Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) didakwa tidak memaklumkan sebarang notis kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam isu pembubaran sementara pendaftaran mereka.
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, pihaknya benar-benar dukacita kerana tidak dimaklumkan dan hanya mengetahui perkara itu selepas sidang media RoS sendiri petang tadi.
"Saya dukacita RoS buat sidang media. Sehingga kini saya sebagai presiden, Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh tidak pernah disampaikan notis atau perintah apatah lagi notis pembubaran sementara ini.
"Saya minta ahli bertenang, pucuk pimpinan akan fikirkan cara dan akan adakan sidang media untuk menjelaskan hal ini secara terperinci," katanya dalam rakaman video di laman Facebook milik parti itu hari ini.
Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata pembubaran sementara itu adalah dibawah Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 akibat tidak memenuhi syarat.
Bagaimanapun, kata Surayati, PPBM masih boleh membuat rayuan kepada RoS seperti telah dimaklumkan terdahulu.
BACA: Setelah parti dibubar sementara, ini reaksi awal PPBM
Dalam pada itu kata Muhyiddin, Shahruddin sebelum ini telah menghantar semua maklumat yang dikehendaki RoS selain meminta kepastian pihak berkenaan mengenai sebarang kekurangan yang diperlukan.
Jelasnya, RoS juga mengakui menerima semua maklumat diperlukan selain tidak memaklumkan tiada lagi sebarang maklumat tambahan yang diperlukan.
Pada Khamis, RoS mendapati PPBM gagal menyerahkan dengan sepenuhnya segala butir maklumat dan dokumen yang diminta sebagaimana notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (2) akta sama pada 28 Feb lalu.
PPBM juga kini tidak boleh sama sekali menggunakan nama dan logo parti tersebut dalam tempoh perintah serta tidak dibenarkan melakukan segala aktiviti politik.
Astro Awani
Thu Apr 05 2018
MUHYIDDIN: PPBM benar-benar dukacita kerana tidak dimaklumkan dan hanya mengetahui perkara itu selepas sidang media RoS sendiri. - Astro AWANI/Fail
AWANI Ringkas: Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.
Mengenang Tun Daim: "Beliau mentor bagi usahawan muda Melayu' - Tun Mahathir
Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak muda berbakat dalam perniagaan kata Tun Mahathir Mohamad.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham tokoh besar yang rendah diri' - Tun Mahathir
Tun Mahathir mengenang Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini, sebagai seorang tokoh besar yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara.
Rayuan saman Halim Saad terhadap Tun M ditetapkan 18 Ogos tahun depan
Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Ogos tahun depan untuk mendengar rayuan Tan Sri Halim Saad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman beliau yang difailkan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib, Tun Mahathir sebumbung di mahkamah hari ini
Dua bekas Perdana Menteri dan juga seteru politik dijangka bertembung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.
The Greater Kedah tidak bercanggah dengan SG4 - Tun Mahathir
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata kemajuan yang dikecapi Kedah kelak akan mewujudkan persaingan sihat antara negeri SG4.
Sudah berusia 99 tahun, Tun M masih aktif penuhi undangan kerja
Tun M mampu melakukan 15 aktiviti termasuk mesyuarat, wawancara, menghadiri majlis dan sebagainya dalam tempoh 30 September hingga 5 Oktober.
“Ambil tahu situasi di Asia Barat” - Amaran Tun M kepada negara kecil
Sekiranya negara-negara kecil diceroboh dan rakyatnya dibunuh beramai-ramai, boleh dijangka tiada bantuan daripada mana-mana pihak.
Tun M masuk IJN, kes saman terhadap fitnah Zahid Hamidi ditangguh
Dr Mahathir dikejarkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan pada petang semalam, kata peguam Mior Nor Haidir yang mewakili beliau.
Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa - Mirzan dan Mokhzani
Mirzan dan Mokhzani memaklumkan notis pengisytiharan harta mereka kepada SPRM adalah bagi siasatan yang sedang dijalankan terhadap Dr Mahathir.