkin dan menggunakan laluan alternatif.
PRK Nenggiri: Mohd Azmawi janji galas amanah, tanggungjawab sebaik mungkin
Calon BN bagi PRK DUN Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjanji akan menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan parti dengan sebaik mungkin.
PRK Sungai Bakap: Proses penamaan calon bermula 9 pagi
Keadaan cuaca diramal hujan pagi ini, seperti yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (METMalaysia) semalam.
PRK Sungai Bakap: SPR giat buat persiapan, simulasi di pusat penamaan calon
SPR giat melakukan persiapan akhir sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Pertarungan rebut kerusi DUN Sungai Bakap bermula esok
Setiap bakal calon diberi tempoh sejam untuk menyerahkan borang pencalonan sebelum nama mereka yang layak bertanding diumumkan.
PRK Sungai Bakap: Ini senarai jalan ditutup Sabtu ini
Beberapa jalan akan ditutup pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Sabtu ini.
PRK KKB: Nga sedia beri kerjasama kepada SPR isu peruntukan
Nga sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aduan mengenai pengumuman peruntukan berjumlah RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).