Seandainya UMNO dan Pas berpakat sebaiknya, tidak mustahil gabungan itu mampu menang lapan negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bahkan mampu menawan Putrajaya.
Keyakinan itu disuarakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut yakin seandainya kedua-dua parti ‘menggaul resepi sebetulnya’, Johor juga mampu ditawan semula.
“Kalau pakat elok-elok, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah kita boleh tawan, kita kekalkan pula Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Maka, lapan negeri kita boleh menang.
“Kalau betul kita gaul resepinya, Johor pun kita boleh ambil. Selangor, kita kena baca betul-betul. Itu yang buatkan mereka (Pakatan Harapan) rasa resah gelisah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berceramah pada program Ceramah Perdana Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.
Tambah Mohamad, beliau cakna dengan kebimbangan akar umbi terutamanya pembahagian kerusi melibatkan kedua-dua parti.
Begitupun, beliau menasihatkan semua ahli agar bertenang dan biarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membincangkan isu berkenaan.
“Ramai tanya macam mana pembahagian kerusi, nak bahagi macam mana. Jangan cepat sangat cerita pasal kerusi, matlamat kita sekarang nak menang (pilihan raya).
“Kena pakat elok-elok. Jangan siang-siang dah tamak haloba, kalah kita nanti,” ujarnya.
Dalam pada itu, menggunakan analogi semut dan anai-anai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu melabelkan UMNO sebagai semut manakala Pakatan Harapan (PH) sebagai anai-anai.
“Dalam rumah bila ada semut, orang sembur semut bagi mati. Bila tiada semut, anai-anai pun bermaharaja lela. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat (Timbalan Presiden Pas) sembur saya, mati UMNO.
“Kan dah naik anai-anai ke Putrajaya. Mereka tak tahu tadbir negara. Selepas ini, kita belilah ‘spray’ yang lebih baik dan kita ‘spray’ anai-anai PH, kita bagi dia mati,” katanya disambut sorakan penyokong kedua-dua parti.
Tegas Mohamad lagi, penyatuan UMNO-Pas meresahkan kepimpinan PH sehinggakan mereka mengeluarkan pelbagai kenyataan.
“Itu sebab PH takut, mereka mimpi nampak muka Ahmad Zahid. Biar dia mimpi, kita buat kerja kita elok-elok.
“Jangan cerita pasal hal kecil-kecil, kita cerita hal Malaysia. Cerita bagaimana PH harus kita tewaskan dalam PRU15, itu tujuan kita,” katanya.
Sinar Harian
Sat Sep 14 2019

Mohamad Hasan turut yakin seandainya kedua-dua parti menggaul resepi sebetulnya, Johor juga mampu ditawan semula. -Gambar fail

Trump ulangi amaran kenakan lebih banyak tarif
Ancaman ini menandakan peningkatan lagi dalam perang perdagangan yang telah menggoncang pasaran kewangan.

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".

Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.

Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.