Penyertaan Tan Sri Rafidah Aziz ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membawa banyak kelebihan khususnya pada kepimpinan Srikandi parti itu.
Menurut penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali, sebagai tokoh yang mempunyai rekod kepimpinan yang baik selama lebih empat dekad dalam UMNO, kehadiran Rafidah mampu menyuntik dinamik baharu dalam Bersatu.
“Pada hari ini, kita melihat kepimpinan Wanita dalam Bersatu kurang menonjol. Saya fikir dengan kemasukan Tan Sri Rafidah ini akan memberi satu lonjakan kepada parti,” kata Dr Mazlan yang ditemu bual dalam program Komen Pagi pada Sabtu.
Rafidah yang cukup berpengalaman pernah menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO dari tahun 1999 hingga 2009 sebelum jawatan itu kemudiannya dipegang oleh Tan Sri Shahrizat Jalil.
TONTON: Signifikan penyertaan Tan Sri Rafidah dalam BERSATU
BACA: Bersatu alu-alukan kemasukan 'wanita besi' ke dalam parti - Mukhriz
“Sejak sebelum Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14), Rafidah sentiasa mempunyai idea yang agak konsisten tentang pembentukan Bersatu dan kritikan-kritikan beliau terhadap UMNO adalah kritikan yang mempunyai asas dan objektif”.
Dr Mazlan juga optimis yang kemasukan Rafidah dalam Bersatu akan mewujudkan kepimpinan yang baik untuk parti itu.
“Kadang-kadang, walaupun kepimpinan ini lama, tetapi jika daya kepimpinan itu relevan dengan keperluan semasa ianya mampu diterima dengan baik”.
“Tun Dr Mahathir contohnya pada usia 93 tahun mampu meyakinkan rakyat untuk menumbangkan Barisan Nasional.”
Selain itu, kata Dr Mazlan, paduan antara yang lama dan baharu itu sangat signifikan kerana orang muda memerlukan bimbingan daripada generasi yang lama.
Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat mengalu-alukan hasrat Rafidah untuk menyertai Bersatu dan menegaskan tiada jawatan akan diberikan sekiranya beliau bersama parti itu.
BACA : Tiada jawatan menanti Rafidah dalam Bersatu - Tun Mahathir
Astro Awani
Sat Nov 10 2018
Penyertaan Rafidah (gambar) akan beri lonjakan kepada parti Bersatu, kata Mazlan. -Gambar fail
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
2DekadTsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Isu kos hidup perlu jadi kebimbangan menjelang kempen PRN - Penganalisis politik
Isu kos sara hidup tinggi yang membelenggu rakyat di negara ini antara faktor yang perlu dibimbangi Kerajaan Perpaduan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Dakwaan kerajaan tumbang hanya perang psikologi menjelang PRN - Penganalisis
Desas desus mengenai Gerakan untuk menumbangkan kerajaan ketika ini (Kerajaan Perpaduan) dilihat tidak mempunyai asas yang kukuh dalam memastikan hasrat itu tercapai.
Parlimen bukan medan mengejek, contohi kematangan di Britain
Rakyat mengharapkan Kerajaan Perpaduan dan pembangkang menunjukkan kematangan yang tinggi di sidang Dewan Rakyat yang berlangsung minggu ini.
Kenyataan Anwar bukti kesungguhan perangi rasuah - Ahli akademik, NGO
Kenyataan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memecat mana-mana menteri dalam Kerajaan Perpaduan yang terlibat dengan rasuah atau salah guna kuasa mencerminkan keseriusan beliau
Pas perlu ubah mentaliti jika ingin suburkan kepimpinan orang muda - Pensyarah
Pas perlu menyuburkan kepimpinan orang muda dalam memastikan mereka tidak ketinggalan dalam melahirkan pelapis politik negara.
Rafidah mampu beri lonjakan kepada kepimpinan Wanita Bersatu - Penganalisis
Penyertaan Tan Sri Rafidah Aziz ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membawa banyak kelebihan khususnya pada kepimpinan Srikandi parti itu.