Setelah dua penggal memegang jawatan timbalan menteri sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, tanpa disangka Datuk Seri M. Saravanan hari ini kembali semula ke dalam pentadbiran negara sebagai Menteri Sumber Manusia.
Jajaran baharu landskap politik negara yang terbentuk apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada hujung bulan lepas membuka peluang kepada muka lama dan muka baharu menjawat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam barisan jemaah menteri yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Saravanan, 52, yang juga timbalan presiden MIC bukan sahaja berpendalaman luas dalam arena politik negara tetapi juga dalam pentadbiran negara.
Ini terbukti apabila beliau pernah memegang portfolio penting sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2008 hingga 2013 dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018.
Dipilih sebagai Ahli Parlimen Tapah selama tiga penggal sejak 2008, beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Negara dari 2000 hingga 2006.
Saravanan memenangi kerusi Parlimen Tapah untuk kali pertama pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 selepas menewaskan calon PKR Tan Seng Toh dengan majoriti 3,020 undi.
Pada PRU ke-13, beliau menang dengan majoriti 7,927 undi dalam pertandingan empat penjuru menentang calon PKR, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan calon Bebas.
Saravanan terus mempertahankan kerusi Parlimen Tapah pada PRU-14 dengan menewaskan dua calon lain walaupun dengan majoriti tipis 614 undi.
Berikut adalah biodata Saravanan:
Nama: Datuk Seri M. Saravanan
Isteri: Datin Seri V. Kavitha
Tarikh Lahir: 04/02/1968
Tempat Lahir: Kampung Baru, Kuala Lumpur
Anak:
1. Dakshayani
2. Abetha
3.Arunagiri
Pendidikan:
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Fletcher, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Jalan Temerloh, Kuala Lumpur
Diploma Perniagaan dan Pentadbiran, Swansea Institute of Higher Education, Swansea, UK
Politik:
Ahli Dewan Negara (2000-2006)
Ahli Parlimen Tapah, Perak (2008-kini)
Kerjaya:
2006-2018 - Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan
2008-2013 - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
2009- 2015 - Naib Presiden MIC
2013-2018 - Timbalan Menteri Belia dan Sukan
2018 - Timbalan Presiden MIC
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 09 2020
Setelah dua penggal memegang jawatan timbalan menteri sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, tanpa disangka Datuk Seri M. Saravanan hari ini kembali semula ke dalam pentadbiran negara sebagai Menteri Sumber Manusia. - Astro AWANI/ Shahir Omar
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
PenjanaKerjaya: Menteri dedah 66 syarikat buat tuntutan palsu
Maklumat itu diperoleh selepas Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjalankan siasatan forensik dalaman bagi mengesan salah laku berkenaan.
PDI dari Indonesia tidak tiba, PAPSMA cadang kerajaan cari alternatif dari negara lain
Kerajaan tidak boleh hanya melihat Indonesia sebagai sumber untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja asing dalam negara.
KSM cadang pekerja sendiri, 'gig-economy' carum Perkeso
Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) perlu dipinda bagi membolehkan keselamatan terjamin.
Prosedur baharu penggajian pekerja asing bakal mudahkan pengambilan bakat tempatan
Kerajaan amat bimbang dengan kadar pengangguran dalam negara.
Kerajaan tubuh jawatankuasa kenal pasti strategi bantu pekerja Malaysia di Singapura
Kementerian Sumber Manusia (KSM) menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas untuk membangunkan pangkalan data komprehensif mengenai pekerja Malaysia di Singapura.
Pencari kerja tempatan wajib diutamakan diserap dalam sektor bersesuaian - Saravanan
Setiap peluang pekerjaan yang wujud serta ditawarkan oleh majikan wajib mengutamakan calon pencari kerja tempatan terlebih dahulu.
KSM akan kemuka pelan komprehensif jaga kebajikan pekerja
Kementerian Sumber Manusia akan mengemukakan pelan komprehensif dalam masa terdekat bagi memastikan kelancaran pelaksanaan inisiatif PENJANA.
Saravanan dilantik menteri setelah dua penggal sebagai Timbalan Menteri
Setelah dua penggal memegang jawatan timbalan menteri sehingga PRU14 pada 2018, tanpa disangka Datuk Seri M. Saravanan kembali semula ke dalam pentadbiran negara sebagai Menteri Sumber Manusia.
Belanjawan 2021: KSM komited atasi pengangguran, sedia peluang pekerjaan
Saravanan berkata, sebagai kesinambungan kejayaan program Penjana Kerjaya, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan siri kedua.