Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid berkata beliau akan meneruskan perjuangan suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad bagi membela penduduk Kuala Kangsar, selain meneruskan agenda pembangunan yang dirancang sebelum ini.
Sekalipun ditohmah dengan pelbagai fitnah dalam laman sosial kerana menjadi calon BN sedangkan masih dalam tempoh edah berikutan kematian suaminya, Mastura yakin pengundi kawasan itu bijak menilai dirinya.
"Saya adalah orang Kuala Kangsar, saya sudah berada di sini sejak 27 tahun lepas," katanya dalam sidang berita pertamanya selepas dicalonkan mewakili BN bagi PRK Kuala Kangsar.
Sidang berita itu diadakan di kediaman Mastura di Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong Mohd Kamil Shafie dan ADUN Bukit Chandan Maslin Sham Razman.
Pada proses penamaan calon hari ini, Mastura tidak menghadiri sebaliknya beliau diwakili Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Perak Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin yang menyerahkan borang pencalonan tepat pada 9.01 pagi.
Dalam sidang akhbar itu, Mastura, 55, menegaskan bahawa beliau tidak dipaksa mana-mana pihak untuk menjadi calon BN pada PRK itu.
Sebaliknya, beliau berkata pemilihannya sebagai calon BN merupakan satu penghormatan buat dirinya dan berjanji akan meneruskan kesinambungan perjuangan Allahyarham suaminya itu.
"Saya mempunyai keyakinan dengan kepimpinan parti, sebab itu mereka memilih saya kerana berpendapat khidmat baik arwah perlu diteruskan oleh seseorang yang tahu bahawa ia harus dilakukan dengan betul.
"Saya fikir kepimpinan parti memahaminya dan sensitif dengan perasaan penduduk Kuala Kangsar," katanya.
Beliau juga yakin semua jentera BN akan membantunya mempertahankan kerusi Parlimen itu.
Mastura berkata sekiranya dipilih menjadi Anggota Parlimen, beliau mahu memberi lebih tumpuan kepada isu-isu tempatan dan meneruskan agenda pembangunan yang dirancang suaminya.
"Arwah merupakan seorang yang sukakan sungai dan air, perbincangan dengan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bagi membangunkan persisiran Sungai Perak di tahap antarabangsa sedang dilakukan," katanya.
Mastura ditentang Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad yang mewakili PAS, Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.
Pengundian PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini.
Bernama
Sun Jun 05 2016

MASTURA: Saya adalah orang Kuala Kangsar, saya sudah berada di sini sejak 27 tahun lepas. -fotoBERNAMA

Unit Integriti UA, IPT akan diletakkan di bawah Lembaga Pengarah Universiti - Zambry
Zambry berkata langkah itu diambil, bagi memastikan ketelusan tadbir, pelaksanaan tugas dan pemantauan integriti dilaksana sebaiknya.

Enam jenis ubat termasuk dari Jepun dirampas dari rumah Ridz Okumura
Enam jenis ubat-ubatan termasuk dari Jepun dirampas polis dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.

Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes penemuan peluru
Seorang lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih 700 peluru di tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Terdapat kejanggalan dalam perolehan FWCMS - PAC
PAC mendapati terdapat kejanggalan apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan Surat Setuju Terima sebelum memuktamadkan terma dan kaedah perolehan FWCMS.
AWANI Ringkas: Kematian ahli panel kastam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak berubah - Tengku Zafrul
Status Malaysia sebagai negara anggota CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif ydilaksanakan Amerika Syarikat.
Umno tiada kaitan dengan penemuan wang, jongkong emas
UMNO Tidak Mempunyai Sebarang Kaitan Dengan Penemuan Sejumlah Besar Wang Tunai Dan Jongkong Emas Di Rumah Individu Yang Terkait Dengan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perbelanjaan selenggara Jalan Persekutuan 22 RM 7.71 juta dari 2023 hingga 2025
Pecahan perbelanjaan bagi Jalan Persekutuan di Daerah Sandakan adalah termasuk kerja-kerja pavemen, pemotongan rumput, penyelenggaraan bahu jalan, perabot jalan, jambatan dan longkang.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerja-kerja rutin sentiasa berjalan mengikut skop kontrak yang telah ditetapkan yang mana bagi tahun 2023 hingga 2025, kerja rutin adalah berjumlah RM 7.71 juta.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerja-kerja rutin sentiasa berjalan mengikut skop kontrak yang telah ditetapkan yang mana bagi tahun 2023 hingga 2025, kerja rutin adalah berjumlah RM 7.71 juta.

PRK Mahkota: Syed Hussien enggan tabur janji bulan dan bintang, ingin kekal semangat kekeluargaan
Syed Hussien berazam ingin terus mengekalkan semangat kekeluargaan yang dinikmati penduduk di DUN Mahkota.

PRK Mahkota: Syed Hussien calon terbaik - Ahmad Zahid
Pengerusi BN menegaskan bahawa Syed Hussien Syed Abdullah merupakan calon terbaik yang dikemukakan parti, bagi menghadapi saingan PRK DUN Mahkota.

Pertimbangan sebaiknya untuk pilih calon PRK Mahkota - Ahmad Zahid
UMNO pusat telah menerima senarai calon daripada UMNO Bahagian Kluang serta Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor bagi Pilihan PRK DUN Mahkota.

PRK Kemaman: BN sedia hadapi sesiapa sahaja - Ahmad Zahid
BN sedia berhadapan sesiapa sahaja yang dicalonkan parti lawan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu.

PRK: Jangan pilih calon yang 'jauhkan' Pelangai - Mohamed Khaled
Pengundi pada PRK bagi DUN Pelangai dinasihat agar tidak memilih wakil rakyat yang 'menjauhkan' kawasan itu dengan agenda kerajaan.

Bekas calon BN didakwa 77 tuduhan perdaya jual tanah, rumah
Bekas calon PRU15 didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan di Taiping atas 77 pertuduhan memperdaya empat orang guru berhubung pembelian tanah dan rumah tidak wujud, kerugian lebih RM350,000.

PRU15: Azlan Man gagal pertahan kerusi DUN Bintong
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, Datuk Seri Azlan Man gagal mempertahankan kerusi itu selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Fakhrul Anwar Ismail.
![[RASMI] PRU15: Mohamad Alamin pertahan Kimanis [RASMI] PRU15: Mohamad Alamin pertahan Kimanis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646981196_MohamadAlamin.jpg)
[RASMI] PRU15: Mohamad Alamin pertahan Kimanis
Mohamad yang juga penyandang Parlimen Kimanis berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Tengku Zafrul tumpu kempen secara bersih, fokus isu rakyat
Tengku Zafrul berkata beliau enggan bermain politik kotor dan memfokuskan untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secara sihat.

PRN Johor: Senarai calon BN diumum Khamis ini - Hasni
BN akan tampilkan 30 peratus calon muka baharu dengan kombinasi lama dan baharu dalam Pilihan Raya Negeri Johor, kata Hasni Mohammad.