Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa menyelar tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub yang menghalau Ketua Pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) keluar dewan kerana minta untuk berbahas.
Husam yang juga Naib Presiden Amanah turut menyindir DUN Kelantan yang didakwa “terkejar-kejar untuk bersurai” setiap kali bersidang.
"Apa yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terburu-buru tak menentu?
"DUN Pahang yang dikuasai UMNO boleh bersidang sampai 7 hari untuk Sidang Belanjawan. Mengapa Kelantan mesti hanya dua hari? Dari tiga hari, petangnya tidak ada sidang, masa sebenar bersidang kurang dari tiga hari," tulis Husam di laman Facebooknya pada Rabu.
BACA: Ketua Pembangkang DUN Kelantan teresak-esak selepas diarah keluar Dewan
Dalam tulisannya, Husam turut menyoal adakah speaker DUN Kelantan terlalu penat untuk beri masa 30 minit kepada Nozula untuk berbahas.
“Apa salahnya, YB Paloh dibenarkan berucap, paling lama setengah jam. Sidang ditarik sampai petang, lalu ditangguhkan?
“Penat sangatkah speaker dengan tambahan setengah jam lagi masa bersidang. Bukankah surat panggilan bersidang untuk semua ADUN adalah tiga hari,” soal Husam.
Semalam Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah menangis teresak-esak selepas diarahkan keluar oleh Speaker Dewan.
ADUN Paloh itu diarahkan keluar oleh Speaker, Datuk Abdullah Yaakob selepas beliau meminta mencelah sewaktu sesi penggulungan di Sidang DUN Kelantan.
Dalam pada itu, Timbalan Speaker DUN Kelantan Abdul Latiff Abdul Rahman dalam satu kenyataan pada Rabu menafikan Nozula tidak diberi peluang untuk berbahas sepanjang sesi persidangan DUN berlangsung.
"Tuduhan beliau yang speaker tidak berlaku adil adalah tidak benar sama sekali kerana daripada 10 ahli dewan yang berbahas, empat adalah Adun pembangkang.
"Ataupun ini adalah lakonan air mata YB Paloh (Nozula) untuk menghentam pihak kerajaan pada ceramah-ceramah selepas sidang Dun nanti atau memang sengaja kerana mahu pulang awal?" katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut Abdul Latiff pada sesi perbahasan Bajet 2018 semalam, 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan mengambil bahagian bermula dengan Adun Melor, Gual Periok, Ayer Lanas, Selising, Gaal, Perupok, Tendong, Kok Lanas, Salor dan berakhir dengan Adun Kelaboran.
"Seingat saya, Nozula ada bangun mencelah (tanpa kebenaran) sewaktu Adun Tendong sedang berucap dan saya ada membuat teguran supaya tidak mencelah kecuali dengan kebenaran speaker dan meminta supaya beliau mengambil bahagian dalam perbahasan," katanya lagi.
Astro Awani
Thu Nov 23 2017

Apa salahnya, YB Paloh dibenarkan berucap, paling lama setengah jam, soal Husam

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.

Salahkah beri 30 minit kepada Nozula - Husam
Timbalan Speaker DUN Kelantan Abdul Latiff Abdul Rahman dalam satu kenyataan pada Rabu menafikan Nozula tidak diberi peluang untuk berbahas