Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Jumaat membayangkan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, hampir pasti.
Beliau berkata kenyataan terbaharu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak sujud di kaki PAS telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara kedua-dua parti itu.
"Persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan," katanya dalam entri di laman Facebooknya kelmarin.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, Kuala Terengganu, hari ini mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Menurut Abdul Hadi, keputusan itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan PAS sebelum ini.
Nik Mohamad Abduh berkata kekuatan PAS untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga menyebabkan DAP, Amanah, PKR dan PPBM berterusan menyerang PAS dan mengaitkannya sebagai sekutu UMNO.
Menegaskan UMNO kekal sebagai musuh tradisi parti itu dalam politik, PAS bagaimanapun menyifatkan politik DAP adalah lebih berbahaya.
"PAS mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara. Rosak negara adalah kerana UMNO membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama. Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai.
"DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh. Ia jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti. PAN adalah contoh awal kealpaan yang nyata. Amat malang," tulis beliau. -- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2017
Nik Mohamad Abduh berkata kekuatan PAS untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga menyebabkan DAP, Amanah, PKR dan PPBM berterusan menyerang PAS dan mengaitkannya sebagai sekutu UMNO. - Gambar fail
21 pelajar DUN Maradong tunggu janji temu saringan intervensi KPM
21 pelajar di bawah kawasan ADUN Maradong sedang menunggu janji temu saringan yang dijadualkan pada 10 Januari 2025 bagi mengenal pasti sama ada mereka perlu ditempatkan dalam pusat pendidikan khas intergrasi.
Premier ketuai perbincangan meja bulat pemimpin Borneo berkaitan peralihan tenaga
Perbincangan meja bulat pemimpin Borneo berkaitan peralihan tenaga diadakan sempena penganjuran Persidangan Majlis Industri Tenaga (EIC) Connect Energy Borneo 2025.
Zahid hormati pendirian Hajiji serah sepenuhnya kepada SPRM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi kepercayaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor untuk menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib bagi melakukan siasatan berkaitan tuduhan rasuah melibatkan beberapa tokoh politik di negeri itu.
Belanjawan 2025: ‘Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera’ dibentang
Analisis awal Belanjawan 2025: Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera bersama Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS, Dr Rafiq Idris.
Belanjawan Sabah 2025: Pelajar IPT Anak Sabah dapat berita gembira
Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri MAsidi Manjun mengumumkan beberapa inisiatif buat anak Sabah yang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.
Belanjawan: Selangor kenal pasti jajaran utama bagi projek Rel Kita Selangor
Kerajaan Selangor kenal pasti jajaran utama bermula dari Sabak Bernam hingga ke Negeri Sembilan bagi pelaksanaan projek Rel Kita Selangor.
Kerajaan Sabah umum bonus buat penjawat awam
Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun mengumumkan bantuan khas kewangan sebulan gaji atau minimum RM3,000 untuk penjawat awam negeri itu
Sabah bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM6.421 bilion, terbesar dalam sejarah
Berpaksikan teras utama memakmurkan negeri serta mensejahterakan rakyat, Belanjawan Sabah 2025 memperuntukkan RM6.421 bilion untuk tahun depan dengan anggaran hasil negeri yang disasar mencapai RM6.445 bilion.
Penjawat awam Selangor terima bonus dua bulan gaji
Ia bagi menghargai komitmen dan usaha yang disumbangkan penjawat awam negeri itu dalam pembangunan negeri.
Tokoh sukan bola keranjang Yeoh Choo Hock meninggal dunia
Tokoh sukan bola keranjang dan pentadbir sukan antarabangsa ternama Datuk Yeoh Choo Hock meninggal dunia pagi ini.
'Haram tetap haram', Pas tetap bertegas isu cabutan khas judi
Pas tetap berpendirian tegas membantah isu pertambahan cabutan khas judi yang ditingkatkan daripada 8 kali sehingga 22 kali setahun bermula 2021.
Saingan tiga penjuru dalam PRU14 hampir pasti - Nik Abduh
Kenyataan terbaharu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak sujud di kaki PAS telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara kedua-dua parti itu.
Pelantikan Haron Din selaras kehendak perlembagaan parti - Pemuda Pas
Pemuda PAS dalam satu kenyataan media hari ini mengalu-alukan pelantikan Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu.