Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu segera melakukan rombakan Kabinet bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Penganalisis politik dari Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, rakyat mula menilai kemampuan dan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan manifesto semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
“Pada pendapat saya, rombakan ini perlu dilakukan segera kerana rakyat mula menilai prestasi kerajaan yang sudah lebih setahun memerintah.
“Kebanyakan mereka sudah mula hilang kepercayaan berikutan kerajaan seolah-olah tidak mempunyai keupayaan untuk merealisasikan manifesto dan ia mempengaruhi keputusan di beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) apabila rakyat mula menolak calon kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, barisan Kabinet sedia ada perlu dinilai semula sekiranya PH tidak mahu menjadi kerajaan sepenggal.
“Apa yang menyedihkan, tanda-tanda mereka akan melakukan kerja lebih baik tidak nampak dan barisan Kabinet yang ada sekarang ini harus ditukar kalau kita ingin melihat negara kita bergerak ke arah lebih baik.
“Dasar-dasar yang diperkenalkan barisan Kabinet sedia ada sekarang kebanyakannya tidak masuk akal dan menampakkan mereka tidak boleh menjalankan tugas yang diberikan.
“Mungkin dengan cara ‘membuang’ menteri-menteri terbabit adalah penawar untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat yang sudah mula ‘putus harapan’ kepada Kerajaan PH,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir yang akan menimbang untuk merombak Kabinet susulan kekalahan PH dalam PRK Tanjung Piai hujung minggu lalu.
Katanya, sebagai Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab untuk melakukannya selepas mendengar pandangan Majlis Presiden PH.
Ahmad Martadha berkata, rombakan berkenaan tidak semestinya melibatkan semua menteri.
“Kita percaya sukar untuk Tun melakukan rombakan besar-besaran kerana ia melibatkan banyak perkara. Cuma yang penting, menteri-menteri yang ‘tidak berprestasi’ ini perlu segera ditukar dan digantikan dengan pemimpin yang jauh lebih berkaliber serta berpengalaman luas seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Sekarang bukan lagi masa untuk beri pendedahan kepada menteri terbabit kerana mereka sudah mempunyai masa yang cukup untuk menunjukkan kewibawaan mereka. Pembaharuan ini perlu dilakukan dengan kadar segera,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM, Md Shukri Shuib berkata, rombakan Kabinet perlu dibuat untuk memperkukuhkan lagi jentera kerajaan selain meletakkan kepentingan rakyat di tempat teratas.
Katanya, ia bagi memastikan penyampaian sistem kerajaan berjalan baik walaupun pada masa landskap politik negara mungkin tidak berada pada tahap terbaik.
“Ia (rombakan) perlu segera dilakukan disebabkan prestasi PH kurang memberangsangkan menyebabkan rakyat mula hilang keyakinan. Justeru, Tun M perlu bina Kabinet baharu yang boleh mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan kita percaya beliau lebih berpengalaman dalam hal ini.
“Kabinet baharu ini perlu lebih profesional dan mengutamakan menteri-menteri yang mempunyai kebolehan mentadbir, hindari tokoh yang kontroversi,” katanya.
Bagi penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian pula berpendapat, rombakan Kabinet adalah hak Perdana Menteri tanpa bergantung kepada maklum balas umum.
“Selepas 18 bulan memerintah, PH berhadapan dengan defisit kepercayaan dan keyakinan ke atas pemerintahan mereka. Mungkin ini masa sesuai untuk melakukan rombakan, namun semuanya bergantung kepada Tun dan besar kemungkinan ia tidak melibatkan semua kementerian.
“Jika rombakan ini berlaku, mungkin Tun boleh mempertimbangkan pelantikan semula pemimpin yang pernah menganggotai Kabinet sebelum ini atau tokoh-tokoh yang dilantik sebagai Senator untuk membarisi Kabinet baharu,” katanya.
INFO:
Antara kementerian yang perlu dikekalkan:
• Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
• Kementerian Dalam Negeri
• Kementerian Pengangkutan
• Kementerian Luar Negeri
Antara kementerian yang perlu dirombak:
• Kementerian Pembangunan Luar Bandar
• Kementerian Sumber Manusia
• Kementerian Belia dan Sukan
• Kementerian Pembangunan Usahawan
• Kementerian Pendidikan
• Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
• Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)
Sinar Harian
Fri Nov 22 2019
Dr Mahathir mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama di Perdana Putra pada 23 Mei 2018 lalu. --fotoBERNAMA/Fail
150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan PLKN 3.0
Ketibaan mereka di pekarangan kem berkenaan sejak 7.30 pagi diiringi ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan.
Liga Pro Saudi: Al-Ittihad hilang cengkaman di puncak
Al-Ittihad berkelebihan dua mata di puncak sebelum dipintas Al-Hilal yang memperoleh kemenangan.
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, tumpuan akan diberikan kepada kadar inflasi AS, dengan Indeks Harga Pengeluar akan dikeluarkan pada Selasa dan Indeks Harga Pengguna pula pada Rabu.
Piala FA: Manchester City belasah Salford City
Perlawanan berlangsung di Stadium Etihad menyaksikan penguasaan anak buah Pep Guardiola ke atas pasukan pelawat bimbingan Karl Robinson.
Kereta terbabas ke kolam takungan banjir, tiga maut
Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terbabas dan masuk ke dalam kolam takungan air di Ladang YPJ, Ulu Sedili, Kota Tinggi, Johor petang semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir di Johor bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat, Perak dan Terengganu tidak berubah
Di Johor, jumlah mangsa melonjak kepada 3,449 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 2,524 orang direkodkan malam tadi.
Kemaman dilanda banjir
Seramai 16 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Geliga Pantai.
#AWANIRingkas 12 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Januari 2025
1️⃣ Lima daerah terjejas, 36 PPS dibuka
2️⃣ 130 pelatih sukarela lapor diri
3️⃣ Kementerian jawab pesawah
#awaniringkas
1️⃣ Lima daerah terjejas, 36 PPS dibuka
2️⃣ 130 pelatih sukarela lapor diri
3️⃣ Kementerian jawab pesawah
#awaniringkas
Kereta terbabas ke kolam takungan banjir, tiga maut
Terdapat tiga mangsa terlibat yang mana seorang mangsa telah ditemui dan dua lagi masih hilang.
Tidak dibebani isu demonstrasi dan konflik, faktor penyumbang Malaysia negara ke-18 paling aman
Hubungan diplomatik dengan semua negara memastikan Malaysia berada di ranking keamanan yang baik di peringkat antarabangsa.
Rakyat mahu semua ahli politik bekerjasama ketika krisis - Penganalisis
Dalam keadaan krisis ini, rakyat mahu ahli politik keluar dari kepompong parti dan bekerjasama demi menyelesai masalah yang dihadapi.
Belanjawan 2021: Jawatankuasa Khas dibentuk jika persetujuan gagal dicapai - Penganalisis
Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan bagi menyelesaikan masalah berkaitan perkara yang terperinci di dalam setiap kementerian.
Muhammad Sanusi dijangka MB Kedah baharu?
Pimpinan Pas dan pimpinan Perikatan Nasional dipercayai bersetuju membawa nama Muhammad Sanusi untuk mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Segera rombak Kabinet, kata penganalisis politik
Ahmad Martadha berkata, rakyat mula menilai kemampuan dan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan manifesto semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Pakatan Harapan tidak tergugat
Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, PRK Sungai Kandis dilihat tidak akan memberi kesan besar kepada kepimpinan Harapan baik di peringkat negeri mahu pun persekutuan.
Kerajaan disaran pertimbang cadangan kembalikan ISA, kata penganalisis
Kerajaan disaran mempertimbangkan saranan agar ISA dikembalikan bagi mengekang tindakan mengganggu-gugat keselamatan negara selain menangani perlakuan subversif.
Penahanan tanpa bicara perlu dalam Akta Antikeganasan
Walaubagaimanapun, kerajaan harus tetapkan tempoh maksimum setahun sahaja bagi penahanan tersebut untuk memberi ruang pihak berkuasa menyiasat dan mendapatkan bahan bukti.