Calon Barisan Nasional bagi kawasan parlimen Bandar Tun Razak Adnan Seman berkata semua undi untuk beliau adalah "undi kepada Adnan Seman, bukan undi untuk Datuk Rizalman".
Adnan, 42 merupakan seorang peguam merupakan anak jati Bandar Tun Razak dan juga anak kepada bekas kadi pendaftar nikah Sungai Besi.
Di dalam satu temuramah eksklusif dengan Astro Awani, Adnan berkata beliau yakin akan mengaut majoriti undi antara 3,000 ke 4,000 undi kerana bukan sahaja beliau mempunyai latar belakang berpendidikan agama, tetapi juga bukan muka asing dalam parti UMNO cabang Bandar Tun Razak.
"Kita tahu cerita yang berlaku yang membawa kepada pencalonan saya. Saya menjadi aspek berbeza kerana saya datang dengan latarbelakang pendidikan agama yang baik dan saya juga pernah berada di kepimpinan muda UMNO.
"Pada 2012, saya mengambil keputusan mengundurkan diri dari politik kerana menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya guaman. Dan ketika itu saya berada bersama pimpinan Rizalman. Beliau merupakan ketua pemuda ketika itu dan kita menjalankan aktiviti aktiviti pemuda dari segi sukan dan syarahan bersama rakyat. Saya bukanlah muka yang tidak dilihat atau dikenali," kata Adnan.
(Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Datuk Mokhtar disenaraikan sebagai calon parlimen Umno pada awalnya, namun diganti dengan Adnan setelah beliau dicekup di dalam satu serbuan kelab malam pada awal bulan ini. Rizalman telah menafikan penglibatan beliau dengan dadah dan pihak polis telah mengesahkan bahawa saringan air kencing Rizalman adalah negatif).
Adnan mengakui bahawa sememangnya beliau tidak menduga dicalonkan.
Meskipun ada yang mengatakan beliau adalah "bidan terjun', Adnan yakin dia adalah seorang calon yang berwibawa.
"Saya merupakan 'calon tiba-tiba'. Malahan saya juga terkejut kerana saya tidak menyiapkan diri saya dalam konteks politik semasa di (P124) Bandar Tun Razak.
"Tetapi apabila pucuk pimpinan UMNO menerima calon, sudah tentu mereka akan memilih calon yang berwibawa yang boleh menang, yang ada 'track record'.
"Saya merupakan Ketua Pemuda cawangan Bandar Tun Razak. Saya masih berada di dalam sistem politik dalam parti UMNO ini sendiri. Track rekod ini menunjukkan bahawa saya calon yang sesuai untuk diketengahkan," kata Adnan.
Dia juga menafikan tuduhan bahawa dia dicalonkan kerana merupakan sebahagian dari 'kem Rizalman'.
"Apabila saya dipilih untuk Bandar Tun Razak, saya mewakili parti. Parti tidak merupakan persona seseorang. Umno adalah parti yang mempunyai perlembagaan yang jelas dan saya mewakili UMNO dan Barisan Nasional di PRU ini.
"Sekiranya para pengundi memilih saya, mereka memilih Adnan Seman, bukan Rizalman. Pilihan mereka adalah Adnan Seman," kata Adnan.
TRIVIA:
Bandar Tun Razak mempunyai lebih dari 90,000 pengundi. Sejumlah 53 peratus merupakan pengundi Melayu dan 37 peratus adalah pengundi Cina. Pada PRU13, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR menewaskan wakil BN dari MCA.
Zakiah Koya
Thu Apr 26 2018

Adnan yakin akan mengaut majoriti undi antara 3,000 ke 4,000 undi kerana bukan sahaja beliau mempunyai latar belakang berpendidikan agama, tetapi juga bukan muka asing di dalam Umno Bandar Tun Razak. - Gambar Astro AWANI

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.