Empat hari menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Port Dickson, bayangan semakin jelas dilihat bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menelusuri jalan mudah mencatat kemenangan tanpa bertanding.
Kemungkinan besar PRK ini, yang kali keempat diadakan selepas tiga PRK membabitkan Dewan Undangan Negeri di Selangor iaitu Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong, akan menyaksikan pertandingan lima penjuru.
Setakat ini beberapa pihak lain iaitu dua parti dan dua individu perseorangan sebelum ini menyatakan hasrat dan minat untuk mengambil bahagian selain Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR.
Parti Rakyat Malaysia (PRM), calon Bebas Stevie Chan Keng Leong dan bekas setiausaha agung MIC Datuk S. Kumar sudah menyatakan hasrat masing-masing sekali gus menyampaikan mesej akan wujud pertandingan bagi kerusi Parlimen itu yang dahulunya dikenali sebagai Teluk Kemang, sebelum persempadanan semula dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PAS pula, menerusi Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 15 Sept lepas, dipetik sebagai berkata parti itu sedia bertanding pada PRK tersebut sekiranya tiada parti lain yang ingin bertanding dalam usaha memastikan Anwar tidak mendapat kemenangan percuma.
BACA: PRK Port Dickson: Menang mudah atau mungkin kalah?
Alasan BN memboikot PRK berkenaan ialah cara pengosongan kerusi Port Dickson yang tidak demokratik selain selepas perbincangan dengan parti komponen iaitu MCA dan MIC.
Presiden PRM Mohd Hashim Saaludin pada Jumaat lepas pula dilapor sebagai berkata penyertaan parti itu adalah untuk membangkitkan isu rakyat dan mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya menunaikan janji-janji manifesto.
BACA: Parti Rakyat Malaysia tidak gentar cabar Anwar di Port Dickson
Pada PRK Sungai Kandis lepas, PRM juga mengumumkan untuk bertanding namun menarik diri pada saat akhir walaupun calonnya Ahmad Kamaruddin sudah tiba di Dewan Besar Tanjung Seksyen 19 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk penamaan calon.
Kumar yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata, Pahang di bawah tiket PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun tewas, bertanding untuk memperjuangkan hak kaum India.
Sementara Chan, seorang personaliti media sosial pula bertanding disebabkan rasa kecewa dengan kelewatan perubahan yang dijanjikan PH sebelum ini selain mendakwa PRK itu diadakan untuk memenuhi cita-cita dan impian seseorang individu serta menyifatkan 'Langkah PD' adalah salah.
Menurutnya ini adalah kerana PRK ini adalah satu 'paksaan' tidak ada keperluan mendesak, masa yang tidak sesuai dan rakyat mahu melihat wakil dipilih mereka melaksanakan agenda perubahan serta kerusi yang patut dikosongkan ialah milik anak Anwar, Nurul Izzah di Permatang Pauh atau isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Pandan.
Dr Wan Azizah ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
BACA: Anwar sendiri pilih bertanding di Port Dickson
SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Port Dickson pada 13 Okt dan hari penamaan calon pada 29 Sept manakala hari pengundian awal pada 9 Okt.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas untuk membolehkan Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada PRU14 Danyal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
BACA: PRK Port Dickson tidak guna aset dan jentera kerajaan
Parlimen Port Dickson yang memiliki sejumlah 75,770 pengundi dengan 68,486 orang adalah pemilih biasa, 7,268 pemilih awal dan 16 orang pemilih tidak hadir luar negara, merupakan kerusi tunggal PKR daripada lima kerusi Parlimen PH di Negeri Sembilan.
Parlimen Port Dickson yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008 mempunyai lima kerusi DUN iaitu Chuah dan Lukut dikuasai DAP, Bagan Pinang dan Linggi (BN) dan Sri Tanjung (dahulu Port Dickson) (PKR).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 26 2018

Parlimen Port Dickson memiliki sejumlah 75,770 pengundi dengan 68,486 orang pemilih biasa, 7,268 pemilih awal dan 16 orang pemilih tidak hadir luar negara.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".

Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.

Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.