"Salah satu sebab saya masuk politik adalah kerana Tan Sri,"
Itulah luahan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyatakan bahawa dia mula menyertai politik kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Syed Saddiq memuat naik gambar yang diambil pada tahun 2015 itu di laman Instagram miliknya pada Ahad.
Melalui entri tersebut, Syed Saddiq turut menyatakan bahawa beliau pernah dibuang kerja, malah keluarganya diugut kerana menunjukkan sokongannya kepada Muhyiddin pada ketika itu.
"Saya tidak menyesal kerana saya tahu hati saya berada di tempat yang betul," katanya menerusi kapsyen di Instagram.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Muar itu yang menganggap Muhyiddin sebagai figura seorang bapa, turut melihat minggu ini merupakan tempoh yang sangat sukar kerana diminta menubuhkan sebuah kerajaan bersama dengan pemimpin politik yang dilawan dahulu kerana isu rasuah dan salah guna kuasa.
"Tan Sri, ayah saya, mungkin tidak rasa bersalah, tetapi saya tidak sanggup. Orang sama yang meninggalkan Tan Sri, buang Tan Sri, tikam Tan Sri dari belakang sekarang diangkat bersama dalam kerajaan," katanya lagi.
Syed Saddiq turut menyatakan bahawa dia berasa bangga ada pemimpin seperti Muhyiddin namun memohon maaf kerana tidak dapat bersama untuk berada di pihak Muhyiddin.
Beliau juga menyatakan akan terus berusaha dan berdoa supaya prinsip perjuangan mereka akan dijunjung melebihi kepentingan politik.
Asyraf Roslan
Sun Mar 01 2020
Ahli Parlimen Muar itu turut menyatakan bahawa dia merasa bangga mempunyai pemimpin seperti Muhyiddin Yassin dan memohon maaf kerana tidak dapat bersama untuk berada di pihak Muhyiddin - Foto Instagram/ Syed Saddiq
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
One Championship: Jojo Ghazali kekalkan 'trademark' berbaju Melayu
Pakaian tradisi, baju Melayu dan samping, kekal menjadi pilihan Johan 'Jojo' Ghazali ketika sesi 'face off' One Championship, semalam.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.
Guru boleh buat kerja sambilan, Tapi perlu kebenaran
Boleh buat kerja sambilan, termasuk membuka kelas tiusyen, tetapi guru perlu dapatkan kebenaran dan tanpa menganggu tugas hakiki.
1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO
Perkembangan itu menandakan pemulihan kukuh bagi industri pelancongan global selepas pandemik COVID-19.
Malaysia ambil pendekatan seimbang, tidak ikut langkah sekat akses dalam talian
Fahmi berkata Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam menangani isu keselamatan dalam talian.
Individu disyaki salah guna wang pampasan projek balak
SPRM Sarawak reman seorang individu disyaki menyalah guna wang pampasan berjumlah kira-kira RM455,000.
Himpunan rakyat benci rasuah tetap diteruskan - Sekretariat
Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada Sabtu ini tetap diteruskan walaupun pihak polis melarang penganjuran itu.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
UMNO harap Muhyiddin ambil tindakan segera terhadap kerajaan terdahulu
Antaranya, tubuhkan RCI untuk siasat tuduhan PH terhadap BN, siasat penyelewengan PH, dan juga teruskan siasatan berhubung kematian Adib.
Kabinet umum penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi
Majlis itu, jelas perdana menteri lagi, akan bermesyuarat seminggu sekali, iaitu pada Isnin dan keputusannya akan dibawa ke jemaah menteri pada Rabu.
Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama hari ini
Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.25 pagi itu dihadiri kesemua 31 menteri yang dilantik.
Pelantikan Reezal Merican dapat kukuh pembangunan sukan negara
Pelantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Menteri Belia dan Sukan diharap dapat mengukuhkan struktur pembangunan sukan.
Pengumuman wakil dari Sarawak, pelengkap Kabinet kerajaan Persekutuan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan senarai lengkap barisan menteri Kabinet yang baharu.
Muhyiddin lantik 4 menteri kanan, bantu selaras hal ehwal Kabinet
PM Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik empat Menteri Kanan bagi membantu dalam penyelarasan hal ehwal Kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur.
PH Perak kutuk tindakan Faizal Azumu jatuhkan kerajaan terdahulu
Pakatan Harapan (PH) Perak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjatuhkan kerajaan terdahulu.
Syed Saddiq kecewa 'ayah' buka pintu kepada kleptokrat
Syed Saddiq meluahkan perkara itu ketika ditemu bual pengacara Mehdi Hasan dalam rancangan UpFront di saluran berita Al Jazeera pada Sabtu.
Ambil serius pelaksanaan Belanjawan 2020 - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan pelaksanaan perbelanjaan secara lebih berhemah dan mengurangkan ketirisan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
UMNO Kelantan tak meminta jawatan - Ahmad Jazlan
Walaupun kerajaan Kelantan tidak lagi mempunyai pembangkang selepas kebersamaan UMNO dan Pas, UMNO yang turut mempunyai tujuh ADUN di Dewan Kelantan tidak akan menuntut jawatan.