Pakatan Harapan akan memutuskan logo yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum (PRU14) pada minggu hadapan.
Keputusan itu dicapai Majlis Presiden Pakatan Harapan selepas bermesyuarat di Parlimen yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita juga ada membincangkan berkenaan keputusan sebelum ini di mana kita akan menggunakan satu logo untuk pilihan raya.
"Kita memberi peluang satu minggu di mana mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan datang akan memutuskan simbol dipilih yang akan digunakan oleh Pakatan Harapan," kata Dr Mahathir.
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 27 Februari lalu memutuskan perkara berkenaan selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) gagal menjawab permintaan untuk PH didaftarkan sebagai satu gabungan.
Malah, gabungan itu juga sudah mengemukakan permohonan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi perintah supaya jabatan itu menjawab permohonan mendaftarkan gabungan berkenaan.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Mar 06 2018
Dr Mahathir: 'Kita juga ada membincangkan berkenaan keputusan sebelum ini di mana kita akan menggunakan satu logo untuk pilihan raya.' - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
Pejuang belum edar borang permohonan keahlian parti - Mukhriz
Satu Borang Tunjuk Minat akan dibuka secara atas talian bagi mengumpul butiran pemohon memandangkan terdapat ramai yang berminat menyertai Pejuang sebagai ahli.
Ini sebab kenapa Tun Mahathir bukan lagi Pengerusi Bersatu
Keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah selaras dengan perlembagaan parti itu sendiri.
Tun M yakin ROS tidak akan luluskan Pakatan
Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, logo tersebut belum dapat diumumkan buat masa ini seperti yang dirancang minggu lalu.
Satu logo PRU14: Pakatan Harapan umum minggu depan
Pakatan Harapan akan memutuskan logo yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum (PRU14) pada minggu hadapan.
Pakatan Harapan bersedia kemungkinan PPBM dibatalkan menjelang PRU
Beliau berkata perkara itu bukan perkara baharu bagi pembangkang kerana situasi sama pernah dilalui DAP menjelang PRU13 pada 2013.
PPBM akur arahan RoS tidak guna nama Armada - Muhyiddin
Sehubungan itu beliau berkata sayap itu akan menggunakan nama Pemuda PPBM sehingga permohonan pindaan perlembagaan parti untuk menggunakan nama Armada diluluskan oleh RoS.
Tiada mesyuarat agung, anggota PPBM buat laporan kepada RoS
Arjuna Putra Ali berkata mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, parti itu sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan selewat-lewatnya 9 Sept lepas.
"Jangan bergaduh, terima kehadiran PPBM" - Tun Abdullah
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menggesa semua pihak agar dapat menerima kehadiran parti politik baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang telah diluluskan.
Pendaftaran Bersatu: ROS akan bertindak secara profesional - TPM
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan bertindak secara profesional dalam meneliti permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).