Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Dr Mahathir akan menjadi calon mewakili blok pembangkang bagi kerusi Parlimen (P004) Langkawi.
Beliau mengumumkan pendirian tersebut semasa berucap pada rapat umum, Jelajah Harapan Langkawi yang berlangsung di Padang Mat Sirat malam tadi.
"Orang Langkawi sedar, Tun Dr Mahathir adalah penjana kepada pulau yang dahulunya pernah lesu.
“Atas jasanya sebagai bapa pembangunan Langkawi, beliau akan terus berjasa untuk selamatkan Malaysia," kata Wan Azizah semasa mengumumkan calon Pakatan Harapan untuk kerusi P004 itu.
Kali terakhir Dr Mahathir bertanding pada pilihan raya ialah Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.
Selain itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinamakan bakal bertanding di Parlimen Jerlun dan juga DUN Jitra manakala Wan Saiful Wan Jan, dinamakan sebagai calon di Parlimen Pendang.
Sila ke www.malaysiamemilih.com untuk melihat kad-kad digital keputusan PRU13 bagi kerusi Parlimen Langkawi seperti di bawah.