Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan sistem 'e-undi' yang akan dilaksanakan buat pertama kali pada pemilihan PKR kali ini telus dan berintegriti.
Beliau berkata sistem yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dengan bantuan pakar itu telah dibentangkan dalam semua struktur lapisan parti dan dijamin tidak akan berlaku manipulasi data ketika pelaksanaannya.
"JPP telah bekerja keras membina sistem ini dan ia telah mendapat kelulusan semua peringkat lapisan parti, jaminan kita ialah sistem ini telus dan berintegriti," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta pada program larian SSM BizRun 2018 di sini pagi ini.
Saifuddin berkata bagi pihak dalam parti sama ada calon bertanding atau anggota yang masih mempunyai kemusykilan mengenai sistem ini boleh berjumpa sendiri dengan JPP berbanding mempertikaikannya di luar parti.
"Saya suka menasihatkan kalau ada lagi nak bertanya bagaimana sistem ini dikendalikan, jalan yang paling baik ialah tanya pada JPP.
"Tanpa perlu untuk mempertikaikan di luar daripada saluran, JPP adalah jawatankuasa yang diwujudkan oleh parti dan mereka mengamalkan prinsip ketelusan yang akan membantu anggota parti yang mahu tahu lebih tentang integriti sistem ini," katanya.
Kira-kira 800,000 anggota PKR seluruh negara layak mengundi pada pemilihan kali ini yang membabitkan 218 cabang di seluruh negara.
Seramai 300 JPP dan 3,000 petugas akan terlibat dalam memastikan kelicinan pengundian dan 600 buah peranti e-undi akan dimobilisasikan sepanjang pemilihan itu berlangsung.
Pengundian peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan bermula pada 14 September di Kelantan dan Terengganu, 15 September (Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang), 17 September (Kuala Lumpur), 22 September (Pulau Pinang dan Kedah), 23 September (Selangor), 29 Sept (Johor), 30 September (Perak, Perlis), 6 Oktober (Sarawak) dan 13 Oktober di Sabah.
Proses penamaan calon peringkat cabang telah berlangsung pada 27 Julai lalu termasuk pada 5 Ogos bagi peringkat MPP namun penamaan calon untuk Selangor yang dibuat pada 12 Ogos berikutan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis pada 4 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 18 2018

Saifuddin turut menyertai Larian BizRun 2018 di Padang Merbok hari ini. Turut sama Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar (dua, kiri) dan Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Jamil Salleh (dua, kanan). --fotoBERNAMA

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.

PRN Melaka: Lakukan kaedah e-undi, amalkan penjarakan fizikal - Pakar
Penjarakan fizikal adalah kaedah utama yang perlu diberi keutamaan semasa berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Parti politik perlu kerjasama bentuk kerajaan stabil sehingga PRU15 - Penganalisis
Parti politik perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri dan membentuk satu kerajaan yang stabil sebelum PRU15 boleh diadakan.

COVID-19: Tiba masanya SPR perkenal undi pos, e-undi
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ia memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19.

Proses pemilihan PKR akan dikaji semula - Anwar
Ketua Umum PKR itu berkata, sistem manual (atas kertas) seperti sebelum ini adalah lebih baik.

Pemilihan PKR belum sampai penghujung - Wan Azizah
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan sebagai terlalu awal, pengumuman kemenangan oleh kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Pemilihan semula PKR: Rafizi menang besar di Pensiangan
Keputusan tidak rasmi itu menyaksikan Mohd Rafizi menang dengan memperolehi 2,388 undi, berbanding Azmin yang mendapat 262 undi.

E-undi PKR Julau: Suspek serangan siber ditahan di Lapangan Terbang Sibu
Suspek lelaki berbangsa Cina dan berusia 44 tahun itu ditangkap di Lapangan Terbang Sibu.

Fasa terakhir pemilihan PKR di Selangor hari ini
Enam cabang berkenaan adalah Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat yang mempunyai lebih 61,000 anggota layak mengundi.

Pemilihan PKR: Pakar IT sahkan 2,000 undi hilang akibat capaian internet lemah
Penjelasan itu menjawab dakwaan sesetengah pihak ibarat 'menuduh' jawatankuasa itu menyorokkan dan memanipulasi data undi.

Sistem e-undi PKR kekal - Saifuddin
PKR akan kekal dengan sistem undian dalam talian (e-undi) walaupun terdapat beberapa masalah teknikal timbul ketika pemilihan jawatankuasa parti yang sedang diadakan.