Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabon dari Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar menegaskan beliau sudah mendapat restu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebelum mengumumkan lompat parti ke Parti Warisan Sabah (WARISAN).
Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO menjelaskan Khairy tidak menghalang keputusan dibuatnya.
Pada masa sama, beliau turut mengambil kira pandangan pengundi di kawasan DUN yang dimenanginya sebelum membuat keputusan berkenaan.
"Sebelum saya membuat keputusan saya sudah maklumkan Khairy Jamaluddin. Beliau tidak dapat menghalang. Bagi saya, kepentingan rakyat perlu dipedulikan tetapi ada banyak usaha dilaksanakan bukan sahaja untuk keperluan sistem pentadbiran telus dan sistematik tetapi juga kehendak rakyat sepenuhnya. Mungkin apa yang berlaku rakyat bagi signal pada kerajaan BN bahawa perlu ada perubahan drastik," katanya semasa program "Malaysia Memilih 2018" di Astro AWANI hari ini.
BACA: Shafie Apdal gesa Musa Aman letak jawatan
Malah, keputusan beliau melompat parti WARISAN itu juga menunjukkan perlu ada perubahan drastik di peringkat pemimpin atasan dan bawahan.
"Kami memilih untuk menyokong Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana kawasan kami dipilih ini kawasan luar bandar dan memerlukan lebih banyak pembangunan. Ia akan dapat dibela jika ada hubungan baik dengan kerajaan persekutuan," tambahnya.
BACA: Dua ADUN BN jumpa Mohd Shafie secara tertutup
Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada petang Jumaat mengumumkan enam wakil DUN BN dan Upko menyertai WARISAN.
Selain Jamawi, ADUN BN terlibat adalah Abdul Muis Pichu (Sebatik); Hamisa Samat (Tanjong Batu); dan Osman Jamal (Balung).
Sementara ADUN UPKO yang terlibat adalah Ewon Benedict (Kedamaian) dan Abidin Mandakir (Paginatan).
WARISAN bersama sekutunya PKR dan DAP kini memiliki 35 kerusi berbanding BN cuma 25 kerusi.
Rahimah Abdullah
Fri May 11 2018
Jamawi menjelaskan Khairy tidak menghalang keputusan dibuatnya. - Gambar fail
Penularan klip video 'ADUN Rasuah' bertujuan lemahkan pentadbiran Sabah - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tidak menolak kemungkinan penularan klip-klip video yang didakwa berunsur rasuah dalam kalangan wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertujuan melemahkan pentadbiran kerajaan pimpinannya.
Bekas pemisah akui tragedi berlaku kerana salah faham
Bekas ahli kumpulan pemisah di selatan Thailand dikenali sebagai Dolah yang kini berusia 50-an akui peristiwa TakBai yang menyebabkan 70 nyawa melayang pada 14 Oktober 2004 dicetuskan kerana unsur salah faham melibatkan orang kampung dan pihak tentera.
Bekas ahli pemisah akui tragedi berlaku kerana salah faham
Seorang bekas guru tadika yang ditemui Astro AWANI di Tak Bai, Selatan Thailand pula mengakui, doktrin perjuangan menuntut bela atas kematian atau kebebasan yang disemai dalam kalangan kanak kanak meninggalkan kesan mendalam apabila mereka dewasa.
Malah, sulaiman turut berkongsi bagaimana propaganda yang disemai itu telah membangkitkan semangat untuk anak muda berjuang.
Malah, sulaiman turut berkongsi bagaimana propaganda yang disemai itu telah membangkitkan semangat untuk anak muda berjuang.
Perjalanan akhir Tan sri Dr Ibrahim Saad
Untuk perkembangan lanjut perjalanan akhir Tan Sri Dr Ibrahim Saad, bersama rakan setugas Hasimi Muhamad yang berada di perkarangan Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail.
Tragedi 'water rafting': Khairul Hakim ringan tulang, jaga ibu hingga akhir hayat - Abang
Muhamad Nazri berkata, adik bongsu daripada enam beradik itu banyak membantu keluarga terutama dalam hal ehwal penjagaan ibu bapa mereka.
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
AWANI Ringkas: Ucapan PM di APEC, Lima, Peru
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 16 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 November 2024
1️⃣ Ucapan PM di APEC, Lima, Peru
2️⃣ Isu rasuah babitkan seorang ADUN
3️⃣ Ibrahim Saad disemadi hari ini
#awaniringkas
1️⃣ Ucapan PM di APEC, Lima, Peru
2️⃣ Isu rasuah babitkan seorang ADUN
3️⃣ Ibrahim Saad disemadi hari ini
#awaniringkas
AWANI Pagi: Santuni anak-anak tanpa dokumen di Semporna
Ikuti perkongsian Dr Nur Shahidah yang membangunkan sebuah modul pengajaran 3M+1 (membaca, menulis, mengira, mengaji) yang inovatif bagi kegunaan anak-anak tanpa dokumen di Semporna.
#AWANIPagi
#AWANInews
#AWANIPagi
#AWANInews
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Senarai pemantauan rakan dagang, AS gugurkan Malaysia
- KPN masih bimbang tahap integriti polis
- Waspada Luruan Monsun bermula 19 November - Ahmad Zahid
#AWANInews #AWANIpagi
- Senarai pemantauan rakan dagang, AS gugurkan Malaysia
- KPN masih bimbang tahap integriti polis
- Waspada Luruan Monsun bermula 19 November - Ahmad Zahid
#AWANInews #AWANIpagi
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan ADUN lain.
Lee Chin Chen dipilih Pengerusi DAP Pahang baharu
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Lee Chin Chen dipilih sebagai Pengerusi DAP Pahang berkuat kuasa semalam.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.