UMNO itu parti yang hanya berkisarkan kuasa dan wang, bukan lagi berpaksikan semangat membela kaum Melayu, Bumiputera, Agama dan Negara, kata pembencinya.
Slogan dan kata-kata yang sering dilaungkan menjelang perhimpunan agung tahunan parti yang dikatakan keramat itu, hanya retorik dan usaha memperdayakan masyarakat, kata pengkritiknya.
Walaupun berstatuskan parti tunggal yang mencapai kerusi Parlimen terbanyak antara yang bertanding, UMNO hari ini tersungkur teruk, rakyat Malaysia dan dunia saksinya.
Di ambang Malaysia Baharu, UMNO hilang kuasa yang dipegang semenjak ambang kemerdekaan. Ini realitinya.
Berbekalkan kedudukan 54 daripada 222 kerusi Parlimen, dan 139 daripada 587 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum (PRU) baru-baru ini, ia jelas satu penurunan yang ketara berbanding PRU sebelumnya iaitu 88 kerusi Parlimen dan 241 kerusi DUN.
Jumlah undi yang diterima juga agak mengejutkan, hanya 2,548,251 atau 21.10 peratus dari jumlah keseluruhan, berbanding 3,252,484 atau 29.45 peratus pada PRU sebelumnya.
Ramai agak tertanya-tanya mengapa presiden ketika itu Datuk Seri Najib Razak, merangkap perdana menteri sebelum ini, seolah-olah begitu yakin UMNO dan Barisan Nasional akan terus mengekalkan kuasa.
Adakah pucuk pimpinan di peringkat Majlis Tertinggi atau Perhubungan Negeri sahaja merasakan mereka kekal menerajui?
Lupakan mereka yang berada di 191 bahagian UMNO, kerana apa yang penting, adakah keyakinan itu dirasai di peringkat bawahan, terutamanya yang berada di kalangan 21,851 cawangan UMNO seluruh negara?
“Kami di bawah ini lebih teruk merasai kekalahan ini,” ujar Ketua UMNO Cawangan Sinar Harapan, Abd Halim Abd Jalil ketika ditemui Astro AWANI di Felda Penggeli Timur, Tenggara Johor, baru-baru ini.
Beliau ketika itu sedang berada di luar Dewan Orang Ramai, Felda Penggeli Timur, menunggu giliran untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO cawangan, sebagaimana yang ditetapkan Majlis Tertinggi UMNO, seperti yang diumumkan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 19 Mei lalu.
Felda Penggeli Timur, terletak di bawah DUN N.034 Panti. Pada Pilihan Raya Umum yang lepas, calon UMNO / Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi Parlimen P.155 Tenggara, serta dua kerusi DUN di bawahnya iaitu Panti dan DUN N.035 Pasir Raja.
Suasana mesyuarat di peringkat cawangan jauh berbeza dengan suasana mesyuarat agung tahunan parti yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Di dewan itu, mata ini menyaksikan, sekitar 15 orang, terdiri daripada makcik-makcik lingkungan 40-50an, gadis-gadis atau wanita muda dalam 40an ke bawah, mengendong anak dan cucu masing-masing, mendengar dengan tekun amanat disampaikan oleh pengerusi Wanita dan Puteri masing-masing.
“Mereka ini, boleh saya katakan pejuang sebenar. Masih datang ke mesyuarat ini untuk mencukupkan korum seperti mana yang dikehendaki. Mereka ini, sebenarnya apa yang kita cakap, kalau toreh lengan, darah UMNO jelas kelihatan,” kata Abd Halim lagi.
BACA: PH rampas Johor dan Melaka, kekal di Selangor
BACA: Muhyiddin umum PH bakal tubuh kerajaan di Johor
Perbualan penulis dengan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara itu, kadang-kala terhenti kerana nyanyian lagu Bersatu, Bersedia, Berkhidmat sedang didendangkan oleh Wanita dan Puteri dalam dewan yang kecil itu.
Majlis Tertinggi UMNO menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri parti dimulakan pada 19 Mei 2018 sehingga 10 Jun 2018.
Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun 2018 dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.
“Menjelang pemilihan kali ini, kami nak orang yang mampu kikis persepsi yang UMNO ini hanya sesuai untuk mereka yang menyembah kuasa dan wang.
“Awak tengok sendiri yang datang mesyuarat ini. Ada rupa orang tamak kuasa dan wang ke? Padahal ini kelompok ahli yang begitu sayangkan parti. Di saat UMNO tumbang, tersungkur, orang-orang ini yang masih setia,” katanya lagi.
Ujar Abd Halim lagi, apa yang perlu dibanggakan dengan statistik ahli UMNO berjumlah sekitar empat juta di seluruh negara, kalau cakap yang bawah ini pun tak mahu dengar.
Malah, tambahnya lagi, di saat UMNO terduduk seperti ini, yang di atas masih hanya mahu memikirkan kaedah untuk merebut jawatan tertinggi, merebut kuasa dan tempat, dan sebagainya.
BACA : Zahid sah bertanding Presiden UMNO
BACA: Tajuddin sah tanding Naib Presiden UMNO
BACA: Banyakkan calon bertanding di peringkat tertinggi UMNO – Penganalisis
“Kenyataan memedihkan seperti UMNO itu parti yang hanya berkisarkan kuasa dan wang, bukan lagi berpaksikan semangat membela kaum Melayu, Bumiputera, Agama dan Negara, bukan lagi dihamburkan orang yang membenci parti, tapi itu realiti.
“Kenyataan bahawa itu semua slogan dan kata-kata yang hanya dilaungkan menjelang perhimpunan agung tahunan parti yang dikatakan keramat itu, sebagai retorik dan usaha memperdayakan masyarakat, bukan lagi dihamburkan orang yang membenci parti, tapi itu realiti. Jadi di atas masih tak sedar lagi?” soalnya.
Menjelang pemilihan parti yang bakal berlangsung pada 30 Jun ini, Abd Halim berkata, ahli UMNO di akar umbi, mahu kepimpinan baharu yang dirasakan dapat membersihkan UMNO dari atas, sampai bawah.
“Kami mahu kepimpinan baharu yang mampu menyingkirkan persepsi bahawa UMNO ini platform untuk mereka yang menyembah kuasa dan wang.
Kami mahu kesemua yang bakal memilih nanti, untuk bersama-sama menolak calon-calon yang mengamalkan rasuah, ataupun calon-calon yang menyokong perbuatan rasuah, UMNO perlu dibersihkan, sebersih-bersihnya,” katanya tegas.
Tambahnya lagi, itu yang bakal menjadi resolusi yang akan diangkat cawangan beliau ke mesyuarat bahagian nanti.
Sejurus dipilih sebulat suara ahli mesyuarat agar beliau terus menjadi Ketua UMNO Cawangan untuk penggal seterusnya, Abd Halim memberitahu ahli mesyuarat – “Saya nak maklumkan, walaupun peruntukan kita mungkin berkurangan kali ini, namun saya harap, program bubur lambuk kita terus berjalan. Saya akan sediakan wang. Kita terus hormat bulan Ramadhan”.
“Program-program lain, kita cuba jalankan juga. Biar orang kampung sini tahu, UMNO tak akan berkubur, kita akan terus aktif, kita akan terus bantu orang kampung mana yang boleh”.
Firdaus Azil
Sun Jun 03 2018

Ramai agak tertanya-tanya mengapa presiden ketika itu Datuk Seri Najib Razak, merangkap perdana menteri sebelum ini, seolah-olah begitu yakin UMNO dan Barisan Nasional akan terus mengekalkan kuasa. - Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sampai bila nak orang ingat UMNO itu parti penyembah wang - akar umbi
Walaupun berstatuskan parti tunggal yang mencapai kerusi parlimen terbanyak antara yang bertanding, UMNO hari ini tersungkur teruk.