Siapa tidak kenal Radhi Mat Din.
Nama besar dalam arena bola sepak tanahair satu ketika dahulu itu kembali mendapat perhatian apabila dikaitkan dan disebut-sebut sebagai individu yang bakal dicalonkan sebagai calon Parti Islam Semalaysia (Pas) Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Radhi ketika ditemui Astro AWANI mengakui, dia ada membantu parti itu dengan mendekati golongan muda dan masyarakat melalui sukan bola sepak.
“Secara jelas, saya tak dapat apa-apa bayangan dari parti. Cuma arahan daripada parti adalah, kalau boleh tolong bantu partil seperti mendekati anak muda dan sebagainya.
"Kita sebagai salah seorang ikon bola sepak, bercakap dari sudut itulah, sudut sukan.
"Ia lebih kepada hendak mendekati anak muda di samping bersukan dan ada peranan lain yang kita patut beri untuk masyarakat dan agama," katanya ketika ditanya Astro AWANI.
Walaupun kehidupannya berkisar ke arah sukan bola sepak, namun Radhi mengakui sentiasa mengikuti perkembangan politik terutama di Pokok Sena.
Menyentuh mengenai dakwaan bahawa dia akan bertanding, Radhi mengakui bahawa dia bersedia.
Radhi yang terkenal dengan gelaran 'Kapten Marvel', merupakan kapten bola sepak Kedah paling lama berkhidmat dalam sejarah, bermula dari tahun 1991 hingga 2000.
Antara pencapaian membanggakan sebagai pemain adalah membantu pasukan Kedah menjulang Piala Malaysia buat kali pertama pada 1990, diikuti pada 1993.
Radhi juga merupakan tonggak penting semasa Kedah muncul juara berganda pada 2007 dan 2008 sebagai penolong jurulatih skuad itu.
Salim Aziz
Tue Feb 20 2018
Radhi sedia jika diberi kepercayaan oleh Pas. - Astro AWANI
Kegiatan jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand terkawal - Polis
Polis telah menahan tujuh individu kerana merentas secara haram dan mereka dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963.
Perancangan kehamilan tanggungjawab bersama suami isteri - Pakar
Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi IIUM, Assist. Prof. Dr. Nurul Yaqin Mohd Nor, jelasnya tanggungjawab merancang keluarga tidak wajar untuk hanya diletakkan di bahu wanita dan seharusnya menjadi tanggungjawab bersama.
PM Anwar lancar Kempen Visit Malaysia 2026
Logo VM2026 melambangkan budaya Malaysia yang kaya, keindahan semula jadi, dan daya tarikan global.
Pasaran modal Malaysia hadapi cabaran dalam menarik pelabur asing - Pakar
Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata, salah satu faktor utama yang menyebabkan situasi ini adalah disebabkan prestasi pasaran saham AS yang kukuh pada tahun 2024.
Pendekatan Malaysia cukup inklusif untuk memperkasa kelestarian dan keharmonian - PM
Pada masa sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan kerajaan sangat inklusif dalam mempromosi Malaysia sebagai negara yang lestari dan harmoni.
Ujar Anwar, pendekatan diambil bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 itu juga dijangka merangsang ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan, dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia.
Ujar Anwar, pendekatan diambil bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 itu juga dijangka merangsang ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan, dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia.
Beri fokus tingkat pelaburan ekonomi setiap negeri - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kementerian-kementerian berkaitan agar memberi fokus kepada usaha meningkatkan pelaburan ekonomi di setiap negeri bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud
Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membacakan surat daripada Sultan Pahang yang juga bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mengesahkan kewujudan perintah tambahan tahanan dalam rumah bagi bekas Perdana Menteri itu.
AWANI Ringkas: Tingkat penguatkuasaan bagi anggota
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pegawai JAS tanpa punca kuasa, justifikasi cuba lepaskan kontena e-waste - EAIC
EAIC mengemukakan syor tindakan tatatertib terhadap pegawai JAS yang terlibat dan penambahbaikan Prosedur Tetap Operasi (PTO) serta Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP).
Titah Adendum: 'Jika benar wujud, laksanakanlah'
Jika benar Titah Adendum itu wujud, Kerajaan perlu bertanggungjawab dan mereka yang bertindak menyembunyikannya perlu menerima hukuman setimpal.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?